“Macam mana boleh accident Alan? Kif?” soal Puan Qaira sebaik
sahaja tiba di depan pintu masuk pusat rawatan rapi (ICU).
Alan yang bersandar di dinding tegak berdiri berhadapan dengan Puan
Qaira.
Kefli berdiam diri di sebelah Surihani.
“Tak tahu la Auntie... Dah tiga jam Qis di dalam. Tadi ada doktor
jumpa Alan. Qis kena operation hari ni juga. Tulang kaki dia patah
dan berdarah teruk.”
Puan Qaira terduduk mendengar kata-kata Alan.
Tuan Furhan membantu Puan Qaira bangun semula.
“Sabar lah Kak... Kita doakan saja Qis selamat.”
Puan Kamisyah segera menerpa mendapatkan Puan Qaira.
Kefli dan Surihani sekadar memerhati sahaja.
Surihani tidak berani masuk campur.
“Sabar kau cakap. Anak kau kecewakan Qis. Sebab tu semua ni
terjadi. Kalau Kif tak batalkan pertunangan mereka mesti semua ni tak
jadi.”
Nada suara Puan Qaira meninggi sambil menepis tangan Puan Kamisyah
yang memegang bahunya.
“Astaghfirulillah.... mengucap Kak. Semua ni terjadi atas kehendak
Allah. Bukan ada kena mengena dengan pertunangan mereka.”
Puan Kamisyah bertegas, cuba mempertahankan Kefli.
Puan Kamisyah bertegas, cuba mempertahankan Kefli.
“Sabar lah sayang... Ni bukan salah Kefli pun.. Anak kita yang
accident. Tak ada kena mengena dengan Kefli pun,” pujuk Tuan
Furhan. Dia rimas melihat isterinya mula menangis tersedu-sedu.
“Bila dah jadi macam ni pun abang nak menangkan Kefli lagi? Anak
kita tu macam mana? Dia di dalam ICU tau tak. Abang ni dah tak
sayangkan Qis ke?”
Puan Qaira merajuk dengan sikap suaminya.
Puan Qaira merajuk dengan sikap suaminya.
“Awak ni.... Saya sayanglah dengan Qis. Sudah-sudahlah tu. Awak
menangis macam orang gila pun bukan boleh ubah keadaan.”
Puan Qaira mengetap bibir menahan perasaan.
“Ni semua salah Kif.”
Puan Qaira masih mahu memanaskan keadaan.
“Kalau kak dah cakap macam tu, saya mintak maaf bagi pihak Kif.”
Puan Kamisyah mengalah.
“Bang.. saya mintak diri dulu. Saya tak nak burukkan keadaan
lagi,” pinta Puan Kamisya kepada Tuan Furhan.
Tuan Furhan sekadar mengangguk.
“Elok lah kau balik pun. Sakit hati aku ni tengok Kif dan
perempuan tu.”
Puan Kamisyah menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba tidak naik angin.
Dia faham situasi yang dialami kawan baiknya itu.
“Kif, jomlah kita balik,” ajak Puan Kamisyah.
Kefli dan Surihani membuntuti daripada belakang.
Ketiga-tiga mereka hanya mendiamkan diri. Masih terkejut dengan apa
yang berlaku.
“Auntie, Uncle.. Alan pergi beli air ke roti ke... Mungkin lama
lagi Qis dalam sana tu'” cadang Alan setelah melihat Puan Qaira
masih lagi menangis.
“Tak payahlah Alan. Kalau Alan mahu balik, baliklah dulu,” usul
Tuan Furhan.
“Tak apa Uncle. Saya teman Uncle dan Auntie di sini. Lagipun saya
risaukan Qis. Saya nak tahu keadaan Qis.”
Tuan Furhan mengangguk.
Serentak dengan itu, pintu terbuka. Seorang doktor keluar mencari
keluarga Qistina.
“Saya ayahnya. Ada apa ye doktor?”
“Saya doktor Farhan. Anak Encik telah mengalami pendarahan yang
serius dan pihak hospital juga telah kekurangan jenis darah 0
negatif. Jadi saya mohon jasa baik, sama ada Encik atau Puan yang
mempunyai jenis darah O negatif untuk menderma darah. Jika tidak kami
berkemungkinan akan memotong kaki anak Encik untuk menghentikan
pendarahan tersebut.”
Seperti halilintar menggamatkan suasana. Puan Qaira hanya mampu
mengurut-ngurut dada malah makin laju airmatanya turun.
“Saya darah jenis O negatif,” ujar Tuan Furhan.
“Kalau macam tu, Encik sila ikut saya. Yang lain sila tunggu di
sini dulu.”
Tuan Furhan dan doktor muda tersebut hilang ke dalam.
Nice! Ai memang dah tunggu lama la yunk... Sambung cepat2 lagi ya...
ReplyDeletelama tunggu akhirnya.
ReplyDeletehihihi sori geng... idea block..
ReplyDeleteplease continue sis.. best sngat^^
ReplyDelete