Wajah
Kefli dan Qistina datang menyapa kotak fikirannya berulang kali.
Peristiwa di butik pengantin kelmarin seakan terimbas semula. Diulang
tayang berkali-kali. Saat Kefli tersarung dalam baju melayu
membuatkan jantungnya seakan terentap. Dia tidak sanggup melihat saat
itu kerana dia tahu hatinya tidak kuat menerima berita Kefli bakal
bertunang dengan Qistina. Kenapa Kefli mendiamkan hal itu daripada
pengetahuannya? Soalan itu acapkali disuarakan dalam hati sendirian.
“Awak...
dah bangun? Macam mana hari ini?” Suara Alan menyentak lamunannya.
Serta merta dia menoleh, melihat Alan yang muncul bersama sejambak
bunga ros putih.
“Ini
bunga untuk awak. Semoga awak cepat sembuh.” Alan menghulurkan
bunga tersebut. Surihani menyambut lantas mencium kesegaran bunga
kegemarannya.
“Terima
kasih,” ujar Surihani. “Macam mana awak tahu saya masuk wad?”
“Pagi
tadi saya tanya Kif. Dia bagitahu awak masuk wad.” Alan tersenyum.
Hatinya senang dapat melihat Surihani kini. Semalam, semalaman dia
kegelisahan memikirkan Surihani.
“Saya
tak ada apa-apa. Doktor cakap saya kurang darah merah. Kena masuk
darah kejap lagi,” tenang Surihani menjelaskan kepada Alan. “Mana
En Kefli?”
“Kejap
lagi dia sampai.” Alan mengambil tempat di sebelah katil Surihani
lalu merenung wajah Surihani dalam-dalam. “Mama saya kirim salam.
Dia doakan awak cepat sembuh.”
Surihani
tersenyum kemudian dia cuba mencapai gelas di meja kecil sebelah
katilnya.
“Awak
nak air? Saya tuangkan,” ujar Alan lalu cepat-cepat mengambil gelas
dan diisikan air putih.
“Terima
kasih awak.” Gelas bertukar tangan. Saat itu Kefli muncul bersama
dengan Firas. Kefli terkaku di muka pintu melihat kemesraan di antara
Alan dan isterinya. Tiba-tiba hatinya membengkak. Namun ditahan rasa
itu kerana hormatkan Alan sebagai sahabat baiknya.
“Eh,
Kif! Bila ko sampai?” ujar Alan tatkala perasan kehadiran Kefli.
Kefli sekadar membalas dengan senyuman .
Firas
berlari-lari mendapatkan kakaknya. Wajahnya ceria lalu dipeluk tubuh
Surihani. “Kakak.. Bila nak balik?”
Surihani
mengusap pipi Firas. “Kalau doktor cakap kakak boleh balik, kakak
baliklah. Kenapa? Fias rindu kakak ye?”
Firas
mengangguk mengiakan kata-kata Surihani.
“Alan,
inilah adik saya. Awak belum kenal lagi kan?” ujar Surihani seraya
menyuruh Firas menyalami Alan.
“Uncle
Alan. Firas sudah makan?”
Firas
tersenyum. “ Fias dah makan dengan abang.”
Alan
megerut dahi. Nampaknya, rapat benar adik Suri dengan Kefli. Mereka
ini sudah kenal lama kah? Kenapa aku aje yang ketinggalan?
“Aaa....
korang sembang lah dulu. Aku nak ambil angin di luar.” Kefli
mengundurkan diri. Makin lama dia di situ, makin sakit hati
dibuatnya. Dia cemburu melihat keprihatinan Alan ke atas isterinya.
Nak minum pun suruh orang ambik kan. Bukan tangan tu yang patah.
Grrr.......
Hampir
15minit dia berkhayal di luar sebelum dia masuk semula ke dalam wad.
Dicari-cari kelibat Alan. Namun, yang tinggal dalam bilik tersebut
hanyalah Firas dan isterinya.
“Abang
pergi mana?” soal Firas sebaik sahaja Kefli membolos masuk ke dalam
wad.
“Abang
kat luar tadi.. Abang tadi mana?” Kefli mengajukan soalan kepada
Firas setelah melihat Surihani memaling muka ke arah lain.
“Dah
balik. Dia cari abang tadi.”
Kefli
mengangguk. Perlahan-lahan dia mendekati Surihani. Firas pula
mengambil tempat Alan sebentar tadi.
“Suri...”
Surihani
masih enggan memandang Kefli. Sengaja dia membelakangkan suaminya.
Hatinya masih sakit dan sebal dengan berita pertunangan suaminya.
“Suri.
Pusinglah sini.” Kefli menyentuh bahu Surihani lalu menarik tubuh
itu supaya mengadapnya. Mahu tak mahu, Surihani mengalah juga.
Wajahnya masam mencuka.
“Maafkan
abang. Bukan niat abang tak nak beritahu sayang tentang hal ini. Cuma
abang cari masa yang sesuai. Abang harap sayang maafkan abang. Abang
tak tahu nak jelaskan macam mana pada Suri. Ini semua kehendak
keluarga abang. Abang tak tahu nak menolak macam mana.” Kefli
mengambil nafas seketika.
“Abang
tahu, mesti Suri akan pertikaikan kenapa abang ikutkan saja
perancangan keluarga abang kan? Maafkan abang. Abang tersepit. Semasa
mula-mula abang jumpa Suri, keluarga abang dah merancang awal-awal
pertunangan kami tanpa pengetahuan abang. Sehinggalah kita berkahwin,
abang dapat tahu keluarga abang pergi merisik Qistina. Abang tak tahu
nak buat apa untuk perbetulkan keadaan ini Suri.”
“Sudahlah
abang. Suri nak rehat.” Surihani membalikkan tubuhnya semula. Ada
airmata bertakung.
“Maafkan
abang, Suri,” ujar Kefli. Dia melepaskan keluhan. “Abang pulang
dulu. Firas.. jom.”
Kefli
meninggalkan Surihani sendirian. Dia faham isterinya enggan
berbincang dengannya. Kini, dia kesal kerana tidak membincangkan hal
itu dengan isterinya awal-awal. Dia nekad, suatu hari nanti dia akan
berterus terang dengan keluarganya bahawa dia sudah berkahwin.
“Kif..”
Tegur Alan semasa di parkir kereta.
“Eh,
aku ingat ko dah balik tadi,” ujar Kefli sedikit terkejut.
“Aku
perasan kereta ko kat sini. Tu pasal aku tunggu ko. Aku ada hal nak
cakap dengan ko.” Wajah Alan beriak serius.
“Hal
apa? Kalau macam tuh, jom lah kita pergi minum.”
“Tak
payahlah. Aku nak mintak pandangan ko aje. Lagipun lepas ini, aku nak
balik ke restoran kita semula.”
“Okay..
Hal apa yang ko nak tanya pendapat aku,” soal Kefli sambil membuka
pintu kereta. Lalu Firas menempatkan diri di dalam kereta.
“Aku
nak tanya ko.. Suri tuh dah ada yang special ke? Mama aku dah
berkenan dengan dia. Mama aku cakap, tak elok tunggu lama-lama.
Lagipun aku memang dah jatuh hati dengan dia.”
Pengakuan
berani daripada Alan membuatkan jantung Kefli seakan terhenti
seketika. Ditelan air liur berkali-kali. Otaknya seakan terbejat
untuk memproses kata-kata Alan.
“Kif...
Ko okay ke ni?” Alan kehairanan kerana Kefli terkejut dengan
pengakuannya.
“Aku
okay. Ko betul ke ni?” Kefli inginkan kepastian.
“Aku
betullah ni. Sebab tu aku tanya Suri dah berpunya ke belum? Kalau
single, aku nak mama aku pergi merisik dia.”
Kali
ini jantung berdegup laju. Berderau darah tatkala mendengar
kesungguhan Alan.
“Ko
tanyalah dia sendiri.” Mendatar nada suara Kefli. “Aku blah
dulu.” Pantas Kefli membolos masuk ke dalam kereta meninggalkan
Alan terpinga-pinga. Pedal minyak kereta ditekan habis. Tidak peduli
dengan had laju dalam kawasan hospital. Hatinya benar-benar bengkak
dengan pengakuan eksklusif daripada sahabat baiknya. Dia benar-benar
tertekan.
skrg Kefli dah ada saingan hebat...best friend sendiri...lbh baik Kefli b'terus trg dgn family dia ttg dia dan suri sblm dia kehilangan Suri....best..cpt2 smbg..:)
ReplyDelete