Lihatlah... Itu mama aku.
Orangnya sangat jelita. Berdarah campuran arab dan melayu. Berbudi
bahasa dan bersopan santun. Sangat cekap menguruskan hal rumah
tangga. Makan pakai kami sekeluarga amat terjaga dan juga seorang
yang menjaga penampilan. Padan sehingga sekarang ( aku ni kiranya dah
boleh jadi bini orang) papa aku sangat-sangat menyintai dan
menyayangi mama aku.
Urmmm..... Tapi tengoklah
aku, sudahlah tak cantik. Gemuk macam beruang. Memang padan dengan
umur aku yang sudah mencecah lewat 20-an tapi masih tidak berpunya.
Kadang-kadang aku cemburu dengan mama aku sendiri. Kenapalah aku tak
secantik mama. Walhal kami mempunyai DNA yang sama. Sepatutnya aku
mesti lebih cantik daripada mama aku. Aku muda belia tetapi mama aku
yang sudah boleh di kategorikan veteran, masih awet muda. Tetapi
kenapa bila kami bergandingan, orang akan cakap aku kakak kepada mama
aku sendiri. Waktu itu, berkeping-keping coklat aku lahap dek tekanan
yang melampau (ter-over plak). Mulalah aku membelek-belek tubuh aku
yang macam nangka ni depan cermin sampai retak cermin menatap tubuh
aku yang memang tak cun.
Gelas yang berisi minuman
coklat kegemaran, aku letak atas meja. Aku menyusun langkah menuju ke
jendela. Mata aku meliar mencari sesusuk tubuh. Tak lama selepas aku
mencari-cari, mata aku terpaku pada seorang jejaka yang sedang
seronok berbual dengan papa dan mama aku. Sakan mereka ketawa
sehinggakan aku yang tajam memerhati mereka dari tingkat atas,
lansung tidak perasan.
Aku merengus kuat. Aku
meluat dengan kehadiran jejaka itu di kediaman kami. Tanda protes,
aku sengaja menghentak-hentak kaki sekuat hati. Nasib baik konkrit
lantai bilik kukuh. Kalau tak, mesti aku dah merudum jatuh ke tingkat
bawah. Tergolek-golek macam nangka busuk. Cis!!! Dah melalut aku
berangan.
Minuman kegemaranku habis
diteguk dengan rakus. Tidak cukup dengan itu, aku menapak turun ke
dapur mencari bahan makanan. Aku mula membayangkan syurga coklat yang
tersusun dalam peti ais. Glup! Aku menelan air liur. Dengan senang
hati aku membuka pintu ais. Namun, mata ku terbuntang luas.
“Mana makanan aku? Kenapa
peti ais ni kosong?” gomel ku sendirian. “ Mak Utih!!!!!!”
Nyaring nada suara ku memanggil orang gaji.
Apa lagi, terkocoh-kocoh
Mak Utih berlari-lari mendapatkan aku di dapur. Riak wajahku sengaja
dibengiskan tatkala Mak Utih terpacak di depan mataku. Aku perasan
Mak Utih menunduk rapat ke bawah. Takut le tu...
“Mana semua makanan Scha?
Coklat? Nugget? Burger?”
Aku lihat mata Mak Utih
terkebil-kebil tatkala nada suara aku mengalahkan halilintar.
“Tak perlu nak
marah-marah Mak Utih. Saya yang buang semua tu. Mulai hari ini, awak
kena ikut diet saya,” sampuk seorang jejaka yang tampan.Badan
ketul-ketul. Macam ahli bina badan.
Jejaka itu dah macam tok
tenuk aku tengok. Rasa macam nak bagi lempang laju-laju sampai
berputar kepala dia 360 darjah. Berasap-asap telinga dengar bila dia
senang-senang buang makanan aku. Dia ingat aku beli semua tu pakai
daun?
“Amboi-amboi sedara! Awak
fikir saya akan ikut cakap awak? Ikut suka hati saja nak buang
makanan orang. Tak sekolah ke?” Aku menjungkit kening ala-ala Ziana
Zain. Mata dia aku tenung dalam-dalam.
“Awak tuh yang tak
sekolah! Suka ke tak suka, papa awak dah lantik saya sebagai trainer
awak. Mau tak mau, awak kena dengar cakap saya.” Ugutnya. Dia juga
tak lepas bertentang mata dengan aku. Tak mahu kalah! Akhirnya mata
aku yang ber kelip.
“Saya cakap saya tak
mahu, saya tak mahu! Saya nak makan apa yang saya nak makan. Faham?”
Aku menjerit sekuat hati. Sehinggakan mama dan papa menerpa masuk ke
dapur.
“Ada apa ni sayang?”
Mama bersuara. Ketika itu airmata aku dah mula bergenang.
“Dia ni.. Suka hati buang
makanan Scha. Dia ingat dia siapa nak buang makanan Scha? Scha kerja
penat-penat kumput duit beli tau. Bukan pakai duit dia.” Tika itu
airmata dah mula mengalir. Papa sekadar menjadi penonton. Mak utih
dah lama melarikan diri.
“Ooo...awak nak makan
sangat kan?” ujar Zack a.k.a penasihat pemakanan ataupun lebih
senang aku kenalkan sebagai trainer kurus aku. “Nah ambik
ni. Makan ini saja.”
Zack menghulurkan sebiji
buah epal yang dicapai dari meja makan.
Perlahan-lahan aku
mencapainya dan menggigit geram buah epal itu. Zack tersenyum sinis.
“Cukup untuk hari ini
saja.” Zack terus berlalu sambil menyanyi kecil.
Kecik saja aku tengok Si
Zack tu. Kalau boleh aku nak bawa dia bertinju. Biar dia rasa macam
mana aku tinju muka dia yang agak kacak tuh. Kacak ker? Macam mat
bangla jual karpet ada lah!
“Scha.. mari sini. Mama
dan Papa nak cakap sesuatu. Kita ke ruang tamu.” Arah papa sambil
berlalu ke ruang tamu.
Lembut Mama menarik
tanganku menuju ke ruang tamu. Setiba di ruang tamu, hati aku
menggelegak semula. Aku mula angkat kaki. Rasa benci sangat-sangat
bila tengok Zack sedang tersengih macam kerang busuk di sofa.
“Scha.... Duduk dulu.
Papa pening lah dengan perangai Scha ni. Cuba sekali sekala dengar
cakap papa dan mama. Ini asyik ikut kepala Scha saja.”
Papa mula bersuara
membuatkan langkah aku mati serta merta. Wajah aku merah padam dan
muncung sengaja aku tarik bukan sedepa tapi dua depa. Dengan geram
aku melabuhkan punggung aku sebelah mama, bertentangan dengan Zack
dan Papa. Ada meja kecil di antara kami.
“Papa buat semua ni demi
kebaikan Scha. Bukan sengaja Papa upah Zack untuk kuruskan Scha. Papa
nak tengok Scha jadi macam orang lain. Selama ini, Papa ikut saja
kemahuan Scha. Papa tak peduli tentang kesihatan Scha. Jadi sekarang
Papa nak bantu Scha berubah. Dari segi pemakan, kuruskan badan demi
kesihatan anak Papa ni.”
Aku tunduk rapat ke bawah.
Terasa berdesing telinga mendengar. Mama di sebelah mengenggam tangan
aku seperti faham dengan gelodak hati aku kala ini.
“Mama pun setuju dengan
Papa. Mama risaukan kesihatan Scha. Ramai kawan-kawan Mama sakit di
sebabkan obesiti. Mama nak anak Mama sihat.”
Sangkaan aku meleset. Aku
ingat Mama di pihak aku. Rupanya Mama juga bersekongkol dengan Papa
dan Zack. Mana aku boleh ubah cara makan aku. Boleh mati aku macam ni
kalau hanya makan epal 1 biji sehari
. Wawawawaaaa........ Pada
siapa aku nak luah isi hati aku ni bahawasanya aku tak boleh hidup
dengan hanya sebiji epal hijau.
“Papa bersalah pada Scha
selama ni. Papa ikut sangat kehendak makan Scha. Kalau dari kecil
dulu Papa kawal pemakanan Scha, tentu Scha tak jadi macam ni...”
Papa terdiam seketika.
“Jadi apa Pa? Jadi
gemuk?” Sayu nada suara aku. Sungguh saat ini hati aku pedih
sangat. Mahu saja aku menjerit, tolonglah terima aku seadanya. Aku
gemuk pun bukan menyusahkan orang lain. Apa yang aku nak makan, aku
beli guna wang aku sendiri. Aku tak mengemis daripada siapa-siapa
pun.
“Bukan macam tu maksud
Papa... Papa risaukan kesihatan anak papa ni.”
Aku memaling wajah aku ke
tepi. Aku sedar, sedari tadi Zack hanya mendiamkan diri, menjadi
pemerhati konferen antara Papa, Mama dan aku.
“Scha benci Papa dan
Mama....” Aku merajuk. Aku bingkas berlari mendaki tangga. Di
pertengahan aku berhenti seketika. Saat itu, nafas aku
tercungap-cungap. Terasa tersekat di kerongkong. Akhirnya aku rebah.
Pandangan mata aku kelam, berbalam dan hitam.
…................................................................
Hampir pekak telinga aku
mendengar bebelan daripada doktor peribadi keluargaku. Memang dah
berbuih mulut Dr Aida menasihati aku supaya mengurangkan berat badan.
Baru berlari-lari panjat dua tiga anak tangga, aku dah semput dan
pengsan. Itu belum lagi berlari seratus meter.
Mama di sebelah sudah
tersedu-sedu. Maklumlah aku ni anak tunggal. Tentulah Mama orang yang
paling risaukan aku kalau berlaku apa-apa.
Papa pula tenang saja aku
tengok. Zack... Mungkin sedari aku pengsan tadi dia jadi bodyguard
tak berbayar ataupun mungkin menanti masa yang sesuai untuk fire
aku. Tengok muka pun aku dah tau... Amat menjengkelkan hati.
“Saya nak balik ke klinik
semula. Kalau ada apa-apa cepat telefon saya ye Dato.. Datin.” Dr
Aida menyalami Papa dan Mama. “Ingat Scha apa yang saya pesan.
Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.”
Aku mencebik bibir.
Terngiang-ngiang setiap bebelannya sebentar tadi. Masa Dr Aida
memberi ceramah pasal berat badan aku tadi, rasa macam nak himpit
saja tubuh dia yang sekeping tuh dengan badan aku yang tiga kali
ganda besar daripada dia.Baru Dr Aida nak diam kut.
“Baru pijak dua tiga anak
tangga dah pengsan. Lepas ni, jangan harap saya nak bagi muka pada
awak. Mulai esok, awak adalah milik saya.” Sinis sekali kata-kata
Zack menyapa gegendang telinga aku. Aku bulatkan mata aku, menerung
tajam ke dalam mata Zack.
“Awak ingat saya ni anak
patung teddy bear awak? ?”
“We look and see.” Zack
terus berlalu meninggalkan aku di dalam bilik sendirian.
Saat itu aku rasa sedih
sangat. Aku bangun menuju ke cermin besar yang terpasang di dinding.
Membelek-belek tubuh aku yang besar. Sekali-sekali aku membuat gaya
ala-ala model. Adess.. Sakitnya mata aku memandang. Ini orang ke
beruang?
Aku terus merebahkan diri
ke atas katil. Fikiran aku menerawang jauh. Mula aku
berangan-berangan. Membayangkan aku ni secantik bidadari. Bakal
bertemu dengan putera idaman. Akhirnya aku tertidur dalam fantasi
ciptaan ku sendiri.
…....................................................................
Mahu tak mahu, pagi itu aku
terpaksa ikut Zack jogging. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi Zack sudah
menceroboh masuk ke dalam bilik aku. Akibat tertidur semalam aku
tidak kunci bilik. Jadinya Zack masuk dengan sebaldi air lalu
disimbahnya air tersebut. Akibatnya subuh-subuh itu aku berenang atas
katil aku sendiri.
Masa mahu sarapan tadi aku
lancarkan mogok makan. Geram dengan tindakan Zack tadi. Tapi Zack
tetap macam mula-mula aku kenal dia. Seorang yang tiada perasaan.
“Awak nak makan ke tak
nak itu awak punya pasal. Kalau awak pengsan semasa jogging, saya tak
nak kutip beruang kutub utara balik rumah.”
Aku mengetap bibir sekuat
hati. Geram sangat-sangat bila dia gelarkan aku beruang kutub utara.
Kalaulah aku ada kuku yang panjang, memang dah lama muka Zack aku
tukar jadi zombi! Mahu tak mahu mogor lapar aku tak menjadi. Itu pun
Zack mencatu makanan aku.
“Saya hanya benarkan awak
makan dua keping roti tanpa jem ataupun mentega. Sebab badan awak dah
banyak lemak, jadi awak tak boleh makan minyak atau gula. Dan awak
kena minum air teh kosong.” Zack tersengih-sengih sewaktu menyua
makanan yang di maksudkan. “Cepat habiskan. Kita kena pergi jogging
sebelum orang lain jogging.”
Dengan perasaan sebal aku
habiskan juga sarapan pagi yang macam makanan pesakit kencing manis.
Tak sedap lansung!
“Tak sedap lah awak...
Boleh tak taruk jem. Sikit pun jadilah...” Aku cuba memancing
simpati daripada Zack dengan muka yang aku buat secomel boleh. Namun
dengan selamba dia membuang botol jem ke dalam tong sampah.
Mendidihnya hatiku dengan tindakan Zack itu.
“Saya cakap tak boleh.
Makan apa yang ada sahaja.” Zack bingkas bangun, duduk di sofa
ruang tamu.
“Lagi 5 minit awak tak
siap makan, saya buang semua makanan awak yang ada dalam pinggan
tuh.”
Aku merengus geram. Mahu
saja aku membaling pinggan dan cawan yang ada atas meja makan ke arah
Zack. Biar bersepai muka Zack.
“Takkan tak siap lagi?
Dah berkulat saya tunggu kat pintu ni. Saya kira sampai tiga
saja.Kalau tidak saya.....” jerit Zack.
Cepat-cepat aku
menghabiskan sisa minuman. Urmmm... sedap juga teh 'o' kosong ni...
“Saya datang la ni. Yang
awak teruja sangat ni kenapa? Tunggu baru 5 minit dah bising macam
burung kakak tua.” Dengan selamba aku menyarungkan kasut jogging.
Sengaja aku menghimpitkan badan aku yang besar dengan tubuh Zack
“Kat sana banyak lagi
ruang awak boleh pakai kasut sukan awak yang besar macam gajah tu.
Kenapa kat sini juga awak nak berhimpit dengan saya?”
Aku buat-buat pekak. Memang
aku sengaja. Sebab aku nak cari pasal dengan kau. Supaya kau akan
putus asa jadi trainer aku.
“Pagi ni kita jog
sekeliling kawasan perumahan awak ni.”
Zack dah mula berlari
setempat di hadapan aku. Dengan malas aku bangun.
“Mula-mula kita akan
warming up. Awak follow saja ok..”
Zack mula menunjukan
langkah-langkah memanaskan badan. Katanya
memanaskan
badan
bukan
setakat menyediakan badan,
tetapi juga menyediakan minda kita untuk berada dalam mood latihan
.
Baru seratus meter
berjogging, aku sudah tercungap-cungap macam ikan lemas. Namun aku
gagahi juga untuk meneruskan latihanku. Pam ubat asma sentiasa di
tangan aku kalau-kalau penyakit asma menyerang.
“Awak ni, belum jauh lagi
jog awak dah semput. Cepat... Kalau macam ni, tengahari baru kita
boleh berhenti jog.”
Aku berhenti seketika di
pertengahan jalan. Manarik nafas dalam- dalam. Aku mesti kuat. Aku
mesti kuat!!!
Entah kenapa tiba-tiba aku
mendapat satu aura dan semangat untuk meneruskan latihanku pagi itu.
Aku seperti tercabar dengan Zack. Sakitnya mata aku memandang Zack
asyik menjeling pandang perempuan-perempuan cantik lagi lansing
semasa berselisihan dengan kami. Tiba-tiba hati aku meradang. Itu
yang membuatkan aku nekad untuk kurus!
…................................................................................................
Pejam celik pejam celik
sudah tiga bulan aku mendapat latihan daripada Zack. Dan apa yang
mengembirakan aku, berat badan aku sudah turun 20kg. Pakaian pun dah
banyak yang longgar. Orang yang paling ceria melihat aku semakin
kurus adalah papa dan mama. Malah papa menghadiahkan banyak pakaian
baru. Setiap hari aku melaram dengan hadiah papa.
Zack? Dia orang yang paling
banyak kondem aku. Dia cakap aku belum cukup kurus, masih banyak
lemak dalam badan aku. Aku kena banyak traning lagi. Dia kata
lemak dalam badan aku dah tepu. Sudah susah nak dibakar. Kalau mahu
kurus lagi, aku perlu berkerja keras dan rajin.
Kalau dulu kami seperti
anjing dan kucing. Tetapi sekarang kami semakin rapat. Malah aku mula
rasa selesa dia menjadi trainer aku. Setiap nasihat dan tunjuk
ajar daripadanya aku patuh macam burung belatuk. Setiap hari juga aku
tidak sabar untuk bertemu dengan Zack. Zack seolah-olah memberi
inspirasi bagi aku. Zack juga tidak jemu-jemu memberi dorongan yang
jitu kepada aku.
Aku tersenyum sendirian
mengenang Zack. Gambar semasa aku gemuk dan sekarang aku letak di
tepi. Aku bingkas bangun daripada katil. Perlahan-lahan kakiku menuju
ke jendela. Langsir di kuak sedikit dan senyuman aku melebar lagi
tatkala mataku betaut dengan Zack yang berada di laman rumah. Dia
melambai-lambai ke arah aku. Cepat-cepat aku menghilangkan diri
daripada jendela. Hati aku berdebar-debar seperti kuda berlari.
Kenapa ni? Aku tak pernah rasa macam ni...
Aku menarik nafas
dalam-dalam. Menghilangkan gemuruh. Telapak tangan ku gosok berulang
kali. Kenapa sejuk ni? Kenapa jantung aku tak berhenti berdebar
kencang? Kenapa wajah Zack tak dapat aku lupa?
Akhirnya aku terbuai lena
dengan seribu persoalan yang tak dapat ku ungkaikan.
…...........................................................
“Hari ini kita tak payah
berlatih.”
Mata aku tepat memandang ke
dalam mata Zack.
“Biar betul? Selalunya
saya yang nak mengular. Hari ni awak pula ajak saya mengular.”
“Mengular apa nya? Saya
nak ajak awak keluar.”
Aku terdiam seribu bahasa.
Air liur ku telan. Kesat!
“Betul ke ni? Nak ke
mana?”
Zack tersenyum.
“Awak ikut aje. Jom..”
Kami berdua membolos masuk
ke dalam kereta. Tidak lama selepas itu kereta meluntur laju.
Sepanjang perjalanan kami diam membisu. Tiba-tiba aku terasa janggal
bila berduaan dengan Zack. Padahal selama menjalani latihan, aku dan
Zack memang selalu berdua. Kali ini aku terasa sesuatu. Sesuatu
yang tak dapat aku tafsirkan. Sepanjang perjalanan hati ku
berdebar-debar. Malah Zack juga mendiamkan diri. Membuatkan hati aku
bertambah tidak keruan.
“Okay. Jom. Kita dah
sampai,” tegur Zack. Entah bila kami sampai pun aku tidak perasan
kerana melayan perasan. Tup-tup Zack sudah buka pintu kereta bagi
pihak aku. Saat itu aku tersenyum sumbing. Malu pun ada kerana
membuatkan Zack perasan aku sedang mengelamun jauh. Cepat-cepat aku
bingkas bangun daripada tempat duduk kereta. Kami sama-sama berjalan
masuk ke dalam MidValley.
“Kita nak buat apa kat
sini? Tak pernah-pernah awak bawa saya keluar. Awak buat saya
terkejut.”
“Salahkah ke saya nak
bawa trainee saya keluar. Atau awak takut pakwe awak marah?”
“Awak ni perli saya ke
apa? Awak pun tahu kan saya ni belum berpunya lagi.”
Aku menunduk kepala ke
bawah. Terasa rendah diri sangat. Umur sudah lanjut, kerjaya pun
bagus tapi belum berpunya.
“Sebenarnya saya bawa
awak keluar ni sebab saya nak meraikan kejayaan awak .”
“Kejayaan apa?”
Keningku bersatu.
“Awak kan sudah berjaya
turunkan berat badan awak. Awak tahu tak, awak sebenarnya cantik.
Tetapi kenapa awak nak sorokkan?”
Aku tersipu-sipu malu
apabila Zack memuji diriku. Pipiku merona merah.
“Saya tak cantik lah.
Gemuk lagi ni.”
“Gemuk tak semestinya tak
cantik. Bagi saya hati yang perlu cantik. Bukan dari segi fizikal.”
Aku terdiam seketika.
“Saya suka bila awak
selamatkan kucing hari itu.”
Keningku bersatu lagi.
Tiba-tiba memori aku selamatkan kucing kembali terlayar.
….............................................................
“Awak turun lah... Nanti
jatuh. Saya juga yang susah.” Zack menjerit semasa aku memanjat
pokok rambutan untuk menyelamatkan seekor kucing putih.
Jeritan Zack aku
persetankan. Yang penting aku kena selamatkan kucing. Ketika itu aku
sudah hampir dengn kucing putih. Perlahan-lahan kepala aku tunduk ke
bawah. Mak aii...tinggi juga aku panjat!
“Kenapa Meow panjat
pokok? Tu la panjat pandai, turun tak pandai,” bebel ku semasa aku
mahu mencapai kucing putih di dahan berhadapan dengan ku.
“Meow jangan takut ye...
Jom kita turun ye Meow..” Akhirnya kucing putih dapatku capai.
Namun malang tidak berbau. Akibat badan aku yang berat, dahan pokok
tidak mampu lagi menampung.Kesudahannya aku jatuh macam nangka busuk.
Mujur kucing putih jatuh ke atas badanku. Bayangkan kalau kucing
berada bawah badan aku. Alamatnya arwah lah kucing tuh.
Zack pula berdekah-dekah
ketawa semasa membantu aku bangun. Hampeh betul. Bukan nak kesian,
gelakkan aku pulak. Sepanjang hari itu aku lancarkan perang dingin
dengan Zack.
…..................................................................
Ketawa Zack masih tidak
hilang semasa aku menceritakan semula kejadian itu. Apalagi, aku
mencubit pinggang Zack. Geram!
“Adus... Sakitlah awak.”
Spontan Zack memegang tanganku. Aku terkaku seketika. Ketawanya juga
terus berhenti.
“Kita pergi makan ye.
Awak makan lah apa awak nak. Saya belanja,” ujar Zack setelah lama
kami mendiamkan diri. Namun pegangan tangan kami masih bertaut. Kami
berjalan beriringan mencari tempat makan. Sepanjang perjalanan aku
hanya mendiamkan diri. Yang pastinya hari itu aku berasa bahagia
sangat. Seolah-olah dilamun cinta.
…............................................................
Sejak dari itu, kami
semakin rapat. Ke mana sahaja pasti berdua. Seakan tidak boleh
berenggang. Diam tak diam sudah enam bulan aku menjalani latihan
dengan Zack. Malah matlamat aku juga sudah tercapai. Daripada saiz
XXL sudah bertukar kepada saiz S. Malah aku berasa makin sihat.
Penyakit semput pun sudah hilang. Pendek kata setiap hari aku mesti
bersenam demi kesihatan. Wajahku pun semakin hari ceria dan awet
muda. Bukan kerana aku sudah kurus tetapi kerana kehadiran Zack. Zack
membuatkan aku bahagia. Kini baruku faham perasaan orang bercinta.
Sayang dan rindu datang silih berganti menjadi diari hidup aku.
Tetapi di satu malam,
kebahagianku diragut tiba-tiba. Angan-anganku musnah dalam sekelip
mata. Rupanya aku hanya bermimpi di siang hari. Cinta yang aku rasa
bertepuk dua belah tangan, rupanya hanya sebelah tangan.
“Malam ini malam terakhir
Zack akan bersama dengan kita sekeluarga,” ucapan Papa semasa makan
malam sekeluarga, membuatkan aku terkedu.
“Kenapa Pa?” Aku
memberanikan diri bertanya. Aku perasan Zack tajam merenung ke arah
aku.
“Servis Zack sudah tamat.
Lagi pun Scha sudah tidak perlukan bimbingan daripada Zack.”
Aku menunduk. Ada benarnya
cakap papa. Dulu papa ada beritahu aku, Zack akan jadi trainer
aku selama enam bulan sahaja. Kala itu hatiku dirundung sayu. Wajah
papa, mama dan Zack, tak mampu aku pandang kerana kolam air mataku
seakan mahu pecah.
“Lagipun, Zack nak buat
persiapan majlis perkahwinannya nanti.”
Dup! Jantungku seakan
terhenti seketika. Kata-kata Papa sebentar tadi seperti halilintar
menerjah telingaku.
“Zack nak kahwin? Dengan
siapa?” Soalan itu terlontar laju daripada mulutku.
“Dengan awek dia la.
Takkan dengan Scha?” balas Mama membuatkan kolam airmataku terus
pecah. Tidak sanggup menerima apa-apa lagi, aku bingkas bangun.
Berlari, meninggalkan meja makan. Aku mengurungkan diri dalam bilik.
Di situ aku melepaskan tangisanku sepuas-puasnya.
….....................................................................
Sudah sebulan aku seperti
orang hilang akal. Setiap malam meracau teringatkan Zack. Airmata
juga tidak pernah kering. Malah semakin hari berat badanku makin
susut dan tidak terurus. Kini saiz berat badanku bukan lagi S tapi
XS. Dah macam zombie kampung pisang. Mana tidaknya, selera makanku
lansung tiada. Dulu kalau aku stress, aku akan makan sepuas hati.
Tapi kini, selera makanku hilang. Tengok makanan pun nak muntah.
Adakalanya seharian aku tidak menjamah makanan. Aku sengaja sibukkan
diri dengan kerja-kerja aku di pejabat untuk membuang Zack daripada
ingatanku. Namun segala usahaku tetap gagal. Malah semakin hari
bayang Zack kuat melekat dalam memoriku.
Aku merenung ke kalendar
yang terletak di atas meja tulis. Sayu hatiku merenung kalendar
tersebut. Lagi seminggu Zack akan berkahwin dengan wanita pilihan
hatinya. Serta merta airmataku tumpah lagi. Sudah berkotak-kotak tisu
dibazirkan dengan airmataku.
Terbayang-bayang Zack
dengan bakal isterinya dalam gaun perkahwinan. Mesti gempak majlis
mereka. Dihiasi ala-ala moden tradisi. Bertemakan merah putih. Itu
adalah sebuah impian perkahwinanku,
Aku mengetap bibir.
Sayangnya bukan aku pengantin perempuan itu.
Aku menangis lagi. Namun
tangisan ku terhenti apabila pintu bilik diketuk. Cepat-cepat aku
menyeka sisa airmata yang mengalir. Kemudian aku menarik nafas
dalam-dalam sebelum melangkah lambat-lambat membuka pintu.
Pintu dikuak sedikit.
Bayang Zack memenuhi ruang penglihatanku. Ku tutup pintu semula.
Dia ke? Hatiku penasaran.
Aku bermimpi atau itu benar-benar dia? Pintu dibuka semula. Kali ini
lebih luas.
“Kenapa awak tutup pintu?
Awak tak suka saya datang?”
Aku diam terkaku di hadapan
Zack. Memang benar Zack kini berada di hadapanku setelah sebulan kami
tidak berjumpa. Tetapi kenapa baru sekarang dia berjumpa dengan aku?
Untuk sakitkan hati aku lagi?
“Boleh saya masuk?”
Aku menggeleng kepala. Tak
berdaya untuk bersuara apa-apa.
“Baiklah. Saya singgah
sekejap sahaja pun. Saya cuma nak bagi kad kahwin dan hadiah untuk
awak.”
Aku angkat kepala, merenung
tepat ke dalam mata Zack. Mencari apa sebenarnya yang Zack hendak
sampaikan. Berdesing telingaku mendengar dia sekadar mahu memberi kad
perkahwinannya. Terasa seperti hatiku disiat-siat. Namun pandangan
mata kami tidak lama bertaut. Zack mengulurkan sampul berwarna putih
dan sekotak hadiah yang agak besar. Lambat-lambat aku mencapainya.
“Saya pergi dulu. Saya
perlukan jawapan awak segera.”
Zack hilang daripada
pandangan mata. Aku pejam mata rapat-rapat. Airmataku mengalir lagi.
Kali ini aku terduduk di atas lantai dengan kad dan hadiah yang masih
dalam gengaman. Jawapan apa yang awak mahukan Zack?
…......................................................................................
Esok akan berlansungnya
majlis perkahwinan Zack. Dan aku masih terperap dalam bilik. Tetapi
yang menghairankan aku, mama dan papa pula yang sibuk. Kata mama
malam ini ada majlis di rumahku. Majlis apapun aku tidak aku ambil
peduli. Sejujurnya, sebulan lebih ini aku memang tidak mengambil tahu
apa yang berlaku dalam keluarga aku. Apa yang aku pentingkan adalah
kesedihan yang aku alami.
Aku mendekati jendela.
Pandangan mataku berpusat di luar rumah. Bunyi kecoh di luar rumah
membuatkan aku tertarik untuk melihat apa yang berlaku.
“Kenapa ada khemah ni?
Ada majlis apa malam ni?” Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Kemudian aku kembali terbaring ke atas kamar. Agak lama aku berteleku
di atas katil. Memikirkan majlis apa malam ini.
“Sayang? Tidur lagi ke?
Cepatlah bersiap. Pergi mandi.” Mama meluru masuk ke dalam bilik
membuatkan aku bingkas bangun. Terkejut dengan kehadiran mama dan
sepupu, Tom ( lelaki tapi lembut ).
“Aah la Scha. Kenapa tak
mandi lagi? Kejap lagi aku nak make-up kau.” Tom mencekak pinggang
di hadapanku. Serta merta dahi ku berkerut berlapis-lapis.
“Make up? Untuk apa?
Majlis apa sampai aku nak kena make up bagai ni,” soalku.
Tom cuba menjawab soalanku,
tetapi mama mencelah.
“Ikut sajalah. Jangan
banyak celoteh.” Mama membulatkan mata ke arah Tom. “Cepat
siapkan Scha. Orang dah ramai datang. Mak Ngah turun ke bawah dulu.”
Mama terus beredar
meninggalkan aku dan Tom. Aku baring semula di atas katil.
“Scha.. Bangun! Pergi
mandi.” Tom menarik lenganku. Mahu tak mahu aku terpaksa menurut.
Perlahan-lahan aku menuju ke kamar mandi.
Selepas 30minit baru aku
keluar dari kamar mandi. Sengaja aku buat Tom tunggu lama-lama.
“Cantik kan baju ni?
Pandai dia pilih,” puji Tom sambil membelek baju kurung moden di
atas katil.
Aku antara dengar dan
tidak. Sengaja aku persetankan Tom. Entah apa yang cantik pun aku tak
tahu.
Almari bajuku selak.
Tiba-tiba mata aku terpaku pada hadiah pemberian daripada Zack tempoh
hari. Entah kenapa baru hari ini aku terasa mahu membuka hadiah
tersebut. Hadiah yang berbalut kertas berwarna pink menarik
perhatianku lalu ku bawa ke atas katil.
“Amboi.. saper bagi
hadiah?Besarnya.. Cepatlah buka.” Tom pula yang lebih teruja
daripada aku.
“Sabarlah. Nak bukalah
ni.” Dengan masih berkemban aku mengoyak bungkusan tersebut.
Penutup kotak hadiah aku buka lalu aku keluarkan isinya.
“Gaun putih?” mulutku
terlopong akibat terkejut. Gaun pengantin ku angkat dan ku belek.
Apa motif Zack bagi gaun
pengantin? Dia salah bagi ke?
“Cantiknya... Cuba kau
pakai baju tu? Muat tak? Klass la pilihan dia, Scha,” puji Tom
lagi.
Kali ini aku berlari ke
meja solek. Aku membuka laci lalu aku mengeledah, mencari sampul
putih. Peluh mula membasahi dahi.
Sampul putih aku jumpa.
Cepat-cepat aku melihat isi dalam. Sekeping kad merah memenuhi
pandangan ku kini. Ayat di hadapan kad merah aku baca perlahan.
Jemputan perkahwinan Zack
dan …....... Aku menarik nfas dalam-dalam. Scha???!!!
Kad merah aku buka. Isi
kandungan kad merah aku baca berkali-kali. Tidak lama selepas itu,
telefonku berdering. Cepat-cepat aku menjawab panggilan tersebut.
“Hello..”
“Hello.. Kenapa awak
mendiamkan diri? Saya mahu jawapan daripada awak.” Suara Zack
kedengaran sayu. Tersentuh hatiku kala itu.
Aku diam seketika. Otakku
seakan tidak boleh mentafsir apa yang berlaku sekarang.
“Scha....” seru Zack.
“Saya harap saya belum
terlambat. Saya setuju dengan lamaran awak.”
“Terima kasih awak.”
Kedengaran Zack ketawa girang. “Saya fikir majlis kita akan batal
esok. Saya sedih sangat sebab awak mengambil masa yang lama untuk
beri jawapan. Saya hampir putus asa. Mujur papa dan mama awak tetap
mahu teruskan majlis kita.”
“Maafkan saya.. Kenapa
awak tak lamar saya depan-depan? Buat saya bersedih sampai sebulan
lebih? Sebenarnya kad dan hadiah yang awak beri hari tuh, baru hari
ini saya buka.”
“Maafkan saya juga. Ini
semua idea papa awak. Dan sebenarnya saya yang offer kepada papa awak
untuk jadi trainer awak. Dengan cara itu saya dapat mengenali awak
dengan lebih dekat..”
“Ooo... jadi ini semua
idea papa ye? Kenapa awak turut saja?”
“Dia kan bakal bapa
mertua saya.” Kami sama-sama ketawa girang.
“Saya ingat awak
main-mainkan cinta saya.”
“Tidak Scha. Saya ikhlas
dengan awak. Saya mula jatuh hati dengan awak dah lama.”
“Dah lama?” Aku
kehairanan. Selama ini aku tak pernah kenal dengan lelaki bernama
Zack.
“Kawan awak... Malika.
Dia kakak saya. Dia selalu cerita tentang awak kepada saya.”
“Kak ika? Oh... Tidak.
Jadi awaklah orang yang dia nak kenen-kenenkan tu?”
Kami pecah ketawa lagi
“Dah awak jual mahal
sangat. Jadi saya menyamar la jadi trainer awak.”
Kami diam seketika. Aku
masih terkejut dengan kenyataan yang dijelaskan oleh Zack. Sungguh!
Aku tak percaya.
“Macam mana awak boleh
jatuh hati dengan orang yang gemuk macam saya?” Aku penasaran.
“Sebab saya jatuh hati
dengan sikap awak.. budi pekerti awak. Sejak awak jadi pengasuh
kepada anak Kak Malika, saya percaya awaklah orang yang saya cari.”
Aku tersenyum lagi.
Teringat lagi setahun yang lepas aku menjadi pengasuh a.k.a bidan
terjun kepada anak perempuan Kak Ika. Semuanya gara-gara pengasuh Kak
Ika berhenti tiba-tiba.
“Scha.. saya cintakan
awak gemuk-gemuk tau!”
“Gemuk-gemuk?”
“Yup.. Sebab cinta saya
pada awak memang besar. Besar samalah juga macam gemuk.”
Aku tersenyum. “Saya pun
cintakan awak gemuk-gemuk juga.”
Talian diputuskan dan aku
masih lagi tersenyum sendirian sehinggalah Tom berdehem kecil.
“Sudahlah tu.. Jom saya
make up awak cantik-cantik. Hari ini kan malam berinai awak.”
Hari itu menjadi hari
bahagia aku. Malam berinai berjalan dengan meriah sekali. Patutlah
mama dan papa sibuk kebelakangan ini. Rupanya menguruskan hal
perkahwinan aku.
Menyesal juga dulu tidak
baca awal-awal kad perkahwinan tersebut, Ego punya pasal aku campak
saja kad tersebut dalam laci meja solek. Hadiah Zack pun tidak aku
usik. Melayan perasaan sangat. Tapi nasib baik aku belum terlambat.
Sempat juga aku memberi jawapan setuju kepada Zack. Aku cintakan Zack
gemuk-gemuk!!!
akhirnya zack
ReplyDeleteJom kita makan Minyak Ikan