Dia berteleku lama di atas sejadah
bersama lenangan airmata. Perit di hati diserah bulat – bulat pada
Allah SWT sambil lidahnya tidak kering berzikir. Menginsafi keadaan
diri. Peristiwa silam yang cuba di lupakan, menjelma menyesalkan
kalbu.
“Ala beb! Bukan lama pun kita di
sini. Sekejap saja. Kalau kau rasa tak seronok, kau balik la lepas
tu.”
“Ye lah.. Sangat bagus cadangan kau
sebab aku datang ke sini pun tumpang kau juga.”
Natalia menjeling sekilas kepada
Nasya.
Nasya tersengih-sengih.
Rentak lagu disko setempo dengan degup
jantung Natalia. Dia mula berasa selesa dengan suasana baru. Hinjut
badan seirama lagu. Tidak lama Natalia mendiamkan diri, dia menari
bersama Nasya.
Dua orang lelaki sebaya mereka,
mendekati dan menari bersama.
Pada mulanya Natalia berasa rimas,
tetapi melihat gelagat Nasya yang begitu terbuka, dia menari bersama
lelaki-lelaki tersebut tanpa kekok.
“U look so sexy baby.”
Natalia berasa bangga. Makin galak dia
meliuk-liukkan badan seirama lagu. Syaitan mula bertepuk tangan
kerana hasutan menjadi.
Dia bersujud dan menangis semahunya
mohon keampunan Allah SWT. Terasa sangat hina dengan kejahilan
lampau. Hidup bebas tanpa pegangan dan batasan membuatkan dia terasa
kotor selayaknya manusia diciptakan daripada tanah. Namun dengan
akal, manusia diangkat darjat sebagai khalifah di muka bumi.
Hakikatnya dia tewas dek hasutan syaitan dan hawa nafsu.
“Belum terlambat untuk bertaubat
selagi nyawa belum bercerai daripada badan.”
Kata-kata bonda meresap ke dalam jiwa.
Malam itu dia sembahyang taubat dan
hajat agar dosa lama mendapat keampunan.
…........................................................................................................
“Sudah berapa dia
berkeadaan macam ni, Nurse?” soal Natalia sebaik tiba di kaunter
jururawat Hospital Mawar Hidayah.
“Sudah sebulan. Maaf,
saya tumpang bertanya,” pinta jururawat bernama Wardah.
Natalia mengangguk.
“Cik Nasya ada keluarga
tak? Saya mahu cari keluarga Cik Nasya untuk beritahu keadaan Cik
Nasya supaya ada ahli keluarga dapat bacakan surah Yassin pada
saat-saat begini. Cik Nasya makin tenat.”
Nasya terpempan.
“Dia ada keluarga. Dia
tak bagi tahu ke Nurse?”
Wardah mengangguk.
“Tak apa Nurse, saya yang
akan bagitahu keluarga Cik Nasya. Saya dengan Cik Nasya dah macam
adik beradik. Tergamak dia sembunyikan hal ini daripada saya. Patut
lah lama dia menghilangkan diri.”
Natalia sebak. Sedaya upaya
dia mengawal emosi, namun tewas apabila melihat Nasya terbaring tenat
di atas katil.
“Sabar ye Cik.. Mungkin
dia ada sebab buat macam ni. Kita kena redha dan banyakkan berdoa
untuk kesejahteraan dia,” pujuk Wardah.
Buku surah Yassin
diserahkan kepada Natalia.
Terkebil-kebil Natalia
melihat pemberian Wardah.
“Ambil lah.. Bacakan
untuk Cik Nasya.”
Lambat-lambat Natalia
menyambut huluran Wardah. Tersentak seketika hati Natalia.
Sudah lama dia tidak
mengaji ayat-ayat suci Al-Quran. Hari itu, dia membaca surah Yassin
dengan tergagap-gagap bersama Wardah.
Dengan izin Allah,
tercampak perasaan takut melihat betapa azabnya Nasya ketika itu dan
bermulalah persahabatan antara Natalia dan Wardah.
…............................................................................................................
Hari-hari Natalia melawat
Nasya di hospital. Setiap pagi juga, dia akan membantu Wardah
mandikan Nasya kerana Nasya tidak dapat menguruskan diri akibat
terlalu tenat. Nasya juga bersambung nyawa dengan alat bantuan
pernafasan kerana kondisi paru-parunya terlalu teruk.
Di situ Natalia belajar
banyak perkara melalui Wardah. Wardah juga bersyukur kerana Nasya
mempunyai kawan sebaik Natalia.
Selalunya pesakit seperti
Nasya akan disisihkan. Tidak terkecuali dengan keluarga Nasya
sendiri. Selepas Natalia memaklumkan keadaan Nasya kepada keluarga
Nasya, mereka terus pindah ke luar negara. Al-maklumlah keluarga
Nasya berada dan agak kolot. Bagi mereka apa yang menimpa pada Nasya
adalah sial bagi keluarga mereka. Begitulah kepercayaan jahil
keluarga Nasya.
Itu sudah Natalia
jangkakan. Mungkin sebab itu juga Nasya lansung tidak berhubung
dengan keluarganya.
“Wardah, boleh kah saya
bertanya tentang penyakit Nasya?” soal Natalia ketika dia mengajak
Wardah keluar pada satu petang.
“Boleh jika itu adalah
untuk pengetahuan Lia tentang penyakit tersebut. Niat saya bukan
untuk aibkan Nasya. Tapi kita perlu tahu tentang penyakit itu. Buang
stigma negatif dalam hati bila kita faham.”
“Saya faham. Macam mana
Nasya boleh dijangkiti AIDS?”
“AIDS
adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti
orang yang menghidapi HIV positif. Ia berlaku apabila sistem daya
tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya
melawan penyakit. Jadi tubuh Nasya tidak kuat untuk melawan penyakit
yang menyerang dia.”
Natalia mengangguk faham.
“Macam mana Nasya boleh terkena
HIV positif?”
“HIV
hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara seperti melalui perhubungan
seks tidak selamat seperti bertukar pasangan, tidak memakai kondom
semasa hubungan seks, melanggan pelacur atau gigolo atau
melalui perkongsian jarum suntikan, mugkin juga melalui ibu kepada
bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.”
Wardah menarik nafas seketika. Natalia
begitu tekun mendengar penjelasan daripada Wardah.
“HIV hanya boleh berjangkit melalui
darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau
cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui
luka, kesan lecetan atau kudis. Dari situlah bagaimana kita boleh
dijangkiti HIV positif.”
Natalia mulai berasa gerun. Dia
berfikir sejenak. Dia akui, dia dan Nasya selalu mengadakan hubungan
seks tidak selamat. Mungkin daripada situ Nasya dijangkiti.
Mendengar penjelasan daripada Wardah
membuatkan Natalia takut kalau-kalau dia juga dijangkiti HIV, terus
dia menangis semahunya.
Wardah terpinga-pinga melihat reaksi
Natalia.
“Kenapa Lia? Maafkan Wardah jika
Wardah buatkan Lia bersedih,” pujuk Wardah seraya memeluk Natalia.
“Saya dan Nasya telah menyimpang
jauh. Kami selalu adakan seks bebas dengan pasangan lain silih
berganti.”
Wardah beristighfar dalam hati sahaja.
Namun dia tidak pandang jijik pada Natalia. Malah dia mahu bimbing
Natalia ke jalan yang benar.
“Dalam Islam zina adalah haram. Zina
bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara rela antara
seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara rela, ia
adalah haram dan mendatangkan dosa.
Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad
bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya
mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.”
(Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim) ujar Wardah secara
berhemah.
Natalia tersedu sedan. Dia mengakui
hujah Wardah. Dia sudah jauh terpesong dan melakukan dosa besar.
“Kami telah terjebak sejak usia 15
tahun lagi. Masa itu kami masih mentah. Jiwa muda mendorong kami
untuk mencuba segalanya termasuklah arak, seks dan macam-macam lagi.”
Natalia mengesat airmata.
“Daripada petikan blog yang pernah
saya baca, menurut Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari
Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk
mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia.
Beliau memberi amaran bahawa
perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan
berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah
kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif
disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil
dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10
March 1999)
Dari sudut agama, padahnya lebih jelas
lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin,
jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga
di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia
ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan
kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah,
hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan
Al-Hakim)
Natalia termenung jauh. Mengenang
dosa-dosa yang pernah dia buat.
“Tetapi Lia harus ingat, setiap
dugaan ada hikmahnya. Mungkin dengan musibah yang terjadi pada Nasya
mampu membuatkan Lia berubah kepada kebaikan.
Firman Allah “Dan Dialah yang
menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan
kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Asy-Syuura: 25).
Tanpa di duga Natalia memeluk Wardah
seeratnya dan menangis di bahu sahabatnya.
“Wardah... Saya mahu berubah. Saya
tak mahu lagi hidup bergelumang dosa.”
Airmata Natalia laju membasahi pipi.
Wardah sekadar menggosok lembut
belakang Natalia bagi menenangkannya.
“InsyaAllah.. Wardah akan bantu
Lia.”
.................................................................................................................
“Wahai orang-orang yang
beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha,
mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu
dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)
“Hello... U call I juga
akhirnya. Ingatkan U dah lupakan I.”
Manja nada suara Natalia
tatkala menyambut panggilan telefon. Tangannya memintal-mintal hujung
rambut.
“Mana boleh I lupakan U
yang cantik ni.. Manja lagi tu,” ujar Robert di sebelah talian.
Lelaki yang di kenalinya semasa clubbing tempoh hari.
Puas dia menggoda Robert
dengan pelbagai aksi manja, akhirnya Robert jatuh ke dalam tangannya.
Mana tidaknya, Robert sangat terkenal di club yang selalu dia lepak.
Orangnya berwajah pan-asian, bertubuh sasa dan bermata layu
membuatkan Natalia nekad menggoda Robert. Sekiranya dia berjaya
memancing Robert, Nasya akan memberi habuan yang sangat lumayan.
“U nak ajak I keluar ke
malam ni?”
“Itulah sebab I call U. I
nak jumpa U.”
Natalia menggigit bibir.
“Nak jumpa di mana?”
“I ambil U. Jam 10 malam.
Okay?”
“Okay sangat. I tunggu
U.”
Talian diputuskan.
Natalia tersenyum-senyum.
Nampaknya ikan sudah mengena umpan.
Seperti yang di janjikan
tepat jam sepuluh mereka keluar menikmati malam yang masih muda.
Makan di restoran yang ekslusif di sekitar kota raya membuatkan
Natalia bangga berpacaran dengan Robert. Sikap Robert yang budiman,
membuatkan hati Natalia cair.
“U cantik sangat malam
ni. I suka dress hitam U ni. Buatkan U bertambah seksi,” pancing
Robert semasa mereka berada di dalam kereta.
“Betul ke? I rasa I tak
cantik pun.”
Natalia malu-malu kucing.
Padahal dalam hati sudah kembang semangkuk.
“Betul... Badan U....
buatkan I tergoda,” puji Robert sambil mengambil kesempatan
mengusap paha Natalia.
Natalia hanya membiarkan.
Hatinya berdegup kencang dengan sentuhan lembut daripada Robert.
“I ada sesuatu untuk U.
Itu pun kalau U sanggup ikut I malam ni,” umpan Robert.
“Apa kah? Bagitahu la I,”
degup jantung Natalia semakin rancak.
“U ikut I dulu.”
Enjin kereta dihidupkan
lalu membelah kepekatan malam.
….......................................................................................................
Natalia menangis lagi.
Al-Quran di letakkan ke tepi. Peristiwa malam itu membuatkan Natalia
menyesal seumur hidup. Sungguh dia tidak sangka, dia telah masuk
perangkap Robert. Malam itu, hilanglah mahkotanya di tangan Robert.
Mulanya dia hanya mahu
keluar dengan Robert untuk buktikan pada Nasya dia berjaya pikat
Robert. Ternyata Robert terlebih dahulu memasang jerat.
Sejak peristiwa malam
itu,Natalia berubah menjadi playgirl. Semua lelaki yang di
kenalinya pernah menidurinya. Sedikit pun tiada perasaan kesal terbit
di hatinya. Baginya, hidupnya sudah musnah. Puas Nasya menasihatinya
tetapi apa yang terjadi sebaliknya, Natalia melibatkan Nasya dalam
aktiviti hitamnya. Akibat darah muda dan tanpa bimbingan agama
secukupnya, Nasya turut mengikut jejak langkah Natalia.
“Maafkan aku Nasya. Aku
lah punca kau terjangkit HIV. Sebab aku lah kau sakit macam ni.”
Natalia menangis
mengenangkan Nasya yang terkujur kaku di hospital. Perasaan bersalah
kuat menyelubungi dirinya.
“Kalau lah aku tidak
kenalkan kau pada John, tentu kau tak jadi macam ni. Semua ni salah
aku..”
Natalia memejam mata.
Tertayang kembali peristiwa dia menemukan John kepada Nasya. Nasya
pula pantang berjumpa lelaki yang kacak, pasti hatinya cair.
Natalia juga tidak sangka
hubungan Nasya dan John sudah jauh melepasi sempadan. Malah bukan
dengan John tetapi dengan beberapa lelaki lain yang Natalia sendiri
tidak kenal.
Masa itu, Nasya dikaburi
dengan wang ringgit. Hidup Nasya sangat mewah masa itu.
“Kalau lah aku dapat
putarkan masa ke belakang, aku tak nak tempuh jalan hitam tu lagi.
Aku menyesal...... Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
…...............................................................................................
Natalia merenung jauh menerusi
jendela. Sudah genap seminggu Nasya meninggal dunia. Semua urusan
jenazah, Natalia dan keluarga yang tanggung. Malah, sudah seminggu
Natalia berubah. Tiada lagi pakaian seksi yang menjolok mata tapi
digantikan dengan jubah dan tudung. Malah Natalia memutuskan hubungan
dengan kekasihnya yang hanya mahukan seks sahaja daripadanya.
Dia nekad untuk tinggalkan zaman
hitamnya. Dia mahu menjadi insan yang baru. Yang taat pada agama.
Kepermergian Nasya meninggalkan kesan
yang hebat dalam hidupnya.
Sesungguh Allah itu Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Dia telah memberi hidayah kepada Natalia melalui apa
yang telah terjadi kepada Nasya.
Sepenuhnya Natalia mengambil iktibar
apa yang terjadi kepada Nasya kepada dirinya. Dia bersyukur yang
teramat kerana diberi hidayah dan dia masih belum terlambat untuk
bertaubat.
Melihat perubahan yang ketara pada
diri Natalia, keluarga Natalia yang paling gembira. Bonda Natalia
berkali-kali memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi. Malah bapa
Natalia yang seoarang mualaf turut bersyukur dengan perubahan
Natalia.
“Yang pergi jangan dikenangkan.
Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan arwah,” tegur bonda sambil
meramas lembut bahu Natalia.
“Lia bersyukur bonda kerana masih
mempunyai nyawa untuk bertaubat.”
Bonda mencium pipi anak kesayangan.
“Bonda lagi bersyukur melihat Lia
seperti ini. Sekurang-kurangnya bila bonda meninggal, ada anak yang
solehah untuk mendoakan bonda dan ayah nanti.”
“Bonda... jangan lah cakap macam
tu.”
Natalia pantas memeluk tubuh bonda.
“Kematian itu pasti.. Ajal maut di
tangan Allah. Bonda bangga ada anak macam Lia.”
“Lia ada banyak dosa bonda.”
“Belum terlambat untuk bertaubat
selagi nyawa belum bercerai daripada badan.”
Lantas bonda mengelus mersa pipi
Natalia.
Sesungguhnya, hidayah Allah
sangat luas dan Allah mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia
kehendaki.
Malah Natalia bebas
daripada virus HIV dan dia lebih tenang menjalani kehidupan
sebenar-benarnya seorang muslimah.
-Jangan lakukan hubungan dengan orang yang tidak dikenali
-Jangan lakukan hubungan seks bertukar-tukar pasangan.
-Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui kegiatan seksual pasangan anda.
-Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan untuk berkahwin kelak.
-Yang penting, hiduplah kita pada landasan yang betul iaitu ISLAM.
best... cerpen islamik yang sangat memberikan tauladan kepada pembaca. ianya bukan sekadar bahan bacaan tapi ianya sesuatu yang memberikan info yg sgt berguna untuk pengetahuan pembaca :) teruskan berkarya yunk.
ReplyDeletehehehe tq yunk... hrp lepas ni i ada idea lagi.... tq for reading.
ReplyDelete