Seminggu Surihani berada di hospital. Hari ini dia sudah dibenarkan
pulang. Namun Surihani masih bersedih. Tiada riak ceria menghiasi
wajahnya. Berita keguguran membuatkan dia benar-benar sedih. Di
tambah lagi memikirkan kisah silamnya. Dia benar-benar takut kalau
ibu mertuanya tahu siapa dia dulu.
“Senyum sikit sayang. Kan manis kalau wajah isteri abang ni
senyum. Sejuk hati abang,” ujar Kefli sambil menolak kerusi roda.
“Hari ni kan dah boleh balik. Abang nak bawa Suri tinggal bersama
dengan mak sampai Suri habis pantang.”
Surihani tersentak.
“Perlu ke abang? Suri rasa tak perlu lah. Suri segan lah.”
“Ini permintaan mak abang. Nanti apa pulak kata mak abang. Please
sayang... Jangan buat abang serba salah dengan mak. Lagipun mak nak
kenal dengan menantu dia,” pujuk Kefli.
“Suri tak nak lah abang. Please.... Fiyas macam mana?”
Surihani menggunakan alasan Firas. Sebolehnya dia tak mahu tinggal
bersama mertuanya. Dia tak nak bertembung dengan bapa mertuanya. Jika
tidak semuanya akan hancur.
“Ini
pun kamu... Tadi mak pergi ke wad. Kata nurse
di sana, Suri dah boleh balik,” tegur Puan Kamisyah semasa
terserempak dengan mereka di lobi.
“Eh, mak! Nasib baik terserempak dengan kami. Kalau tak sia-sia
lah datang tadi.”
Segera Kefli bersalaman dengan ibunya. Seterusnya Surihani, diselit
senyuman tawar.
“Suri cakaplah sendiri dengan mak,” bisik kefli di telinga
Surihani.
Surihani menelan air liur. Masakan dia sanggup hampakan hati
mertuanya. Namun dia tak nak duduk sebumbung dengan bapa mertuanya.
“Suri tinggal dengan mak sampai habis pantang ye?” soal Puan
Kamisyah.
Mahu tak mahu Surihani terpaksa mengangguk setuju.
Kefli tersenyum-senyum. Dia tahu pasti Surihani akan turut cakap
ibunya.
“Nanti mak jaga Suri macam anak mak sendiri. Suri kan menantu mak.
Dapat lah mak berkenalan. Sampai hati Kif tak kenalkan Suri awal-awal
dulu.”
Surihani membuah senyuman. Dia senang dengan penerimaan Puan
Kamisyah. Serta merta fikiran terkenangkan arwah ibunya.
“Mak nak naik kereta dengan saper? Dengan Kif atau driver?”
soal Kefli semasa tiba di bahu jalan. Dia mahu menyeberangi jalan
untuk ke keretanya.
“Eh ye tak ye juga. Mak ikut kamu je la.”
Surihani bangun daripada kerusi roda.
“Eh tak payah bangun. Abang bawa kereta ke mari,” tegah Kefli
sambil menahan bahu Surihani.
Surihani terduduk semula.
“Tak apa bang... Suri kuat dah ni. Suri lenguh duduk lama-lama,”
ujar Surihani.
“Okay... tunggu sini ok. Abang ambil kereta sekejap.”
Kefli pantas menyeberang untuk ke tempat parkir.
“Mak ke kedai tu kejap ye,” ujar Puan Kamisyah lalu beredar
pergi kedai berdekatan.
Surihani mengangguk lalu membuahkan senyuman kepada Puan Kamisyah.
Setelah bayang Puan Kamisyah hilang ke dalam kedai, Surihani bangun
daripada kerusi roda. Dia berdiri ke tepi.
Disebabkan kerudi roda tersebut tidak berkunci, ia bergerak ke
tengah jalan. Surihani perasan lalu cuba mengambil semula kerusi
tersebut.
“Suri.. jangan!!!” teriak seorang lelaki menahan Surihani bila
ternampak sebuah kereta sedang laju menghala ke arah Surihani.
Surihani panggung kepala melihat ke hadapan. Dia nampak ada sebuah
kereta sedang laju menuju ke arahnya. Dia jadi panik seketika.
Nasib baik lelaki tersebut berada berdekatan. Sempat dia menarik
Surihani ke tepi. Namun kereta terbabas melanggar dinding bangunan.
“Lain kali nak lintas pun, tengok dulu ada kereta ke tak.”
Ada nada marah dalam suara lelaki tersebut.
“Maaf.. Suri tak perasan, Alan.”
Alan menggeleng kepala lalu melepaskan lengan Surihani. Dia perasan
betapa kencangnya jantung Surihani semasa dia memeluknya tadi.
“Awak buatkan saya takut.”
“Takutkan apa?”
Surihani kebinggungan.
“Takut kehilangan awak.”
Dalam kata-kata Alan sehingga menusuk ke dalam hati Surihani.
“Apa dah jadi? Suri okay ke?” soal Kefli sambil menarik Surihani
ke dalam pelukannya. Dia perasan kejadian tadi. Jantungnya juga
berdegup kencang.
“Suri okay,” balasnya sambil melonggarkan pelukan.
“Thanks Alan. Kalau ko tak ada tadi, entah apa akan terjadi.”
Kefli menepuk bahu Alan.
Alan sekadar tersenyum.
“Jom pergi tengok pemandu tadi. Entah-entah mabuk. Dalam kawasan
hospital pun nak bawa laju-laju,” bebel Kefli. Gara-gara itu
isterinya hampir terlanggar.
Mereka mendekati kereta tadi. Nampaknya kawasan tersebut sudah
dipenuhi orang awam. Kelihatan seorang pekerja hospital cuba
mengeluarkan pemandu tersebut. Nampaknya pemandu tersebut tidak
sedarkan diri.
“Eh, Qis lah!”
Kefli dan Alan terkejut melihat pemandu tersebut adalah Qistina.
Kefli serta merta menerpa tetapi dihalang oleh pekerja hospital.
Setelah dipakaikan cervical collar, diikat atas papan pembawa
untuk mengurangkan pegerakan , Qistina di bawa ke dalam hospital.
Alan hanya memerhati sahaja Qistina dibawa masuk ke dalam. Dia sudah
dapat mengagak Qistina akan bertindak di luar kawalan, jadi dia pergi
ke hospital untuk memastikan keselamatan Surihani. Nasib Surihani
baik Alan muncul tepat pada waktunya. Namun nasib Qistina pula buruk.
Dia tahu Qistina tengah mabuk semasa membawa keretanya kerana sebelum
itu Qistina telah menelefonnya memberitahu niatnya untuk cuba
mencederakan Surihani.