“Sejak akhir-akhir ni Kif jarang balik rumah. Sibuk sangat ke di
restoran dia tu? Sampai tak ada masa dengan keluarga?”
Tuan Karim membebel sambil menghirup kopi suam buatan Puan Kamisyah.
Puan Kamisyah seraya menjeling ke arah suaminya.
“Bapa borek anak rintik.. Like father like son... Mana tak tumpah
kuah kalau bukan ke nasi?”
“Amboi awak... semua pepatah awak keluar untuk perli saya. Cukup
bagus saya cari masa untuk luangkan masa dengan awak. Kalau ikutkan
kerja, hari minggu macam ni lebih baik saya terperap di pejabat.
Habiskan kerja saya yang menimbun tuh”
Puan Kamisyah mencebik. Dia faham bernar dengan suaminya sendiri.
Seorang yang kuat bekerja. Daripada awal mereka berkahwin sehingga
sudah beranak pinak, suaminya gigih mengembangkan syarikat kayu
balaknya.
“Sebab tu la Kif ikut jejak awak... Dia pun banyak kerja di
restoran tu. Dengar kata dia nak buka lagi sebuah di Damansara.”
Tuan Karim mengangguk-angguk setuju.
“Itu barulah boleh di katakan bapa borek anak rintik Cik Puan
Misya oii... Lelaki ni kena kuat bekerja. Kena cari nafkah untuk anak
bini.”
“Tapi awaknya... Kalau sibuk sampai tak ada masa dengan saya ni
buat apa? Lebih baik kita hidup sederhana saja. Tak payah bermewah
bagai,” bantah Puan Kamisyah.
Dia masih ingat lagi kemanisan di awal alam rumahtangga. Setiap hari
Tuan Karim akan meluang masa dengannya. Namun setelah syarikatnya
bertambah maju, masa untuk anak bini seoalah tiada. Itu yang
membuatkan Puan Kamisyah sedikt terkilan. Apa guna harta jika kasih
sayang kurang.
“Kalau saya tak kerja kuat, ni baju jenama Jimmy Choo ni belum
tentu awak dapat pakai tahu?” tempelak Tuan Karim.
Puan Kamisyah mencebik.
“Lagipun saya mesti buktikan pada arwah ayah awak saya pun boleh
berjaya. Anak nelayan pun boleh kaya raya.”
“Jangan riak Tuan Karim oii.. Hari ni kita di atas, esok lusa
belum tentu lagi kita di atas. Entah-entah jatuh terduduk.”
“Awak ni..... ada saja nak kondem saya. Apa saya buat tak kena di
mata awak.”
Puan Kamisyah tersenyum kambing.
“Bukan saya kondem awak. Tapi saya mengingatkan awak saja. Kita ni
dah tua. Sepatutnya awak lepaskan syarikat awak tu pada Kisya. Jom
kita pergi meramaikan masjid pulak.”
“Kisya tu belajar lagi. Tahun depan baru habis Master. Macam mana
saya nak lepaskan syarikat tuh,” hujah Tuan Karim.
“Ala... awak saja la pergi masjid tu. Wakilkan untuk saya. Berapa
awak mahu untuk saya bagi sumbangan pada masjid. Awak cakap saja.”
Puan Kamisyah menarik muka. Alangkah bagusnya kalau Kisya, adik
kefli, ada bersama dengannya. Boleh bagi tazkirah sikit pada bapanya
ini. Ini tidak, umur makin meningkat, tapi gaya mengalahkan orang
muda. Seluar mesti seluar jean, baju t-shirt polo. Minyak wangi
jangan cakap. Wangi semerbak kalau keluar ke pejabat. Mungkin minyak
wangi tu dilumurnya satu badan.
“Awak tu suami saya. Ketua keluarga. Tok imam saya. Kalau Tok Iman
Hassan je duk jadi imam saya, lebih baik dia jadi suami saya.”
bidas Puan Kamisyah.
“Amboi awak.... teringin nak berlaki baru ke? Sesedap mulut je
bercakap.”
“Iye lah... ajak ke masjid tak nak. Apatah lagi nak berjemaah
dengan saya di rumah. Kirim salam saja la.”
Keadaan bertambah tegang antara dua suami isteri tersebut. Namun di
redakan dengan kehadiran Qistina yang bertandang ke rumah.
Puan Kamisyah menjemput Qistina masuk, lalu di peluk cium tubuh
kecil Qistina.
“Hai, Uncle. Lama tak jumpa Uncle.”
Tangan Tuan Karim disalami Qistina.
“Uncle baru balik dari outstation. Alang-alang Qis dah datang
rumah Uncle ni, jadi Uncle nak tanya la macam mana dengan persiapan?”
Qistina mengambil tempat berdepan dengan Tuan Karim.
Puan Kamisyah juga duduk di sebelah Qistina, mengadap Tuan Karim
lalu dipersilakan Qistina menjamah minum petang.
“Baju dah siap, mak andam pun Qis dah booking, cathering dah
booking, hantaran je belum lagi. Qis sebenarnya nak jumpa Kif tuk
bincang hal hantaran ni la. Dah tiga hari Qis tak jumpa Kif lepas
kenduri hari tu,” rengek Qistina. Mohon simpati daripada kedua
bakal mertuanya.
“Itu la.. Uncle pun mencari dia. Mana dia pergi Cik Puan Kamisyah
oi?”
Tuan Karim juga penasaran. Sejak dua tiga bulan ini, anak tunggal
lelakinya itu jarang ada di rumah. Menurut isterinya, Kefli sibuk
dengan hal restoran. Kalau dulu, sesibuk mana pun Kefli pasti
meluangkan masa dengan ibunya.
“Entah la awak..... Sibuk katanya. Itu je la alasan anak teruna
awak tu.”
“Sibuk? Selalu Qis pergi restoran dia tak ada pun. Alan aje yang
handle restoran.”
Qistina kehairanan. Sibukkan apa?
“Assalammualaikum.......”
Semua menoleh ke arah suara yang memberi salam seraya menjawab
salam.
“Ha... ini pun Kif... Panjang umur. Baru je kami sebut- sebut
tentang Kif,” ujar Puan Kamisya.
Kefli berjalan menuju ke arah mereka sambil diikuti oleh Surihani.
“Mengumpat Kif ke? Patut lah dari tadi Kif asyik tersedak aje...
Rupanya ada orang bergosip,” tembak Kefli lalu duduk di sebelah
bapanya.
“Eh, Suri pun ada,” ulah Qistina seraya bangun lalu dipeluknya
Surihani.
Surihani teragak-agak membalas pelukan Qistina.
Kefli yang melihat tersenyum sumbing. Dia faham perasaan isterinya
kala itu.
“Kenalkan mak, ayah... Surihani.”
Kefli memperkenalkan Surihani kepada kedua orang tuanya.
Surihani menyalami Puan Kamisyah tetapi dia menunduk tatkala Tuan
Karim memandangnya. Hatinya mula berdetak kencang. Dalam masa yang
sama peluh mula merecik di dahi.
Tuan Karim terkejut dengan kehadiran Surihani ketika itu. Sedaya
upaya dia mengawal riak wajahnya. Dia sudah seperti cacing
kepanasan.
“Mujur u balik sayang. Puas I cari U untuk bincangkan hal hantaran
kita. Letih jari I telefon handphone U tapi tak berjawab,” rengek
Qistina.
“Bagus juga U dan ayah ada di sini. Sebenarnya I ada sesuatu untuk
beritahu dan bincang.”
Kefli berhenti seketika sebelum meneruskan percakapan. Satu nafas
dalam ditariknya.
“Mak... Ayah.. Maafkan Kif sebab selama ni Kif merahsiakan sesuatu
daripada mak dan ayah. Termasuk U Qistina. I betul-betul mintak
maaf.”
Dahi Qistina berkerut.
Tuan Karim dan Puan Kamisyah memusatkan pandangan ke arah Kefli.
Mereka juga binggung apa sebenarnya Kefli cuba beritahu.
Kefli bingkas bangun dan berdiri di sebelah Surihani lalu
dipegangnya tangan Surihani.
Terbelalak mata Qistina melihat ulah Kefli.
Tuan Karim juga turut terkejut.
Ternyata Puan Kamisyah kelihatan tenang.
“Ini isteri Kefli. Kami dah berkahwin tiga bulan yang lepas.”
Qistina hampir pitam.
Tuan Karim lantas bangun meninggalkan mereka. Dia perlu melarikan
diri seketika.
Puan Kamisya juga terkejut tetapi tetap boleh bertenang.
“Apa maksud Kif? Suri isteri Kif? Apa semua ni? Auntie?”
Raut wajah Qistina ternyata keruh.
“Tak guna. Selama ni I ingat U kawan I suri... tapi U perampas. U
rampas kebahagian I. U memang perempuan jalang!!!”
Surihani hanya diam di sebelah Kefli lalu gengaman diperkemaskan.
“Ya.. benar. Ini isteri I yang sah. U tak ada hak untuk cakap
macam tu pada isteri I!,” tegas Kefli.
“Maafkan Kif. Dulu Kif tak berani mahu berterus terang. Tapi bila
keadaan semakin rumit, Kif terpaksa beritahu juga bahawa Kif dah
berkahwin. Sebab itu Kif keberatan untuk bertunang dengan Qis dan Kif
hanya anggap Qis sebagai adik saja.”
Mendengar kenyataan daripada Kefli, Qistina bingkas bangun lalu
menerpa ke arah Suri. Belum sempat tangannya mendarat di pipi
Surihani, tangan Kefli pantas menghalang.
“U jangan berani-berani sentuh dia, Qis!”
Puan Kamisyah pantas menarik tubuh Qistina daripada menahan Qistina
bertindak dengan lebih jauh lalu ditenangkannya.
“Sabar Qis.. Bawa berbincang hal ni. Kita semua jom masuk ke dalam
rumah. Kefli ceritakan apa sebenarnya berlaku.”
Puan Kamisyah cuba menjernihkan keadaaan. Namun Qistina tewas dengan
emosi. Dia semakin meradang dan cuba menolak Surihani.
“Perempuan perampas!!!!!!”
Namun nasib tidak menyebelahi Surihani. Akibat mahu mengelak
daripada serangan Qistina, dia terpijak dengan kain kurungnya lalu
jatuh terduduk.
Dia cuba bangun namun terasa sangat senak di bahagian bawah perut.
Dia perasan ada cecair panas mengalir di kakinya lalu di selak kain
untuk melihat.
“Ya, Allah! Darah...” jerit Puan Kamisyah lalu membantu Surihani
berdiri.
Qistina panik lalu melarikan diri. Kereta dipecutkan entah ke mana.
Kefli juga panik melihat darah di celah kaki Surihani.
“Cepat Kif, kita pergi ke hospital,” arah Puan Kamisyah
memecahkan kebuntuan Kefli.
Kelam kabut Kefli mengendong Surihani manakala Puan Kamisyah
memanggil pemandu di garaj.
Tidak lama kemudian mereka menuju ke hospital. Tak henti-henti Kefli
berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Puas menahan airmata, akhirnya mengalir juga. Hatinya sedih sebab
dia risaukan kandungannya.
Timbul rasa menyesal kerana tidak beritahu kepada Kefli sebenarnya
dia sudah mengandung dua bulan. Dia hanya berserah kepada Allah.
Berdoa agar kandungannya selamat.
Harap suri akan selamat. huhuhuhu. jangan jadi QZ ai yunk.. kekeke... kesian suri. best! sambung lagi tau..
ReplyDeleteharap baik2 aja suri...
ReplyDeletenk lagi...best..
hehee... kita tunggu bab ke 21... jeng jeng jeng
ReplyDelete