Suasana dalam rumah Alan,
senyap..... Semua mata memandang ke arah Surihani. Menanti Surihani
menceritakan apa sebenarnya berlaku sehingga membuatkan Surihani
melarikan diri..
“Mama rasa kita perlu bagi
masa pada Suri. Bukan buat Suri makin tertekan. Kalau dia mahu
luahkan, luahkan.. Kalau tak, kita jangan masuk campur.”
Puan Intan cuba berdiplomasi.
Dia perasan betapa keruhnya air muka Surihani.Seperti ada sebiji batu
besar sedang menghempapnya kala ini.
Alan mengalah. Akhirnya dia
keluar ke luar rumah bersama Kefli.
Kefli diam namun otaknya ligat
memikirkan mengapa Surihani bertindak sedemikian,
“Aku risau. Apa sebenarnya
masalah Suri?”
Alan seperti mengumam sendirian.
“Biarkan saja. Kita jangan
masuk campur. Mesti ada sebab mengapa Suri enggan cerita.”
Alan melepaskan keluhan.
“Kalau betul Suri ada masalah,
aku nak tolong. Aku sayang dia Kif...”
Kefli memejamkan mata menahan
sakit di hati.
“Aku pun nak tolong dia juga.”
“Malam ni biar Suri tidur di
rumah aku saja... Risau pulak nak tinggal dia sendirian.”
Alan lansung masuk ke dalam
rumah semula.
Kefli membuntuti daripada
belakang.
“Mama... malam ni, biar Suri
tidur sini. Alan risau biar Suri sendirian di rumahnya.”
Puan Intan yang duduk bersama
Surihani di ruang tamu mengiakan cadangan Alan.
“Betul tu Suri, malam ni, tido
rumah makcik saja. Lagipun dah jauh malam nak balik ke rumah kamu.”
Surihani hanya mengangguk lantas
tubuh adiknya, Fiyas dipeluk erat.
“Mak cik, saya pun nak tidur
sini... Saya macam letih la nak drive balik rumah.”
Kefli bersuara. Sebenarnya dia
ingin meneman Surihani. Kalau boleh malam ini juga dia mahu tahu apa
masalah Surihani sebenarnya.
…................................................................................................
Jam menunjukkan 2 pagi. Mata
Kefli masih segar bugar. Otaknya ligat memikirkan Surihani. Dipusing
ke kiri tidak kena, dipusing ke kanan pun tidak kena. Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Surihani.
Langkah diatur dengan cermat.
Bimbang kalau-kalau yang lain terbangun dan akhirnya kantoi dia
berjumpa dengan Surihani. Lebih-lebih lagi dengan Alan. Kalau boleh
dia tidak mahu Alan tahu rahsianya. Tunggu masa yang sesuai baru dia
berterus terang.
Pintu di kuak dengan cermat.
Kelihatan Surihani sedang baring membelakangkannya. Firas kemas dalam
pelukan Surihani. Dia tersenyum sendirian.
“Sayang....”
Kefli berbisik di telinga
Surihani sambil tangannya menekup mulut Surihani. Bimbang kalau-kalau
Surihani menjerit.
Sepantas kilat Surihani
membalikkan tubuh dan bingkas bangun tatkala melihat Kefli tersengih
seperti kerang busuk di hadapannya.
“Sayang.. Abang tahu Suri
masih marahkan abang. Maafkan abang. Please.... bagi abang peluang
untuk jernihkan keadaan.”
“Abang tau tak sekarang ni
pukul berapa? Suri mengantuk dan letih sangat ni. Jadi abang di
persilakan keluar sebelum Suri jerit panggil semua orang.”
Pantas tangan Kefli menekup
mulut Surihani sekali lagi.
“Jangan buat abang macam ni.
Abang janji, abang akan batalkan pertunangan abang dengan Qistina.
Abang akan kenalkan Suri kepada keluarga abang.”
Surihani menolak tangan Kefli
dengan kasar.
“ Suri tak kisah abang nak
bertunang ke kahwin ke dengan Qistina. Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat apa?”
Kefli kebinggungan. Orang lain
bermatian tidak mahu bermadu, Surihani sanggup pulak?
“Ceraikan Suri!!!”
Seperti halilintar memecahkan
gegendang telinga Kefli.
“Apa Suri dah gila? Abang
takkan sesekali ceraikan Suri. Walau apa pun terjadi, abang takkan
ceraikan Suri. Suri isteri abang. Atas alasan apa Suri mintak cerai?
Kalau sebab abang akan bertunang dengan Qistina, abang sanggup
batalkan.”
Surihani membuang pandangan ke
tepi. Kolam airmatanya sudah pecah.
“Suri sudah tak sanggup hidup
berahsia macam ni. Suri mohon pada abang, cerai kan Suri. Izinkan
Suri mulakan hidup baru.”
“Tak mungkin dan tidak sama
sekali. Abang takkan ceraikan Suri.”
Kefli terduduk mendengar
permintaan Surihani. Hatinya terasa seperti disiat-siat.
“Bagi alasan munasabah pada
abang, kenapa Suri mintak cerai?”
Surihani diam....
Kefli pun diam....
Masing-masing tenggelam dengan
perasaan sendiri.
“Suri pelacur... keluarga
abang takkan dapat terima Suri....” sayu suara Surihani.
Tiba-tiba cahaya lampu bilik
menerangi.
“Kif... Suri? Apa korang buat
ni?”
Alan terkejut melihat Kefli
sedang memegang bahu Surihani.
Kefli dan Surihani sama-sama
terkejut.
“Aku.... aku....”
Kefli tergagap. Dia buntu apa
harus dijelaskan.
Surihani turut sama terbungkam.
Marathon dari bab 1-18 & skrg tak sabar nak tau sambungannya. :)
ReplyDeletetima kasih kerana sudi membaca... insyaAllah ada sambungannya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteheheh. sy pun baru 1st time jejak sini...
ReplyDeletesgt xsabar nak tau sambungan!
bab ke 19 akan di upload nanti malam... ^_^
ReplyDelete