Tuesday, September 4, 2012

Bab 19 |Novel Suri Hati Kefli


 Kefli meraup wajahnya berkali-kali. Terasa berselirat segala urat dalam kepala. Wajah Alan yang serius memandangnya kini amat memeningkan kepala.
Dia tahu, Alan pasti akan bertanya apakah hubungannya dengan Surihani. Namun dia tidak tergamak untuk berdiam diri lagi. Alan harus tahu siapa sebenarnya Surihani. Tetapi dalam masa yang sama dia bimbang Alan akan malu alah dengannya.
“Aku mahu tahu hal sebenarnya. Apa sebenarnya ko dan Suri sembunyikan? Kenapa korang boleh berdua-dua dalam bilik?”
Kefli melepaskan keluahan. Aku harus terangkan hal yang sebenarnya.
“Alan... ko kawan baik aku. Jadi aku mahu ko faham. Kenapa aku rahsiakan. Kenapa aku diamkan diri saja......”
Agak lama Kefli mengambil masa untuk berterus terang. Akhirnya....
“ Sebenarnya Surihani isteri aku.”
Alan tersentak. Terkejut bukan kepalang. Terasa darah menyerbu wajahnya.
“Suri isteri ko? Bila ko kahwin? Apsal tak jemput aku?
Alan menggeleng-geleng kepala tidak percaya.
“Kenapa ko buat aku macam ni? Kenapa kau tak berterus terang yang Suri isteri ko? Ko buat aku macam orang bodoh. Malunya aku dengan ko. Kalau aku tahu Suri isteri ko, aku takkan simpan perasaan aku pada dia.”
Alan merenung laman dengan pandangan kosong. Satu persatu kenangannya dengan Surihani kembali tertayang depan mata. Kecewa....
“Maafkan aku... Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak berterus terang dengan ko. Di tambah lagi dengan hal pertunangan aku dengan Qis buatkan aku bertambah binggung. Dan ko cakap ko sukakan Suri, jadi aku tak tau macam mana nak jernihkan keadaan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.”
“Aku yang patut mintak maaf dengan ko. Suri isteri ko. Aku tak patut menyimpan perasaan pada isteri ko. Sumpah... kalau aku tahu Suri isteri ko, aku takkan kacau Suri. Ko pun tahukan, kalau aku dah sukakan seseorang, aku akan berterus terang. Tapi aku tersilap. Rupanya Suri isteri ko.”
Kefli tersenyum sumbing. Hatinya lega bila melihat reaksi Alan. Mujur Alan tidak bertinju dengannya gara-gara seorang perempuan.
“Aku pun salah sembunyikan perkahwinan aku dengan Suri. Sebenarnya aku bersebab rahsiakan perkahwinan kami.”
“Sebab apa?”
“Kami kahwin sebab tangkap basah.”
Seperti menelan hempedu, Kefli berterus terang tentang cara dia dan Surihani berkahwin.
“Ko kena tangkap basah? Bila?”
Alan penasaran.
“Panjang ceritanya... Aku pun tak tahu di mana aku nak mulakan. Biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi ko jangan salah faham. Suri orang yang baik. Cuma nasib dia yang kurang baik.”
Alan tersneyum.
“Ya... Aku pun rasakan Suri orang baik sebab tu aku terpikat dengan dia.”
Alan tersengih.
Kefli menyiku perut Alan.
“Betul la apa aku cakap.. Dari mata dia pun aku tahu Suri orang baik.”
“Ko jangan lebih-lebih... Suri tu isteri aku.”
“Ai... cemburu nampak,” tempelak Alan.
“Dulu masa aku bawa Suri keluar tak ada pulak ko halang.”
“Itu dulu.. Aku nak jaga hati ko.. aku takut ko kecewa bila dapat tahu Suri isteri aku.”
“Banyak la ko.... Ko tak takut ke Suri jatuh hati pada aku? Almaklum la.. aku ni kan hensem. Hensem lagi daripada ko.”
Kefli menangkap kepala Alan lalu di lukunya.
“Tolong sikit.. Seluruh malaya tahu aku yang paling hensem daripada ko.. Sebab tu Suri jadi milik aku.”
Kefli tersenyum bangga.
“Jom...” sampuk Surihani di muka pintu, matikan bicara antara dua sahabat itu.
Firas berada di sebelah sambil menjinjit beg plastik berisi baju kotor.
“Okay lah.. Kali ni, aku ambil balik hak aku.”
Kefli berpelukan dengan Alan. Dia bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Selepas ini, dia perlu berterus terang pula dengan keluarganya. Dia nekad mahu batalkan pertunangannya dengan Qistina.
“Jaga Suri baik-baik. Jangan lukakan hati dia lagi,” pesan Alan sebelum Kefli laju memecut kereta meninggalkan rumahnya.
Dengan lemah Alan menapak masuk ke dalam rumah. Otaknya masih memikirkan Surihani dan Kefli. Terasa hatinya sakit seperti ditusuk sembilu.
“Bukan jodoh aku nampaknya.”
“Sabarlah.. Kalau dah jodoh tak ke mana... Banyak lagi bunga di luar sana,” celah Puan Intan yang muncul entah dari mana.
“Tapi takkan sama dengan bunga yang satu ni...”
Alan berlalu meninggalkan Puan Intan.
Puan Intan hanya mampu berdoa supaya Alan dapat merawat hatinya. Dia faham benar dengan Alan. Jika Alan sudah sukakan sesuatu, pasti dia akan berusaha mendapatkannya. Namun apakan daya, bunga yang diminatinya rupanya hak milik kawan baik sendiri. Puan Intan sendiri tidak pasti adakah Alan akan terus memburu Surihani.  

No comments:

Post a Comment