Friday, September 7, 2012

Bab 21 | Novel Suri Hati Kefli


 Suasana di wad ginekologi (sakit puan) terasa hening sahaja. Masing-masing diselubungi rasa sedih. Berita Surihani mengalami keguguran mengecewakan Kefli. Mujur Puan Kamisyah ada bersama untuk memberi sokongan.
“Sabar lah. Yang penting isteri Kif selamat. Mak belum sempat berkenalan lagi.”
Kefli tersenyum sambil melihat isterinya yang sedang tertidur akibat masih lali dengan bius.
Surihani baru sahaja selamat menjalani pembedahan. Sayangnya bayi yang dikandung sudah tidak bernyawa ketika sampai di hospital akibat pendarahan yang banyak.
“Biarlah isteri Kif rehat dulu. Jom kita ke kafe. Mak mahu penjelasan daripada Kif,” cadang Puan Kamisyah.
Kefli mengangguk setuju lalu beredar daripada wad tersebut.
Setiba di kafe hospital mereka mencari tempat yang agak tersembunyi.
“Macam mana Kif boleh berkahwin tanpa beritahu kami?”
Kefli menelan air liur. Terasa berat untuk beritahu cara mereka berkahwin. Mahu tak mahu dia terpaksa beritahu juga kerana dia sudah perkenalkan siapa Surihani.
“Kif kenal dia semasa Kif pergi ke Cameron Highland untuk tengok tapak restoran. Jadi Kif tinggal di villa kita. Di villa kita tu dekat dengan rumah Surihani. Dari sanalah kami berkenalan,” goreng Kefli. Sebolehnya dia tidak mahu beritahu Surihani telah dilacurkan oleh bapa saudaranya.
“Satu malam Suri dan adik dia bermalam di rumah Kif sebab bapa saudara dia outstation. Jadi Kif izinkan sebab adik Suri demam. Tak ada orang yang dapat tolong dia. Malam tu....”
“Malam tu apa?”
Hati Puan Kamisyah berdebar. Dia harap anak lelakinya belum sampai melampaui batas-batas agama.
“Kami kena tangkap basah.”
Puan Kamisya sudah dapat menganggak. Sedekit kecewa bertapuk di dalam hati.
“Mak jangan salah faham. Kami berdua tak buat apa-apa pun. Malam tu memang Kif mahu balik semula ke KL tapi Kif terlalu penat. Jadi Kif terpaksa bermalam di sana. Mak... Suri tu orang yang baik. Kami tak buat apa-apa yang melanggar batas agama. Cuma nasib kami kurang baik malam tu.”
Puan Kamisyah mendiamkan diri seketika. Lega sedikit hatinya mendengar penjelasan daripada anaknya.
“Kalau Kif tak bersalah mengapa mesti kahwin dengan Suri? Takkan tak kena soal siasat? Naik turun mahkamah?”
“Kif jatuh hati dengan Suri pada pandang pertama. Jadi Kif setuju untuk berkahwin dengan Suri selepas tu. Maafkan Kif sebab tak berbincang dengan mak dan ayah.”
Lantas Puan Kamisyah memegang tangan Kefli lembut.
“Tak apa lah Kif. Benda dah jadi. Sayangnya, mak tak dapat tengok Kif masa akad nikah. Apa kata bila Suri dah sihat, kita buat kenduri. Nanti apa pula kata jiran bila tengok Kif bawa Suri ke saan ke mari.”
Kefli tersenyum lantas mengangguk setuju.
“Kalau itu mak rasa yang terbaik, Kif ikutkan saja. Jadi ayah macam mana? Masa Qis bergaduh dengan Suri, ayah hilangkan diri. Dia pergi ke mana? Mesti dia marahkan Kif.”
“Entah. Mak pun hairan. Biarkan je la dia tuh. Yang penting, kenduri korang berdua mesti kena buat.”
Sebenarnya Puan Kamisyah sudah tawar hati dengan suaminya selama ini. Namun di sebabkan anak-anak,, dia teruskan juga perkahwinan mereka.
Bukan dia tidak tahu, suaminya sebenarnya hidung belang. Semua setiausahanya pernah diusing. Dia sendiri pernah nampak dengan batang hidungnya sendiri melihat suaminya masuk ke dalam sebuah hotel bersama seorang perempuan.
Acapkali mereka bergaduhkan isu tersebut. Namun Tuan Karim bijak bermain dengan kata-kata dan di sebabkan anak-anak Puan kamisyah teruskan juga bahtera yang hampir karam.
“Mak.. menungkan apa?” soal Kefli. Dia perasaan fikiran ibunya kerap kali melayang sejak beberapa tahun lalu. Dia cuba bertanya apa sebab yang membuatkan ibunya sebegitu, namun Puan Kamisyah seorang perahsia.
“Mak bayangkan keadaan Kif pakai baju kahwin nanti.”
Puan Kamisyah sengaja menyelitkan ketawa dalam bicaranya tadi. Dia tak mahu Kefli tahu keretakan rumahtangganya.
“Jom la mak. Kif nak temankan Suri. Mak mahu ikut atau mak nak balik dah?”
“Mak rasa mak balik dulu. Dah lewat malam ni.”
“Mari Kif hantarkan.”
“Tak payah. Mak balik dengan driver kita.”
Kefli mengangguk lalu menghantar ibunya sampai ke parking kereta.
...................................................................................................
“Perempuan tu memang nak kena bunuh dengan aku. Dasar perampas! Entah daripada muncul boleh berkahwin dengan Kif. Aku tahu, dia mesti perempuan kaki kikis. Kahwin dengan Kif sebabkan harta. Sumpah, aku akan bunuh dia!!!”
Kecil mata Qistina melepaskan kemarahan. Berkerut-kerut dahi dan kening.
Alan yang duduk di sebelah cuba memujuk Qistina.
“U dah hilang akal ke? Nak bunuh anak orang sesuka hati. U tahu ke apa U cakap ni? Tak takut ke tali gantung?”
Suasana kelab yang dingin dan hingar seolah sunyi dan panas bagi Qistina. Rentak lagu yang laju tidak mampu membuatkan dia menari mahupun bertenang.
“Memang I dah gila. Gilakan Kif. I tak sangka Kif akan buat I macam ni. I ingat dia cintakan I. Rupanya dia tipu I.Kenapa dia bagi harapan pada I kalau dia hanya anggap I ni adik saje? Kenapa dia setuju untuk bertunang dengan I dulu? Kenapa?”
Laju airmata mengalir di pipi. Berkecai seribu hatinya kala itu.
Alan memeluk Qistina sambil mengurut belakangnya.
“U sabar la... Kalau dah bukan jodoh U, nak buat macam mana lagi? U cari lah lelaki lain,” pujuk Alan.
Qistina melonggarkan pelukan.
“I cintakan Kefli. I cintakan dia seorang saja. U ingat cinta I ni murah? Senang-senang bagi pada orang lain? Dah lama tau I bercinta dengan dia. Alih-alih betina tak guna tu datang, rampas semua kebahagian I. Sekarang Kif mahu batalkan pertunangan kami.”
“Jangan lah gelarkan dia betina. Tak baik tuh. I faham perasaan U. I pun rasa apa yang U rasa sekarang.”
Qistina mengesat airmata.
“I pun cintakan Surihani. Namun dia isteri kawan baik I. Takkan I nak rampas Suri daripada Kif. Itu tak mungkin sebab I sayang ke dua-duanya.”
“Itu bukan cinta namanya. Itu bodoh. Sanggup U lepaskan perempuan tu. I takkan lepaskan Kif. Walau apapun, I tetap rampas Kif balik walaupun I terpaksa hapuskan Suri!” nekad Qistina lalu meneguk air coke. Hatinya sudah di rasuk dendam dan api kemarahan yang menyala-nyala.
“Qis! I takkan benarkan U bunuh Suri. Cuba bawa berisghtifar. Cuba jadi waras sekejap!” bentak Alan.
“U gila ke? Turun naik kelab malam ada hati nak suruh I berisghtifar? Apa U sudah ingat tuhan ke? Come on la... be realistic pelase... U sembahyang pun tidak!”
Qistina memulangkan paku buah keras.
“Suka hati U lah nak kata apa. Yang penting I masih ingat Tuhan. I tak nak jadi gila macam U!Kalau U cuba apa-apakan Suri, U tahu lah nasib U lepas tuh!”
Alan mula naik angin lalu dilempar gelas ke lantai.
“Wah... nampaknya perempuan tu ada penyokong.”
Qistina bertepuk tangan melihat ulah Alan.
“I cintakan Suri. Jadi U tak ada hak untuk bunuh dia. Selagi I ada, jangan harap U dapat buat sesuatu pada Suri. Gugur sehelai rambut dia, nahas kau aku kerjakan.”
Qistina bertambah berang apabila Alan mula memihak kepada Surihani. Marahnya menggelegak malah dendamnya kian dalam.
“Sampai hati U dan Kif buat I macam ni? Kita dah lama berkawan dan membesar bersama-sama. Tapi disebabkan perempuan tu, yang baru je kenal, you all tergamak sakitkan hati I. U pun sama macam Kif! I hate U!!!”
Tangisan Qistina memenuhi segenap ruang.
Alan menjadi gelabah.
“I mintak maaf Qis. I tak tahu apa I cakap pada U. Im so sorry.”
“Shut up!!! I will kill Suri!!!!” jerit Qistina lantas berlari meninggalkan Alan sendirian. Dia perlu bersendirian untuk meredakan kesedihan yang di alami.
Alan pula serba salah. Antara kawan baik dan wanita yang dicintainya. Dia bimbang Qistina mengapa-apakan Surihani. Dia tahu Qistina nampak sangat nekad dan sangat tertekan. Apa yang dia harus buat?
Alan mendail nombor telefon Kefli. Selang beberapa saat, talian disambut.
“Hello Kif.. Ko ada dengan Suri ke?”
“Yup.. Suri ada dengan aku. Kenapa?”
“Oh.... Jaga Suri baik-baik.”
“Suri sekrang di hospital. Dia keguguran.”
Bulat mata Alan.
“Keguguran? Suri mengandung ke?”
“Ye.. dah dua bulan dia mengandung. Tapi belum ada rezeki lagi. Dia keguguran petang tadi.”
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Suri cuba mengelak daripada kena serang oleh Qis. Lepas tu dia jatuh terduduk.”
Talian senyap seketika.
“Dia di wad mana? Esok aku pergi melawat.”
“Wad 8.”
“Kif.. jaga Suri baik-baik.”
“Ye.. aku tengah jaga dia le ni. Ko kenapa?”
Soalan tidak bersambut. Akhirnya Alan memutuskan talian. Dia bersadar dan memandang kosong.
Fikirannya kini memusat kepada Surihani. Dia benar-benar risau jika benar-benar Qistina mahu membunuh Surihani. Namun dia tidak percaya Qistina akan bertindak sedemikian.
Tapi kalau betul Qistina maksudkan, macam mana? Perlu ke aku bagitahu Kif? Kalau Qis sekadar mengancam sahaja macam mana? Aduss... pening kepala aku.
Alan bingkas bangun lalu beredar daripada kelab tersebut. Keseronokan berada di kelab tidak mengembirakan hatinya kini.
Kereta Honda Civi dipecut membelah kepekatan malam. Memandu entah ke mana.
Suri mengandung? Dia seperti tidak percaya malah hatinya terasa seperti disiat-siat.
Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan isteri kawan baik sendiri?
Makin dibuang, makin dekat bayang Surihani menghantuinya. Kenaifan Surihani memikat hati. Masakan dia boleh lupa wajah cantik seperti Surihani?
Arghhh............ kenapa mesti kau Kif? Kenapa kau selalu lebih daripada aku? Kenapa semua benda yang kau mahu, kau dapat? Kenapa cinta aku pun kau rampas? Kenapa mesti kau?
Alan menghentak stereng kereta melepaskan kekecewaan yang ditanggung.

1 comment:

  1. salam cik alam, sya new reader ni, baru layan citer cik alam ;sian suri...harap2 alan tu sahabat yg setia...tapikan sbg manusia kite tak leh lari dari berbagai-mcm prasaan, merah,biru,hitam...hopefully prasaan alan tak lerr hitam!!!!!cam ne smbgnye???

    ReplyDelete