Saturday, September 1, 2012

Bab 17 | Novel Suri Hati Kefli


Semakin hari kemesraan antara Alan dan Surihani semakin terserlah. Semakin hari juga, hati Kefli semakin sakit. Namun kerana kasihnya pada Surihani, dia persetankan semuanya. Dia percaya Surihani melayan Alan hanya sebagai seorang sahabat.
Namun setelah seminggu keluar daripada hospital, Surihani tidak pernah bertegur sapa dengannya. Selama itu juga dia terpaksa bermalam di rumah keluarganya. Bukan kerana ego tetapi rasa bersalah terhadap Surihani.
“Sayang... Jauh termenung,” tegur Qistina di muka pintu pejabat Kefli. Langkah diatur merapati Kefli.
Kelfi tersenyum kelat. Eh, bila dia muncul ni? Suri nampak ker?
“Bila U sampai? I tak sedar pun.”
“Macam mana U nak sedar? Asyik termenung aje. Kalau dinding bilik ni boleh tembus, dah lama tembus U pandang.”
Qistina tertawa kecil. Tas tangan diletak di atas meja lalu melabuhkan punggung di kerusi mengadap Kefli.
“Malam ni mama dan papa ada buat makan-makan. U datang tak? Mak dan ayah U datang. I jemput Alan dan Suri sekali.”
Kefli mengerut dahinya. “U jemput Suri sekali? Kenapa U tak jemput semua pekerja I?”
“Suri kan teman istimewa Alan. So wajib I jemput Suri sekali. U kenapa? Tak boleh ke I jemput Suri?” soal Qistina kehairanan. Dahinya juga berkerut.
Kefli berdehem seketika.
“Boleh.. Tak ada salah U nak jemput saper-saper pun.”
“Okay lah.. I balik dulu. Malam nanti selepas Isya' datang rumah. I tunggu. Pakai baju warna pink ye sayang?”
Qistina bingkas bangun sambil membetul-betulkan pakaian.
Kefli menghantar Qistina ke muka pintu dengan pandangan mata sahaja. Dia kebungkaman seketika. Tidak lama selepas itu dia bingkas bangun menuju ke dapur restoran.
“Awak.. Ajar la betul-betul. Cukup ke adunan saya ni? Nanti kek saya tak jadi, saya denda awak.” Surihani tertawa kecil. Tangannya lincah mengawal mesin pemutar.
“Kalau awak ikut betul-betul resepi yang saya bagi, confirm kek awak menjadi punya. Cuba lah buat dulu.”
“Ini kali pertama Suri buat kek. Takut juga kalau tak menjadi.”
“Saya yakin menjadi punya kek awak. Awak kan cepat belajar.”
“Ehem....” Kefli berdehem. Geram juga hatinya melihat kemesraan mereka berdua sedari tadi.
“Kif...” ujar Alan sambil membuahkan senyuman. Suri buat-buat tidak perasaan dengan kehadiran Kefli di situ.
“Suri belajar buat kek. U nak join ke?”
“Tak.. Aku nak tanya aje. Qis ada jemput ko ke malam ni datang rumah dia?” soal Kefli sambil merapati Surihani yang sedang sibuk menyibukkan diri dengan adunan kek.
Surihani mematung diri bila Kefli berada di sebelahnya. Dia cuba melarikan diri namun cepat-cepat Kefli menangkap tangan Surihani. Langkahnya mati seketika.
“Apa pegang-pegang ni Encik Kefli?” soal Surihani tegas. Direntap tangannya daripada cengkaman Kefli. Kefli agak tersentap dengan tindakbalas Surihani. Alan pun turut sama terkejut dengan ketegangan antara mereka berdua.
“Kenapa ni Suri, Kif? Ada masalah ke?” Alan bersuara penasaran. Hatinya juga tertanya -tanya kenapa Kefli memegang tangan Surihani. Hatinya terdetik cemburu.
“Aku nak bercakap sekejap dengan Suri.”
Kefli merenung Surihani. Namun Surihani hanya menunduk. “Tak apalah... Aku keluar dulu. Sorry, aku kacau korang.”
Kefli bergegas keluar dari dapur dengan hati yang luluh. Sedih bila isteri sendiri menjauhkan diri daripadanya. Dia sedar dia bersalah kepada Surihani. Dengan itu dia berazam untuk membetulkan keadaan dan mengambil hati Surihani semula. Itu tekadnya walaupun terpaksa bersaing dengan sahabat baik sendiri.

…...................................................................
Suasana malam itu di rumah orang tua Qistina sangat meriah. Selesai sahaja bacaan doa selamat, Kefli mengambil angin di luar rumah. Duduk di buaian besi sendirian, meminggirkan diri daripada semua orang.
Angin malam lembut menyapa tubuhnya yang berbalut baju melayu biru lembut. Sinaran bulan menyimbah ke muka membuatkan hatinya tenang seketika.
“Jauh ko termenung..”
Alan menyapa daripada belakang sambil menyentuh lembut bahu Kefli.
Kefli berpaling lalu tersenyum dengan kehadiran Alan.
“Saja ambil angin luar.” Kelfi kembali hanyut dengan lautan perasaannya.
“Apa yang kau fikirkan?” Alan mulai kehairan dengan sikap Kefli yang semakin pendiam sejak Surihani jatuh sakit tempoh hari. Sebagai kawan lama, dia terpanggil untuk berkongsi segala suka duka Kefli.
Kefli masih mendiamkan diri. Macam mana aku mahu luahkan pada ko? Ini semua kerana Suri. Suri buatkan aku seperti pungguk rindukan bulan. Sekiranya aku beritahu ko, Suri itu isteri aku, adakah kau dapat menerima kenyataan itu? Adakah kerana seorang perempuan kita akan putus sahabat? Luahan itu hanya mampu terzahir dalam hati. Dia tidak sanggup melukakan hati Alan. Tapi hati Surihani juga perlu dijaga. Dia benar-benar dilema. Tersepit dengan hasrat keluarga dan isteri.
“Alan... Disini rupanya anak bertuah ni.” terjah Puan Intan. Puas dia mencari anak terunanya itu. Rupa-rupanya melepak di luar rumah bersama Kefli.
“Kenapa mama?”
“Alan nampak tak Suri? Tadi dia ada dengan mama. Lepas tu hilang pulak. Puas mama cari. Mama ingat dia bersama Alan.”
“Mungkin dengan Qis?”
Kefli hanya mendiamkan diri apabila dua beranak itu sedang mencari isterinya.
“Qis pun tak tahu mana Suri hilang.”
Kefli mengerut dahi. Ke mana isterinya menghilangkan diri? Hatinya mula terdetik risau. Cepat-cepat Kefli mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Surihani. Namun Alan lebih pantas menghubungi Surihani.
“Suri tak angkatlah mama. Mana dia pergi ye? Mama dah cari satu rumah?” Ada nada kerisauan dalam bicara Alan.
“Sudah Alan. Puas mama pusing cari Suri. Mama tanya semua orang. Semua pun tak tahu mana Suri pergi.”
“Tak apa mama. Alan pergi cari dia. Mama jangan risau.” Alan bingkas bangun.
“Aku ikut ko.”
Kefli turut mengikut langkah Alan. Hatinya bertambah risau bila mengenangkan kemungkinan Surihani meninggalkan majlis.


..........................................................................................................................................
Langkah kaki dilajukan. Hitam pekat malam yang dingin diredah bersama pilu di hati. Sungguh dia tidak sangka dia akan berjumpa semula dengan pelanggannya suatu masa dulu.
Surihani masih ingat lagi raut wajah tersebut. Sungguh meloyakan tekak malah bercambah api kebencian.
Diseka airmata dengan kasar. Wajah lelaki tersebut datang mengacau fikiran silih berganti. Akhirnya dia terduduk di bahu jalan bersama hati yang retak.
Kenapa mesti dia?Mana aku mahu tunjuk muka? Kalau Kefli tahu hal ini bagaimana?
Dia menangis semahu-mahunya. Kereta yang lalu lalang tidak diendahkan. Lama dia tenggelam dengan perasaannya.
“Cepat buka baju tu!” suara jantan tersebut bergema di segenap sudut.
Surihani menekap telinga sekuat hati. Airmata makin galak turun membasahi pipi.
“Dasar pelacur!!!”
Surihani menggeleng kepala. Bahu terhinjut-hinjut seirama dengan airmata.
Dia masih terbayang wajah jantan bedebah itu. Tak padan dengan tua, nafsu mengalahkan syaitan!
“Suri !!!”
Alan muncul, menerpa mendapatkan Surihani yang terduduk di bahu jalan.
Surihani cuba melarikan diri namun gagal kerana Alan pantas menghalang.
Akhirnya Surihani rebah di bahu Alan dan menangis semahunya.
Kefli hanya memandang daripada jauh lalu mengundurkan diri.

2 comments:

  1. kenapa kefli terlalu lemah? xsuka betul dgn lelaki yang macam ni. uhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. Sesetengah lelaki mmg macam tu.. bila dah melepas baru nak cari balik

    ReplyDelete