Wednesday, June 8, 2011

Tak seindah malam kelmarin


Dia menyarungkan tudung yang sudah kekuningan, tampak senget namun langsung tidak dikemaskan. Bedak bayi Johnson & Johnson ditepek ke mukanya. Sesudah itu, beg sekolah yang hampir putus talinya disandang ke bahu. Wajahnya lansung tidak menampakkan riak ceria. Mana tidaknya penat semalam menjual nasi lemak sehingga dinihari masih belum hilang, terpaksa pula bangun awal-awal pagi untuk pergi ke sekolah menimba ilmu. Sekolah pula jauh nun di hujung kampung.Terpaksa meredah kesejukan angin subuh yang mencengkam sehingga ke tulang hitam.

Selesai memakai kasut sekolah yang tidak dikapur, dia menunggang gerek usang milik neneknya. Kayuhannya pagi itu sengaja dilambat-lambatkan sambil menikmati angin pagi yang amat menyegarkan. Namun, dia terpaksa berhenti dua tiga kali di pertengahan perjalanan kerana rantai gereknya jatuh. Sudah longgar lagi karat. Sesuailah dengan usia gereknya yang bersamaan usia neneknya yang tua lagi terlantar di atas katil. Habis comot mukanya yang putih terkena calitan minyak hitam rantai gerek. Jemarinya yang melekat dengan minyak hitam dicalit di hujung kain sekolah. Kayuhan dimulakan semula, meredah pagi yang masih gelap.

Dia di antara orang terawal yang sampai di sekolah. Adapun dua tiga orang murid yang lain sudah sampai, melepak di belakang kelas, duduk di tubir longkang sambil menunggu kawan-kawan yang lain. Kala itu sang matahari mula menampakkan diri, malu-malu di balik awan mencurahkan sinarnya ke muka bumi.

Selepas mengunci gerek tua, dia berlari-lari mendaki tangga hingga ke tingkat empat. Setiba di kelas, dipetik suis lampu. Terang benderang kelasnya. Tingkap dibuka lalu dia mula membersihkan kelas kerana hari ini dia bertugas.

Selesai semua tugasnya dia turun semula ke ruang perhimpunan untuk menunggu waktu pembarisan sebelum waktu kelas bermula. Dia duduk di bawah tangga belakang blok A bersendirian. Buku rujukan ehsan orang kampung dibacanya. Cuba menelaah setiap bab dalam buku tersebut. Namun, tumpuannya terganggu dek tiga budak lelaki membuat bising berhampiran tempat lepaknya. Dia menoleh mencari punca suara tersebut. Kelihatan dua budak lelaki sedang menunjal kepala seorang lagi budak lelaki di satu sudut yang hampir tidak nampak dek pandangan orang ramai. Hampir terjatuh cermin mata budak lelaki itu akibat kepalanya berkali-kali ditunjal oleh budak yang berbadan sasa lagi tinggi daripada budak bercermin mata itu. Seorang lagi berbadan kurus mentertawakan budak bercermin mata. Sesekali tangannya juga singgah meluku kepala budak bercermin mata itu.

Dia kenal benar dengan tiga budak lelaki tersebut. Bukan hari ini saja dia nampak Johan dan Borhan membuli Amran si ulat buku. Malah dia juga nampak Johan dan Borhan berkali-kali memeras ugut duit si Amran. Maklumlah Amran anak orang berada. Hari-hari bawa wang saku sepuluh ringgit. Amran sekadar berdiam diri ataupun menangis saat dibuli. Entah terkena rasukan jin spesis apa, dia nekad membantu Amran. Dengan kudrat tubuhnya yang kedengkik, dia menolak tubuh Johan yang dua kali ganda besar daripadanya.Lalu disepak punggung si lanjai, Borhan berkali-kali. Ternyata Johan dan Borhan terkejut dengan serangan hendapnya. Sebelum Johan dan Borhan melakukan serangan balas dia menarik tangan Amran, melarikan diri segagah kuda berlari. Tetapi malang bagi nasib mereka berempat kerana Cikgu Hayat sudah terpacak di hadapan sambil memegang rotan. Wajah Cikgu Hayat kala itu sangat bengis persis sang raja rimba mahu menerkam mangsa. Keempat-empat mereka dibawa masuk ke dalam bilik disiplin.

Johan, Borhan dan Amran tertunduk memandang lantai. Hanya dia sahaja yang tepat merenung muka Cikgu Hayat dengan pandangan tidak puas hati. Tanda protes. Tanpa disoal dengan teliti, dia juga turut dirotan. Malah mereka berempat dirotan di hadapan murid-murid yang lain di perhimpunan pagi itu sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak mencontohi kelakuan mereka.

Dia perasan semua murid yang lain menumpukan perhatian kepadanya. Mana tidaknya,itulah kali pertama dia naik ke atas pentas, bukan sebab terima anugerah murid cemerlang tetapi hari ini dalam sejarah dia menjadi gangster sekolah. Kalau Johan dan Borhan semua orang sudah muak melihat mereka di atas pentas. Ada juga mulut terlopong memerhati dirinya malah ada juga yang mula mencebik-cebik mulut. Mungkin mencemuh. Dah lah bodoh,duduk kelas paling belakang. Bergaduh pulak. Nak jadi samseng sekolah la tuh.

Seusai perhimpunan pagi tadi, Johan dan Borhan menarik tubuhnya ke satu sudut. Dendam mereka terhadap dirinya mesti dilunaskan. Dia tahu, Johan dan Borhan tak berpuas hati. Mukanya di tampar berkali-kali oleh Johan,namun dia sekadar membatu. Ditahan-tahan airmatanya daripada mengalir. Dalam hatinya dendam kesumat ditanam sedalam-dalamnya di lubuk hati. Saat itu menjadi detik bermulanya perang dunia antara dirinya dengan Johan. Nasibnya baik kerana Amran memanggil Cikgu Hayat semula bagi meredakan sengketa antara Johan dan dirinya. Apa lagi, lintang pukang Johan dan Borhan menyelamatkan diri. Setelah itu, Cikgu Hayat cuba merapati dirinya tetapi dengan pantas dia mengatur langkah meninggalkan Cikgu Hayat dan Amran.

Dia sedar Amran mengejar dirinya lantas dia memberhentikan langkah kakinya.Tidak dipaling tubuhnya mengadap Amran. Dia sekadar memeluk tubuhnya sambil menanti teguran Amran.

“ Hai..Saya Amran. Maafkan saya, sebab saya awak turut sama dirotan.” Amran menghulurkan tangan untuk disalam sebagai tanda bermulanya persahabatan. Dia hanya memandang sepi huluran tangan Amran.

“ Ain.” Hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulutnya. Selebihnya dia mencebik. Nama saja jantan tapi pengecut!

“ Terima kasih sebab selamatkan saya daripada Johan dan Borhan tadi.” Amran mengekori langkah Ain yang mula maju ke hadapan.

“ Awak duduk kelas mana? Saya duduk kelas 5A. Tak pernah nampak awak pun sebelum ni.”

“ 5F.” Kau budak kelas pandai, aku buadak kelas paling belakang, gumamnya lagi. Langkah kakinya dihayun laju. Rimas juga bila Amran bertanyakan itu ini.

“ Owh.Kita jumpa lagi.” Suara Amran agak tinggi kedengaran kerana Ain makin jauh ke depan. Amran terkulat-kulat di ruang kaki lima kelas budak tingkatan satu kerana Ain mempersetankannya.

“ Amran!!!Masuk kelas kamu!” Lantang suara Cikgu Hayat kedengaran. Rupanya sedari tadi Cikgu Hayat memerhati mereka. Apa lagi, berlari-lari Amran mendaki tangga menuju ke kelasnya.


Dalam kelasnya, semua murid yang lain mendiamkan diri tatkala dirinya membolos masuk. Perasan dirinya menjadi perhatian kerana keberanian dirinya bergaduh dengan samseng sekolah. Walhal sebelum ini dia lansung tak diendahkan oleh rakan-rakan yang lain kerana dia comot dan miskin. Yuran sekolah setiap tahun pun tak dapat dilunaskan. Masuk penggal akhir persekolahan baru dia dapat melangsaikan yuran sekolah dengan duit simpanan menjual nasi lemak. Oleh sebab kemiskinannya, dia dipinggirkan oleh kawan-kawan sekelas malah satu sekolah. Dia sedar status dirinya sebab itu dia selalu mengasingkan diri daripada murid-murid yang lain. Dia juga sedar dengan pandangan mata sesetengah cikgu terhadapnya kecuali Cikgu Faridah. Cikgu Faridah amat mengambil berat ke atas dirinya. Pernah satu ketika Cikgu Faridah bertandang ke pondok usangnya yang di huni oleh dirinya dan nenek yang sudah tua. Mengemukakan hasrat pada neneknya untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Namun dia membantah hasrat Cikgu Faridah. Baginya, dia mampu berdikari tanpa simpati orang lain. Malah dia takut untuk berpisah dengan neneknya. Dia mahu menjaga neneknya kerana dia sudah tiada siapa-siapa di atas muka bumi ini. Oleh kerana kedegilannya, Cikgu Faridah akur dengan keputusannya. Namun Cikgu Faridah tetap memberi sumbangan kepada dirinya seperti buku terpakai dan pakaian terpakai. Malah Cikgu Faridah juga yang memberinya modal untuk berniaga nasi lemak. Kini, dia menjual nasi lemak di pinggir jalan di hujung kampung, di jalan masuk utama ke kampungnya setiap malam.

Pukul 1.45petang, sesi persekolahan telah tamat. Terkocoh-kocoh dia berlari mendapatkan gerek tua. Dia mahu pulang awal. Bahan-bahan untuk nasi lemak belum siap lagi. Semalam dia tertidur awal akibat terlalu penat. Kayuhan gerek tua dilajukan. Namun dia perasan ada tangan menarik belakang gereknya. Terhenti kayuhannya. Dia memaling muka ke belakang, kelihatan Johan dan Borhan tersengih-sengih. Lalu gereknya ditolak, dia rebah mencium jalan bertar. Kepalanya tersembam ke atas jalan.Dia mengaduh kesakitan. Melihat darah yang keluar daripada dahi Ain, Johan dan Borhan ketakutan lalu melarikan diri. Airmatanya tumpah jua di situ. Tanpa mengelap air mata dia bingkas bangun. Sekadar menuntun gerek tua, dia membiarkan airmatanya kering sendiri. Dia sedar murid-murid yang lain sekadar memerhati dan ada juga yang buat-buat tak nampak. Namun ada satu suara memanggilnya dari belakang. Langkahnya terhenti. Dia mencari suara tersebut. Dia perasan si pemanggil memanggilnya dengan nama penuh.Norain Khaifara.

“ Awak tak apa-apa kah?” Wajah Amran kelihatan amat risau. Namun soalan Amran tidak disahutnya. Cepat-cepat airmatanya diseka.

“ Dahi awak berdarah.Jom kita ke klinik.Cuci luka tu.”Amran cuba mengejar Ain yang makin laju menuntun gerek tuanya.

“ Marilah saya bawa awak guna basikal awak ni. Awak duduk belakang.” Tangan Amran kuat menahan gereknya. Mata mereka bertaut.Lama...

“ Rumah awak mana? Awak tunjuk ajer lah.” Suara Amran kedengaran ceria. Kayuhannya makin laju. Ain yang berada di belakang senyap tak terkutik.

“Awak..bagitau la kat mana rumah awak?” Amran bersuara agak lantang. Hairan Ain tidak menyahut pertanyaannya.

“ Depan sana ada simpang. Masuk simpang kiri. Tapi kena masuk dalam lagi.” Tangan Ain menunjukkan isyarat ke arah kiri. Setiba di simpang, Amran membelok. Melalui titi usang membuatkan Amran cuak seketika. Takut titi itu reput dan mereka bakal berkubang dalam sungai di bawah. Selepas melepasi titi usang mereka melalui kebun getah pula. Amran mulai kekok dengan suasana sekeliling. Dia sedar kawasan rumah Ain terpencil daripada rumah kampung yang lain.

“ Mana rumah awak? Ni kita dah masuk kebun getah. Betul ke ni?” Amran bertanya dengan kerutan di wajahnya. Ain membatu. Dia sudah mengagak Amran akan penasaran.

“ Bawa je la. Kejap lagi sampai lah. Awak ingat saya nak culik awak ke?” tempalak Ain. Mulutnya mencebik-cebik. Dasar anak orang kaya!

“Kita rehat la dulu. Sana ada pondok,” usul Amran setelah menemui sebuah pondok di hujung kebun. Dia sudah bermandikan peluh. Penat mengayuh gerek tua. Ain tersenyum-senyum melihat baju sekolah Amran basah dek peluh. Tu lah,tak pernah naik gerek. Datang sekolah pun ada pemandu.

Cepat-cepat Ain turun setelah Amran memberhentikan gerek di hadapan pondok usang yang beratapkan zink yang sudah bocor sana sini. Ada juga papan yang sudah terkopak.

Kakinya laju menuju ke pondok tersebut. Beg sandang diletak di atas para lalu dia masuk ke dalam pondok manakala Amran memarkir gerek di tepi. Pondok usang itu ditelitinya dek hairan melihat Ain seperti sudah biasa dengan pondok usang itu. Dia perasan pondok usang tersebut seperti mempunyai penghuni kerana dia nampak beberapa helai baju tersidai di belakang pondok. Dia menjengah-jengah ke belakang. Di sana dia terjumpa Ain sambil mengutip cawan di dalam raga atas para.

“ Masuklah. Buat macam rumah sendiri. Nenek ada kat dalam.” Tegur Ain setelah mendapati Amran terpacak tak terkutik seperti terkena sampuk. Setelah megutip beberapa buah cawan dan teko, dia masuk semula ke dalam. Kedengaran bunyi papan dipijak tatkala Ain membolos ke dalam pondok semula. Amran mengelip-ngelip matanya. Seakan tak percaya Ain tinggal di pondok usang tersebut. Serba serbi kekurangan. Daifnya hidup Ain,hatinya merintih sayu.

Di gagahi kakinya melangkah ke atas pondok penuh hati-hati. Pondok seluas sekakang kera itu diperhatinya segenap sudut. Cuma terdapat sebuah tilam dan almari pakaian. Cermin yang pecah separuh tergantung di dinding bersama bedak bayi. Kelihatan nenek Ain terbaring di atas tilam nipis dengan berbalut kain batik paras dada. Dia merapati lalu menyalaminya. Dia sedar ada aroma menyusuk hidungnya namun ditahan sebaik mungkin.

“ Awak,nenek berak tuh. Duduk jauh-jauh. Kejap lagi saya cuci. Mari lah sini,minun dulu. Saya buatkan kopi o saja.” Ain menegur tatkala menyedari wajah Amran berkerut-kerut menahan bau.

“ Oh,nenek awak berak.Saya bantu awak cuci yer?” Amran menawarkan pertolongan.

“ Sanggup ker?Saya dah biasa buat sendiri.” Ain merapati neneknya. Neneknya tersenyum melihat wajah cucu kesayangannya.

“ Siapa ni Ain?” Neneknya bersuara kemudian terbatuk-batu kecil.

“ Kawan Ain. Amran namanya.” Ain memperkenalkan Amran kepada nenek. “ Dia ni la tolong hantar Ain balik.”

Amran membuahkan senyuman ikhlas kepada nenek yang sedang memandangnya kini.

“ Terima kasih hantarkan Ain balik.” Nenek cuba bersuara, namun kedengaran lemah sahaja.

“ Tak ada apa-apa nenek. Bukan susah pun kayuh basikal. Cuma penat sedikit saja lah.” Amran tersengih lalu mengalihkan pandangan ke arah Ain yang sedang mencari sesuatu dalam almari. Kelihatan Ain mengeluarkan lampin pakai buang. Segera dia merapati Ain.

“ Boleh saya tolong?”

Ain angkat wajahnya. Mata mereka bertaut lagi.

“ Benar? Kalau macam tuh awak bawakan nenek ke luar. Dekat baldi air. Kita mandikan nenek.” Sepantas kilat Amran mendapatkan nenek. Dicempungnya tubuh nenek yang kurus menuju ke luar pondok. Didudukkan nenek di atas kerusi malas yang sudah tersedia di tepi baldi. Tidak lama selepas itu, Ain muncul bersama perkakas mandian nenek.

Sejak dari hari itu, hubungan mereka bertambah rapat. Setiap petang selepas selesai menguruskan hal nenek, mereka akan sama-sama akan menyediakan nasi lemak untuk dijual malam karang. Malah mereka bersama-sama mengulang kaji pelajaran. Amran menggunakan kelebihannya mengajar subjek pelajaran yang Ain kurang paham. Mereka berazam untuk berjaya dalam SPM nanti. Ain mahu buktikan orang susah sepertinya mampu berjaya juga. Malah Amran juga berazam untuk membantu Ain hingga berjaya.

“ Hari nih,laku nasi lemak kita. Semua habis dijual. Boleh lah kita balik awal.” Girang nada suara Ain tatkala melipat alas meja. Amran tersenyum, bersama Ain, dia mengerti pahit maung mencari sesuap nasi. Sebelum ini, dia hidup penuh dengan kemewahan. Apa yang di hajati pasti papanya akan menunaikan. Sayangnya dia dahagakan kasih sayang seorang bapa dan ibu. Bukan wang ringgit yang menjamin kebahagian. Orang tuanya saban hari sibuk mengejar wang, meraih populariti orang kampung. Al-maklum lah, bapanya penghulu kampung. Ibunya giat berpersatuan hinggakan hal anak terabai. Bersama Ain, hatinya senang. Berkongsi kasih sayang dengan nenek Ain, dia berasa sangat bahagia. Walaupun terpaksa melalui hidup susah bersama Ain, tetapi itu sudah memberikannya kepuasan dalam hidup.

“ Woi....nasi lemak basi!!!” Jeritan nyaring dari arah hadapan dengan di selang seli bunyi deruan enjin motor menyentak mereka berdua. Kelihatan Johan dan Borhan berlegar-legar di hadapan meja jualan. Berkerut seribu di dahi Ain.Amran tercengan-cengang melihat aksi Johan dan Borhan.

Tanpa di duga, Johan menyepak meja jualan hingga bertaburan papan-papan yang menjadi alas meja jualan. Patah papan-papan tersebut.Tidak cukup dengan itu, Johan dan Borhan melanggar meja jualan hingga rosak jadinya. Hancur luluh hati Ain. Ditahan airmatanya daripada mengalir. Kedengaran sorakan kegembiraan oleh Johan dan Borhan.

“ Lain kali, jangan cari pasal dengan kami.” Jerit Borhan. Johan mengekek ketawa. Puas hati aku! Serentak dengan itu, mereka beredar dengan ngauman enjin yang kuat berisyarat memberi amaran kepada Ain dan Amran. Ain mengetap giginya kuat. Sakit hatinya pada Johan dan Borhan meluap-luap. Kau tunggu!Kau ingat kau hebat!!


Hari ini sejarah akan berulang lagi dan hari ini juga hari peperiksaan SPM. Dia mengulum-ngulum senyuman. Selepas memberi semangat kepada Amran, dia menyempurnaan niat jahatnya terhadap Johan dan Borhan. Sakit hatinya perlu berbayar. Sejak kejadian Johan dan Borhan melingkupkan meja jualannya, makin galak Johan dan Borhan membuli dirinya dan Amran. Pernah Johan menyebarkan fitnah bahawa dia memberi surat cinta kepada Johan.Walhal terang-terang tulisan dalam surat itu adalah tulisan Johan sendiri. Sejak hari itu dia menjadi bahan ejekan Johan dan rakan-rakan selokah yang lain. Malah pernah juga Johan menarik tudungnya setiap kali mereka bertembung dan kerap kali juga dia melarikan diri daripada Johan. Namun makin jauh dia melarikan diri, makin dekat Johan mendekatinya. Tidak kurang juga Amran menjadi mangsa buli Johan dan Borhan. Dua lelaki samseng itu tidak pernah serik. Amran juga sudah lali menjadi mangsa Johan dan Borhan. Sehinggakan Amran berani melawan Johan dan Borhan. Namun Johan dan Borhan tetap akan menang. Dua lawan satu. Memang tidak adil.Hari ini dia nekad untuk mengena Johan dan Borhan.

Seusai peperiksaan, gamat dewan peperiksaan dengan jeritan Johan. Melompat-lompat Johan sambil membuang beg sekolahnya. Melihat aksi Johan umpama monyet, seisi dewan ketawakan Johan. Tidak terkecuali dirinya dan juga Amran. Malah ketawa mereka yang paling kuat. Puas hatinya mengena dan memalukan Johan depan orang ramai. Dia tahu Johan takutkan katak. Subuh-subuh lagi Ain mencari katak lalu diletakkan ke dalam beg sekolah Johan.

“ Siap kau Ain!!!” Lantang suara Johan bergema. Semua mata memandang ke arah Ain. Ain sekadar tersengih kambing lalu laju melangkah keluar dari dewan bersama-sama Amran. Dalam masa yang sama mereka berdua mengekek ketawa.


Segalanya akan berlalu bersama-sama anjakan masa. Begitu juga dengan kisah mereka. Masing-masing telah berjaya dan membawa haluan sendiri. Mungkin ada yang telah berumah tangga, mungkin juga yang masih membujang. Adapun sudah bekerja dengan jawatan yang membanggakan, ada juga sekadar kuli mencari sesuap nasi. Namun semua ini telah menjadi perjalanan hidup berlandaskan takdir Tuhan.

Setelah tiga puluh tahun berlalu, Amran terasa dirinya makin tua, nyawa bagai dijemput-jemput. Kedut di wajah bertambah, tulang belakang mulai membongkok. Terkenangkan pahit dan manis semasa zaman sekolah banyak meninggalkan kesan dalam hidupnya. Entah silap apa dia gagal meraih cinta Norain Khaifara. Bagi Ain, dirinya tak lebih sebagai sahabat karib. Tetapi mengapa dia dapat merasa cinta di dalam mata Norain Khaifara. Akibat kecewa dengan Ain, dia bergelandang membawa diri. Dan hari ini dia berteleku di bawah pohon kemboja bersama-sama sahabat lama yang dahulunya mereka bermusuhan.

“ Kenangan lalu jangan dikenang lagi. Arwah dah lama pergi. Dah bertahun-tahun. Selepas kau menghilangkan diri dia kerap jatuh sakit. Di tambah pula tak lama lepas itu, nenek dia meninggal.” Johan memejamkan matanya sebentar. Mungkin menahan getar dalam hati. “ Semuanya salah aku.”

Sudah lama sebenarnya mereka berdua berteleku di bawah pohon kemboja, mengimbas kembali kenangan lalu. Perjumpaan tidak sengaja di tanah perkuburan islam antara Amran dan Johan mencetus memori lama tersingkap semula. Niat asal Amran menziarahi kubur ibubapanya, namun dengan izin Allah S.W.T, dia bertemu kembali dengan Johan yang sedang menyedekahi ayat-ayat suci Al-Quran di sebuah kuburan.

“ Aku bersalah terhadap arwah. Kerana dendam terhadap arwah, aku aniaya arwah,” luah Johan dengan penuh kekesalan. Amran menggelengkan kepala. Serta merta hatinya berasa sakit dengan pengakuan Johan.

“ Apa sebenarnya yang kau telah lakukan terhadap arwah?” Ditahan-tahan hatinya agar syaitan tidak menghasutnya membarakan api kemarahan.

“ Selepas kau hilangkan diri dulu, aku ada buat sesuatu ke atas arwah.” Amran bingkas bangun lalu menarik kolar baju Johan. Kejap cengkamannya di kolar baju Johan. Johan sedakar mendiamkan diri. Dia tahu Amran sayangkan Ain. Mungkin dengan apa yang bakal dia luahkan, berterus terang, dirinya akan menanggung natijah.

“ Apa kau buat pada Ain? Cakap dengan aku!” tengking Amran. Kalau dulu dia amat takutkan Johan tetapi dengan usia yang berganjak tua membawanya bersama-sama keberanian dalam diri serta pengalaman hidup. Kini, Johan kelihatan kerdil pada pandangan matanya. Johan pula menelan air liurnya. Terasa berpasir.

“ Kau cakap sebelum penumpuk aku singgah ke muka kau!” bentak Amran. Matanya mencerlung tepat ke mata Johan.

“ Sabar Am.. Dengar dulu apa aku nak terang. Kau jangan lah macam ni. Aku akui aku salah tapi jangan buat aku macam ni. ” Terketar-ketar Johan menyusun ayat. Akhirnya Amran melepaskan genggaman di kolar baju Johan. Dihela nafasnya panjang. Dia duduk kembali di bawah pohon kemboja.

“ Aku memang berdendam dengan arwah. Tapi dalam masa yang sama aku jatuh cinta dengan dia. Aku dengki tengok kau dan arwah rapat. Aku selalu kacau-kacau dia sebab aku nak tarik perhatian dia. Tapi dia tetap beri perhatian pada kau.” Amran memejam matanya tatkala mendengar luahan hati Johan. Dia akui dirinya lebih mendapat perhatian daripada Ain. Tapi kenapa kau tak balas cinta aku Ain?

“ Di sebab dendam dan sakit hati, aku perkosa dia. Aku nak Ain jadi milik aku. Dan akhirnya dia setuju kahwin dengan aku selepas setahun kau hilangkan diri dan di sebab itu juga dia pendam perasaan dia pada kau. Dia sememangnya cintakan kau.” Akhirnya Johan menangis. Tersedu-sedu seperti budak kecil. Dalam hatinya terbit perasaan kesal yang teramat.

Amran mengetap giginya kejap. Sakit hatinya pada Johan membuak-buak. Selama tiga puluh tahun dia membawa diri dengan cinta tidak berbalas. Rupanya ini lah sebabnya Ainmenolak cinta tulusnya. Tanpa di duga, satu penumbuk yang padu singgah ke pipi Johan. Terkedu Johan namun dia tidak melawan.

“ Kau pukul lah aku, buatlah apa kau suka. Aku tahu aku salah. Aku pisahkan kau dengan dia. Tapi, aku amat cintakan Norain Khaifara!” tegas Johan. Matanya tepat merenung ke dalam mata Amran. Mahu menegaskan dia ikhlas menyintai Ain.

Amran meraup wajahnya. Beristighfar seketika di atas keterlanjurannya. “ Maafkan aku. Aku terlalu ikutkan hati."

“ Aku faham. Kau sayangkan Ain dan aku buat jahat terhadap Ain.” Mereka kembali bercerita. Masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku di lubuk hati.


Malam itu, saat bulan purnama menghiasi dada langit, mereka duduk di pangkin seperti malam-malam selalunya selepas menjual nasi lemak. Menikmati keindahan malam bersama-sama membuatkan Amran dibuai rasa cinta yang asyik. Dia sudah tidak dapat menahan rasa cintanya pada Ain. Malam itu dia nekad meluahkan isi hatinya.

“ Saya sebenarnya sukakan awak Ain.” Lalu sebentuk cincin disua kepada Ain. Pengakuan itu benar-benar menyentakkan Ain. Mata Amran ditatapnya untuk kepastian.

“Benar,saya sayangkan awak. Bila saya dah masuk dalam dunia awak, saya dah jatuh hati. Awak. Awak seorang yang tabah, mengajar saya erti kehidupan.” Bicara Amran terhenti di situ tatkala menyedari ada titisan manik-manik jernih di pipi Ain.

Dia menggeleng-gelengkan kepala. Enggan mengakui cinta Amran terhadapnya. Dia sedar dia tidak layak buat Amran.

Di waktu itu, dunia seakan berhenti seketika, sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik menjadi irama malam itu. Pergerakan daun getah jatuh ke lantai bumi pun perlahan-lahan. Bunyi motosikal yang lalu lalang antara kedengaran dengan tidak. Semua mata memandang ke arah mereka. Haiwan-haiwan turut memberi perhatian mahu mendengar jawapan daripada mulutnya.

“ Saya cuma anggap awak sebagai kawan baik. Maafkan saya.” Kakinya terus melangkah meninggalkan Amran yang tergegau. Setiba di hujung kebun, dia menitiskan airmatanya. Kala ini hatinya benar-benar tersayat. Igaun Johan terus meghantuinya. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Johan.

“ Sama ada kau suka atau tak, kau tetap akan jadi milik aku. Aku takkan biarkan budak skema tu dapat kau. Kau jangan ingat lepas ni kau dapat tagih cinta Amran. Aku akan buat kau melulut, merayu pada aku!”

Airmatanya menitis lagi. Dia seperti ketulahan. Akhirnya dengan dia akur dengan Johan. Selepas beberapa bulan Amran menghilangkan diri tanpa khabar dan perut makin memboyot akibat perbuatan Johan, dia setuju dengan pinangan Johan.


Selama melayari bahtera perkahwinan dengan Johan, Ain cuba menyingkirkan rasa cintanya pada Amran dan membuang perasaan itu jauh-jauh. Selama itu juga Johan cuba memikat hatinya namun dalam jiwanya kosong. Hari demi hari dia makin tenat. Dengan kerinduan terhadap nenek yang menghembus nafas terakhir, dengan kerinduan yang tidak dapat di lafazkan buat Amran dia kelelahan. Genap sembilan bulan dia melahirkan anak hasil hubungan ketidakrelaannya, dia menutup mata buat selama-lamanya. Konsekuensinya Johan menyesali perbuatannya dan nekad membela sang puteri dengan penuh kasih sayang bukti cintanya buat Ain.


“ Itulah anak aku. Puteri Maisarah.” Johan menunjuk ke satu arah. Amran menoleh dan memandang ke arah yang di tunjukkan. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri di luar kereta. Wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah yang bertahun-tahun dia memendam kerinduan. Akhirnya dia akur dengan takdir hidup. Dia tersedar, selama mana dia harus bermimpi lagi. Seakan meresap satu semangat yang baru, dia harus bangun. Meneruskan sisa-sisa hidupnya walaupun dalam hatinya cinta pada Norain Khaifara tersemat kukuh.

“ Berilah cincin ini pada Puteri Maisarah. Ini tanda cinta aku buat Ain.” Akhirnya dia melangkah pergi.


Hati ini tak menyangka
Bila akhirnya kau tinggalkanku
Tak tertahan luka ini
Ku menangis tak kuasa
'tuk menahan pedihnya hatiku
Tanpa ada kata kau meninggalkanku
Menyisahkan luka dihatiku
Betapa sakitnya relung batinku
Merasakan hilangnya cintamu
Malam ini tak seperti
Malam kemarin saat kau peluk aku
Malam ini tak seperti
Malam kemarin saat kau bersamaku
Malam ini tak seindah
Malam kemarin
Jiwa ini tak menduga
Bila ku harus kehilanganmu


Monday, May 30, 2011

Bab 13 | Novel Suri Hati Kefli

Surihani membatukan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua di dalam kereta. Hanya kedengaran suara radio yang berceloteh. Surihani sedari tadi membuang pandangan di luar tingkap kereta. Pemandangan kota raya yang sibuk dengan kenderaan menjadi halwa pemandangannya kini.Agak lama dia tenggelam dengan panorama kota raya yang padat dengan isinya.
“Awak..” seru Alan. Dia kurang senang dengan kebisuan gadis manis di sebelahnya. Surihani menyahut sepatah panggilan Alan namun matanya tetap tak lepas daripada memandang di luar cermin kereta.
“Apa yang awak pandang tu? Bukan ada apa yang menarik pun kat luar sana tu. Saya yang hensem ni awak tak nak pandang.” Bibir Alan melukis senyuman nakal. Terselit ketawa di situ.
Surihani menoleh. Hatinya tercuit dengan kata-kata Alan. Bibirnya merekah senyuman. Cantiknya... hati lelaki Alan ikhlas memuji Surihani tatkala memandang Surihani.Terserlah lesung pipit di pipi kirinya tatkala Surihani tersenyum. Itu yang menambah seri pada wajah Surihani.
“Hensemnya... macam Brad Pit tahan sembelit.”
Meledak ketawa Alan mendengar gurauan Surihani.
“La.. pandai buat lawak.Ingatkan bisu tadi,” usik Alan dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kalau bisu, saya takkan di ambil bekerja oleh En Kefli,” bidas Surihani. Dia mencebik.
“Ala.. marah pulak. Saya bergurau je pun. Tak best la awak diam-diam.” Alan cuba memujuk. Dia tahu Surihani terasa dengan kata-katanya tadi.
“Kenapa pulak kalau saya diam? Saya tak kacau awak pun.”
“Memang la tak kacau saya. Saya bukan kuah atau sos untuk awak kacau.” Sekali lagi ketawanya pecah. Satu cubitan singgah di peha kirinya. “Adusss.... ada mak ketam la dalam kereta ni!” Makin giat Alan menyakat Surihani. Merah wajah Surihani menahan geram. Akhirnya dia juga pecah ketawa dengan gelagat Alan.
“Awak ni.. boleh tak jangan mengena saya. Bawa la kereta tuh diam-diam.” Muncungnya di tarik sedepa.
“Memang la saya bawa kereta diam-diam. Ada awak nampak saya menari ke?”
“Sekali lagi awak menyakat saya, saya cubit lagi peha awak tuh.” Surihani mengugut. Geram dengan telatah Alan.Bibirnya diketap geram.
“Okay okay... Saya tak mengusik dah. Janji jangan cubit okay. Sakit tau.”
Surihani hanya memandang sepi wajah Alan. Baru dia perasan wajah Alan ada persis cina. Mungkin dia ni ada keturunan cina kut. Nasib baik hidung mancung walaupun bermata sepet. Dia mengumam dalam hati. Di bibirnya terlukis segaris senyuman.
“Jangan tengok lama-lama. Nanti jatuh cinta pulak.” Surihani tersentak lantas dia menunduk menahan malu dengan keterlanjurannya tadi.
“Tapi nak tengok lama-lama pun apa salahnya.” Dia ketawa lagi. Surihani sekadar mencebik. Mulutnya dikunci rapat. Enggan membalas usikan Alan. Dia tahu, akhirnya dia juga yang terkena.
“Macam mana awak boleh mintak kerja di restoran Kefli? Saya lihat awak macam rapat jer dengan Kefli,” soal Alan sekadar ingin tahu. Agak lama Surihani mendiamkan diri. Dia buntu untuk memberi alasan yang terbaik buat Alan. Dia tersepit. Kefli memintanya agar merahsiakan hubungan mereka sebelum tiba pada waktunya.
“Awak..” Alan bersuara lagi. Pelik dengan kebisuan Surihani. Surihani berpura-pura terkejut.
“Ish.. termenung pulak dia. Ingatkan apa?” Alan tertawa kecil. Surihani tersenyum kambing.
“Saya tak kenal sangat pun dengan En Kefli. Kenapa awak cakap saya dan En Kefli rapat? Saya cuma mencuba nasib jer cari kerja kat restoran dia. Saya ni berbulan-bulan jadi penganggur terhormat. Nak juga cari duit poket.” Surihani berhelah.
“Awak duduk dengan famili awak ke?” Surihani diam lagi. Mencari-cari alasan yang munasabah.
“Maaflah kalau saya banyak bertanya. Saya cuma nak tahu jer.” Alan menyedari Surihani agak tidak selesa dengan pertanyaannya. Surihani terus membatukan diri. Enggan bersuara apa-apa lagi. Takut kerana mulutnya semua terbongkar. Fikirannya mula melayang teringatkan Kefli. Imej Qistina memeluk suaminya membuatkan hatinya membengkak. Dalam masa yang sama telefon bimbitnya berbunyi. Surihani menjawab panggilan itu dengan nada suara yang amat perlahan dan kekok sekali. Tentu saja panggilan itu daripada Kefli. Alan sekadar mengerling sekilas ke arah Surihani.
Amboi, cakap menganggur. Tapi pakai Iphone. Macam kenal jer handphone tuh. Ish aku ni, ramai yang pakai Iphone. Apa pulak sama, gumam Alan dalam hati. Lantas pemanduannya diteruskan.
“Suri, kalau saya ajak awak keluar nanti, awak mahu tak?” soal Alan setelah Surihani selesai bercakap di telefon. Surihani kaget dengan tindakan berani Alan yang mahu mengajaknya keluar.
“Keluar? Nak ke mana?” soal Surihani kembali setelah kegugupannya hilang.
“Saja. Pusing-pusing KL. Shopping ke, tengok movie ke?”.
“Tengok la nanti macam mana. Saya tak janji.” Surihani mengelak. Dia agak pelik dengan tindakan berani Alan mengajaknya keluar. Alan nih ada muslihat ker? Tak sampai sehari kenal dah ajak aku keluar?
“Awak, masuk selekoh depan tuh. Dalam tuh rumah saya,” ujar Surihani setelah menyedari selekoh ke rumahnya makin hampir. Seraya itu Alan membelok masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut. Macam pernah je aku datang sini. Tapi rumah siapa? Alan bergumam lagi dalam hati. Ahh.. peduli apa aku. Aku nak hantar Surihani balik. Pemanduannya diperlahankan kerana telah masuk ke dalam kawasan perumahan. Setalah memberhentikan kereta di hadapan rumah, dia turut sama keluar daripada kereta,
“Macam sunyi je rumah awak. Mak ayah awak ada tak? Kalau ada boleh saya berkenalan.” Matanya merenung wajah Surihani yang bertentangan dengannya,
“Saya tinggal berdua saja dengan adik saya. Dia belum balik lagi dari taska. Mak ayah saya dah tak da. Saya anak yatim.” Ada getar dalam nada suara Surihani. Mungkin menahan sebak tatkala isu ibu dan ayah berbangkit.
“Oh, maaf. Saya tak tahu. Maafkan saya ye. Awak kalau ada apa-apa, boleh cari saya. Ambik la nombor telefon saya ni.” Setelah mereka bertukar-tukar nombor telefon, Alan meminta diri untuk kembali ke restoran. Mereka berpisah di situ. Dalam kereta Alan menyanyi-nyanyi kecil. Gembira kerana nombor telefon Surihani berjaya dimilikinya. Tak lama lagi, aku akan tawan hati kau Suri. Aku akan buat kau jatuh hati dengan aku. Dia tersenyum lagi.

Kereta milik Kefli masuk ke dalam perkarangan rumah setelah kereta Alan ghaib daripada pandangan mata. Lama dia menanti Alan untuk beredar dari depan rumahnya. Matanya tak lepas memandang kelakuan Alan yang agak mesra dengan isterinya. Terbit satu perasaan cemburu dalam hatinya tetapi sedaya upaya dia membuang perasaan negatif tersebut. Dalam masa yang sama dia rasa bersalah terhadap Surihani. Terkantoi di depan isteri sendiri. Dalam hati dia berdoa banyak-banyak agar Surihani tidak marahkanya. Semua itu hanyalah salah paham. Kemesraannya dengan Qistina hanyalah sebagai seorang abang terhadap adiknya. Malah dia sendiri pun tidak menyangka Qistina akan memeluknya pada waktu itu.
“Assalammualaikum..” Kefli memberi salam sebaik sahaja sampai di muka pintu. Dia menjengah mencari-cari kelibat isterinya. Tiada di ruang tamu. Kemudian dia melangkah menuju ke dapur. Di sana Surihani sedang mencuci sesuatu di sinki. Begitu ralit Surihani mengerjakan pekerjaannya sehingga suami sendiri berada di belakangnya pun tidak sedar.
Kefli tersenyum sendirian. Lantas tubuh Surihani dipeluk dari belakang lalu leher isterinya dicium. Surihani menjerit terkejut lantas membalikkan tubuhnya ke hadapan. Dihadapannya, Kelfi sedang tersenyum. Namun Surihani memasamkan muka. Masih marah dengan Kefli dengan apa yang yang dilihat di restoran tadi. Lalu tubuhnya membelakangkan Kefli semula. Dia menyambung kembali memcuci sayur.
“Isteri abang merajuk? Boleh abang tau apa yang isteri abang marah sangat ni?” Makin kejap rangkulannya di pinggang ramping isterinya. Surihani tetap membatu.
“Sayang, tak baik tau tak jawab soalan suami,” tegur Kefli. Akhirnya Surihani mengalah.
“Ye.. Siapa perempuan tu? Kenapa dia peluk abang? Abang dah ada kekasih ke sebelum kahwin dengan Suri?” Bertalu-talu Surihani menanyakan soalan. Dia membalikkan tubuhnya mengadap Kefli. Kelihatan wajah Kefli amat tenang berhadapan dengannya.
“Baiklah. Biar abang terang satu per satu. Jom,kita pergi ke ruang tamu.” Seraya itu, Kefli menarik tangan Surihani menuju ke ruang tamu. Surihani duduk di atas sofa tetapi Kefli melutut di hadapan Surihani sambil mengenggam erat tangan Surihani.
“Perempuan tadi namanya Qistina Raudhah. Anak kepada kawan ayah dan mak abang. Kami membesar bersama-sama jadi sememangnya kami rapat. Abang anggap dia macam adik abang saja. Dia tak tahu abang dah kahwin. Kalau dia tau, mesti dia tak peluk abang.” Kefli menghelakan nafas seketika.
“Sayang jangan lah salah faham. Abang anggap dia macam adik saja. Tak lebih daripada itu. Suri saja yang bertakhta di hati abang. Suri kan isteri abang. Mana boleh abang bahagikan cinta abang pada orang lain. Suri adalah empunya diri abang sepenuhnya dan abang tak pernah ada kekasih sebelum mengenali sayang.” Mata Kefli tepat merenung ke dalam mata Surihani. Jelas terpancar sinar cahaya cintanya di mata Kefli. Lidah Surihani terkedu mendengar luahan daripada suaminya. Airmata terharu bertakung di tubir mata.
“Sebagai tanda kasih sayang abang dan bukti abang cintakan Suri, izinkan abang sarungkan cincin ini ke jari Suri?” Sebentuk cincin bertahta berlian disua.Serentak dengan itu,airmata Surihani membasahi pipi. Perlahan-lahan dia mengangguk lantas dihulurkan jarinya kepada Kefli.
“Ini adalah cincin kahwin kita. Maafkan abang terlewat menyarungkannya ke jari sayang. Jangan tanggalkannya ye sayang?” Setelah cincin tersebut tersemat di jari manis Surihani, Kefli mencium jari tersebut.
“Abang ikhlas cintakan Surihani.”

Saturday, May 28, 2011

Bab 12 | Novel Suri Hati Kefli

Sebaik saja kaki Kefli menjejak ke lantai restoran, Qistina terbangun dari tempat duduknya lalu menerpa ke arah Kefli. Kefli agak terkejut dengan kehadiran Qistina di waktu itu tidak sempat melarikan diri kerana Qistina terlebih dahulu menarik lengannya. Surihani yang membontoti belakang Kefli sekadar memdiamkan diri. Laju kaki Surihani menyusun langkah menuju ke dapur. Bayang Sofea di carinya bagi menghilangkan kegusaran dihati.Persetankan gelagat Qistina ke atas suaminya.
“U..mana u pergi ni? Dah ler tak call I,” rengek Qistina sambil menyusap -ngusap lengan Kefli. Kefli cuba meleraikan pegangan Qistina tapi makin kejap pula Qistina mencengkam lengannya.
“I tak pergi mana- mana pun. Yang u ni kenapa? Lepas lah, i rimas lah!” Suara Kefli agak meninggi. Lengannya direntap daripada cengkaman Qistina lantas menarik gadis itu ke dalam pejabatnya. Hatinya benar-benar risau kalau -kalau Surihani melihat aksi – aksi manja Qistina. Dia sudah seperti cacing kepanasan.
Dalam pejabatnya, Qistina sudah menarik muncung sedepa. “U marah I kenapa? Dah la u menghilangkan diri. I call pun tak angkat. Nak marah – marah I pulak,” tempelak Qistina, menghempas tas tangan ke atas meja. Lantas dipeluk tubuhnya tanda protes.
“Ada apa u cari I?” mendatar nada suara Kefli. Wajahnya diraup sekali.
“U tanya I kenapa? I tanya u tak jawab lagi. U jawab soalan I dulu,” Qistina enggan mengalah. Dia sememangnya degil. Sukar untuk mengalah.
“U ni... I ada kerja la.” Hanya alasan itu yang mampu dia beri buat ketika ini. Takkan nak cakap aku kena tangkap basah dan dah ada isteri. Nak mampus? Mau bapanya terkena serangan jantung kalau keluarganya tahu berita tersebut.
“Kerja apa? U jangan nak tipu I. Tadi tu saper? I tak pernah tengok pun.”
Fikiran Kefli mula melayang kepada Surihani. Dia rasa bersalah pada Surihani kerana marahkan Surihani sepanjang perjalanan ke klinik tadi. Hatinya panas dengan kecuaian Surihani hingga menyebabkan tapak tangan Surihani terpaksa dijahit. Malah apabila disuruh Surihani balik berehat, Surihani enggan. Lagi membuatkan hatinya terbakar. Tetapi dalam hatinya betapa dia sayu melihat saat tangan Surihani dijahit. Disembunyi sahaja perasaan itu bagi menahan ego seorang lelaki. Namun Surihani sedikit pun tidak menangis malah boleh buat mula selamba saat dia marah – marah tadi.
“U ni! I tanya u ni, u boleh berangan!” Satu tamparan singgah di lengan Kefli. Hilang semua bayang-bayang Surihani daripada kotak fikirannya tadi.
“Apa u ni. Pukul-pukul I pulak.” Kefli melarikan diri daripada pukulan Qistina.
“U ni, i tanya u, u buat bodoh pulak dekat I!” gumam Qistina. Mulutnya mencebik.
“Alaaa u ni... Jangan la macam ni. Tengok, kan dah tak cantik.” Kefli cuba memujuk hati Qistina. Dia tahu Qistina akan merajuk sekejap sahaja. Dia sudah masak dengan perangai Qistina. Kefli mendekati Qistina yang telah duduk menyilang kaki.
“U ni, kalau merajuk lagi comel,” sakat Kefli. Dagu Qistina dicuit, cuba memujuk hati Qistina. Selama ini dia hanya menganggap Qistina seperti adiknya sendiri sahaja. Tak senang duduk juga dia kalau Qistina merajuk.
“Kita keluar ye malam ni. Dah lama kita tak keluar sama.” Qistina tersenyum. Dia berharap sangat dapat keluar berdua dengan Kefli malam ini. Dia benar-benar rindukan Kefli.
“I tak janji la.. I sibuk, banyak benda I nak settle.” Kefli beralasan.
“U!!! Jangan nak bagi alasan. Selama ni, Alan yang sibuk uruskan restoran u masa u tak ada. I tak kira, kita keluar juga malam ni. Lagipun,famili I nak jumpa u. U jangan nak bagi alasan macam-macam. I report kat mak u baru tau.” Kefli tersenyum sumbing. Adeh,main report-report la plak!
“Ok!ok! Kita keluar malam nih, puas hati?” Kefli mengalah jua. Lantas Qistina bangun lalu memeluk tubuh Kefli. Spontan Kefli menolak tubuh Qistina. Tergamam Qistina dengan tindakan Kefli. Selalunya bila dia peluk Kefli, tak pula Kefli menolaknya.
“Err.. wrong time.” Surihani menutup kembali muka pintu. Hatinya berdetap kencang. Terasa darah menyirap hingga ke muka. Cemburu ke aku ni? Adusss....airmatanya mula bertakung di tubir mata. Niatnya untuk berjumpa dengan Kefli untuk mengingatkan Kefli supaya mengambil Firas di taska nanti tetapi lain pula yang dijumpanya.
“Eh, awak! Kenapa tak masuk?” tegur Alan tatkala bertembung dengan Surihani di depan pintu pejabat Kefli. Kelu lidah Surihani untuk membalas pertanyaan Alan.
“Jom kita masuk. Saya rasa awak perlu cuti.” Pantas Alan menarik tangan Surihani. Belum sempat pintu dibuka, pintu tersebut sudah dibuka oleh Kefli. Wajah Kefli jelas kelihatan pucat. Dia sedar kehadiran Surihani sewaktu Qistina memeluk dirinya tadi.
“Aku rasa awek yang aku tak sempat berkenalan ni, patut balik dan cuti.” Alan bersuara.
“Nama dia Surihani.” Kefli memperkenalkan diri Surihani kepada Alan. Matanya memandang wajah Surihani tetapi Surihani mengelak daripada bertembung mata dengan Kefli.
“Owh, Surihani. Nice name. Hi, i'm Alan Putra.” Alan tersengih memperkenalkan dirinya kepada Surihani. “Saya tukang masak kat sini.” Surihani sekadar menganggukkan kepalanya,namun wajahnya sukar untuk membuah senyuman.
“Well, aku hantar Surihani balik la.” Alan membuat keputusan sendiri setelah Kefli masih mendiamkan diri. Qistina terkulat – kulat di belakang Kefli tetapi sempat juga dia membuah senyuman kepada Surihani. Surihani membalas senyuman Qistina bersahaja. Tidak mahu menunjukkan dia cemburu di hadapan Kefli.
“Ko nak hantar dia? Tak boleh. Aku boleh hantar dia balik.” Kefli membantah.
“Eh tak pa En. Kefli.” Lantas tangan Alan dipegangnya. “Jom En. Alan. Hantar saya balik.”
Kefli hanya memandang mereka berdua berlalu pergi. Mulutnya terkunci. Lidahnya kelu. Terkejut dengan tindakan Surihani. Tiba-tiba dia terasa hangat membahang naik ke mukanya.
“U balik la dulu Qis.” Hambar suara Kefli. Lantas tubuh Qistina ditolak keluar dari muka pintu pejabatnya. Lalu pintu dihempas kuat. Hatinya benar-benar bengkak sekarang. Diluar pintu pejabatnya, Qistina terkebil-kebil. Tak mengerti dengan situasi yang dihadapinya kini.

Wednesday, May 25, 2011

Bab 11 | Novel Suri Hati Kefli

“Assalammualaikum semua.. Attention please!” Suara Kefli sedikit nyaring untuk menarik perhatian semua pekerjanya. Tidak lama selepas itu, semua pekerjanya telah berkumpul di hadapannya.
“Hari ni, saya nak kenalkan seorang pekerja baru.” Ada pekerja yang berbisik sesama sendiri dan ada juga bersorak gembira dengan penambahan pekerja baru. Ringan sedikit beban kerja nanti.
“Ini Surihani. Dia akan mula bekerja hari ini.” Kefli memperkenalkan Surihani kepada pekerja – pekerjanya. Surihani yang berada di sebelah Kefli memberikan senyuman yang manis. Mereka berbalas senyuman. “Sofea, saya nak kamu jadi mentor Suri. Apa – apa hal boleh tanya saya nanti.”
“Baik bos!”Patuh Sofea dengan arahan bos nya itu.Tangannya mengangkat tabik hormat kepada bosnya. Tergelak kecil Surihani dibuatnya. Sofea memang di kenali dengan jolokan minah brutal. Ada saja aksi spontan yang akan sofea lakukan hingga mengeletek hati semua orang. “Hai, saya Sofea. Panggil je Pia.” Sofea menghulurkan tangan lantas disambut oleh Surihani dengan senang hati.
“Panggil saya Suri.”
“Hai, saya Nini.” Seorang lagi pekerja Kefli memperkenalkan diri. Surihani mengangguk kepala ke arah Nini yang berada agak jauh daripadanya untuk bersalaman.
“Sofea, mana Alan?” Tanya Kefli setelah kelibat Alan tidak dilihatnya sedari tadi.
“Bos kecik cakap dia agak lambat sikit hari ini. Ada hal katanya.”
“Ok lah Sofea, awak ajarlah apa yang patut pada Suri ok. Saya masuk pejabat kejap.” Sofea mengangguk tanda faham. “Ai.ai cip!”
Lantas Kefli berlalu ke pejabatnya. Banyak laporan yang perlu disemak. Stok bahan makanan mentah juga perlu diperiksa. Agak lama dia meninggalkan restoran. Semuanya diserahkan bulat – bulat kepada Alan tapi dia yakin dengan Alan. Alan mampu menguruskan restorannya. Masakan Alan menjadi orang kedua restorannya jika Kefli tak mempercayai Alan.

Alan terkocoh – kocoh masuk ke dalam restoran. Dia sudah lambat hari ini. Dapur belum berasap lagi. Dia gusar tak dapat menyiapkan menu asas. Kalau tidak, perjalanan restoran hari ini akan terganggu. Ini semua gara – gara Qistina yang mengajaknya clubbing malam tadi sampaikan terbabas tidur kerana pulang lambat semalam. Tanpa sengaja dia terlanggar Surihani yang sedang menyusun gelas di atas meja yang kebetulan Surihani mengundur ke belakang dari tempatnya berdiri. Surihani terjatuh dan gelas yang dipegangnya terlepas daripada pegangannya. Keadaan menjadi gamat seketika. Kefli yang berada di pejabat juga sedar dengan kekecohan yang berlaku lantas meninjau keluar untuk melihat apa yang terjadi. Sofea yang berada di tempat kejadian turut menjerit nyaring akibat terkejut dengan insiden tersebut.
“Sorry, saya tak sengaja.” Ujar Alan sambil membantu Surihani bangun dari lantai. Pertama kali wajah mereka bertembung, Alan kaku melihat Surihani di hadapannya. Cantiknya... Matanya tak lepas memandang wajah Surihani. Bagaikan dia jatuh cinta pada pandangan pertama. Wajah itu tak jemu di pandang.
“Aduh,sakitnya!” Surihani mengerang kesakitan. Ada darah merah pekat mengalir di tapak tangannya. Keadaan bertambah gamat apabila Nini dan beberapa orang pekerja yang lain yang melihat tangan Surihani terkoyak terkena gelas pecah, menjerit-jerit bagaikan kena histeria.
“Nini, pergi ambil kain bersih. Tangan Suri berdarah banyak ni.” Arah Sofea kepada Nini yang sedari tadi asyik menjerit melihat darah yang mengalir di tapak tangan Surihani. Kelam kabut Nini berlari ke dapur mencari kain bersih.
“Berdarahlah.Awak ok?” Riak wajah Alan nampak kerisauan. “Jom, saya hantar awak ke klinik”
“Tak perlu.” Bantah Surihani. Lantas dia bingkas bangun, mahu menuju ke dapur.
“Suri,apa yang dah jadi nih?”Dalam masa yang sama Kefli muncul dengan wajah yang terpinga – pinga. Matanya terbelalak melihat ada darah menitis ke lantai. “Suri, macam mana boleh jadi ni?” Cemas Kefli lantas mendekati Surihani lalu tangan Surihani disentuhnya. “Luka terbelah ni Suri. Jom pergi klinik.”
“Kejap, nak balut dulu luka ni. Nak hentikan darah ni dulu,” ujar Surihani,cuba menarik tangannya daripada pegangan Kefli. Dia tahu ramai mata sedang melihatnya kini.Mukanya memerah,
“Kita ke klinik sekarang Suri!” Tegas suara Kefli kedengaran.Surihani menelan air liur. Terasa berpasir.
“Aku dah ajak dia pergi klinik. Tapi dia tak nak,” celah Alan. Kefli memaling wajah ke arah Alan. Wajahnya masam mencuka. Alan tahu,Kefli sedang marah kerana arahannya diingkar oleh Surihani.
“Awak, pergi je la klinik. Karang si Kif ni mengamuk, apa pun tak dapat,” ujar Alan lantas berlalu ke dalam dapur. Dalam masa yang sama Nini muncul dengan kain bersih lantas dihulur pada Surihani. Surihani menyambut huluran kain itu, lantas membalut lukanya.
“Dah, semua sambung kerja. Saya bawa Suri pergi klinik. Yang lain buat kerja hati – hati!” arah Kefli umpama amaran itu.
Kaki Surihani lambat -lambat mengekor Kefli dari belakang. Agak kecut perutnya melihat wajah Kefli yang masam mencuka. Garang juga suami aku ni, gumam Surihani dalam hati.

“Saper tuh,Amer?” tanya Alan kepada pembantunya. Amer yang sedang memotong bawang, terhenti seketika.
“Owh..t u staff baru. Surihani nama dia.” Tersengih Amer memberitahu. “Cantik kan?”
“Aah..cantik.”
Amer menyiku Alan. “Berkenan ker? Dengar kata solo lagi.”
“Mana ko tahu”
“Alaaa... macam la tak tau. Kat restoran kita ni kan ada internet bergerak. Si Pia la korek – korek tadi.” Amer tersengih – sengih.
“Betul tuh, Alan. Cantik siot minah tuh. Aku pun berkenan.” Bob mencelah. Sup yang direnehnya tadi ditinggal sementara di atas api.
“Eh, korang ni! Jangan nak mengada. Sambung buat kerja. Potong gaji baru tau,” selar Alan.
“Alaaaa bos kecik ni.. itu pun tak boleh,” rungut Bob lantas kembali semula ke dapurnya.
“Aku je boleh tackle minah tuh. Korang tengok la.” Alan tersenyum melebar. “Tapi kesian la kat dia. Sebab aku tangan dia luka.”
“Tu la bos, loklaq!”sampuk Bob dengan loghat kedahnya. Alan diserbu perasaan bersalah. Wajah Surihani yang berkerut – kerut menahan kesakitan bagaikan berlegar-legar di ruang penglihatannya. Mahu saja dipeluk tubuh Surihani kala itu tetapi Kefli datang mencelah. Kenapa la,Kefli selalu cepat daripadanya. Damn!!!
Nada dering telefon bimbitnya menghiasi halwa telinga. Hilang semua khayalnya pada Surihani.
“Hello”
“Alan, Kif ader?” lunak suara itu kedengaran di telinga Alan. Alan tersenyum.
“Alan!” Suara di hujung talian agak meninggi kerana Alan mendiamkan diri seketika. Mungkin sedang mencari alasan bagi soalan pemanggil tersebut.
“Ye, I dengar. Dia ada tadi tapi keluar ke klinik kejap...” Belum sempat Alan menghabiskan ayatnya,suara di sebelah sana mencelah dengan intonasi suara yang agak tinggi.
“What?? Ape dah jadi kat Kif? Dia tak sihat ker? I datang sana la sekarang.”
“Qis...” Senyap.Talian telah diputuskan. Alan memerhati seketika di skrin telefon bimbitnya dengan membayangkan wajah Qistina ketika itu. Tentu saja Qistina sudah gelabah biawak. Hati Alan tercuit lucu.
“Tengok tuh Amer, duk tersengih – sengih macam kerang busuk! Dah angau ka bos kecik?” usik Bob sambil mencuit Amer yang khusyuk memotong cili. Alan tidak menghiraukan usikan Bob. Lantas kuali dicapainya. Menu asas perlu disiapkan segera.

Bab 10 | Novel Suri Hati Kefli

“Aunty, dah tiga hari Kif tak call Qis. Aunty tau tak mana Kif sekarang nih?” Rengek Qistina seraya melentokkan kepalanya di peha Puan Kamisya. Ternyata Puan Kamisya senang dengan sifat manja Qistina terhadapnya. Lantas tangan keibuan itu lembut membelai rambut halus Qistina.
“Entah la sayang. Aunty pun ada call Kif. Tapi tak berjawab. Aunty pun risau nih,” luah Puan Kamisya. Sejak akhir – akhir ini perangai Kefli agak ganjil membuatkan hatinya menjadi risau. Anak lelakinya itu berubah menjadi lebih pendiam dan banyak mengelamun. Sangkanya anaknya akan gembira sebab bakal bertunang dengan Qistina tidak lama lagi. Tetapi sangkaannya meleset. “Aunty ada call Alan. Tapi Alan pun tak tau mana Kif menghilang. Restoran pun tak dijenguknya.”
“Ini yang Qis lagi risau nih. Kif setuju ke nak bertunang dengan Qis ni Aunty?”
Mulut Puan Kamisya terkunci dengan pertanyaan Qistina. Tertayang kembali di kotak memorinya tentang reaksi anak lelakinya itu tentang perkhabaran tersebut beberapa minggu lepas.
“Aunty...” seru Qistina setelah Puan Kamisya mendiamkan diri agak lama.
“Ye sayang. Kif setuju sayang..” Berbelah bagi Puan Kamisya menjawab soalan Qistina. Qistina sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Tak sampai hati untuk melukakan hati anak gadis itu. Dia tahu betapa Qistina menyintai Kefli. Masakan mereka membesar sedari kecil tiada sekelumut perasaan sayang yang bercambah dalam hati Kefli terhadap Qistina? Pada pandangan matanya, Kefli amat mengambil berat tentang Qistina, menjaga keselamatan Qistina. Tetapi mengapa Kefli seolah tidak bersetuju dengan rancangan untuk menyatukan mereka.
“Aunty, Qis balik dulu la. Dah lewat ni. Nanti Qis datang lagi.” Qistina bingkas bangun. Bajunya yang sudah senget diperbetulkan. “Kalau Kif dah balik, suruh dia call Qis ye Aunty?” Lantas tangan Puan Kamisya disalam dan pipi tua itu diciumnya.
“Baiklah. Nanti Aunty suruh Kif call.” Puan Kamisya menghantar Qistina hingga muka pintu. “Kirim salam kat mama papa Qis ye.”
Qistina mengangguk lantas hilang ke dalam perut kereta. “Hello. Alan.Where are you?” Dalam kereta Qistina menghubungi Alan.

Hari itu mereka bergerak ke Kuala Lumpur. Surihani akan bekerja dengan Kefli di restorannya nanti manakala Firas akan didaftarkan ke tadika dan dihantar ke pusat jagaan kanak – kanak sementara Surihani sedang berkerja. Perjalanan dari Cameron Highland ke Kuala Lumpur tidak memakan masa yang lama. Petang itu juga mereka sampai di Kuala Lumpur. Tetapi mereka tidak terus ke restoran sebaliknya menuju ke kawasan perumahan teres setingkat.
“Kita ke mana ni abang? Cakap nak ke restoran abang?”
“Abang nak tunjukkan sesuatu pada Suri.” Kereta diparkirkan di hadapan pagar rumah. “Ok, dah sampai.” Melebar senyuman Kefli melihat Surihani yang dalam kebingungan. Firas hanya menjadi pemerhati. Tidak mengerti dengan situasi tersebut.
“Rumah saper ni abang? Famili abang ker?” Telah Surihani. Dadanya berdengup kencang. Masakan Kefli membawanya berjumpa dengan keluarga mertuanya sedangkan Kefli telah memintanya agar merahsiakan perkahwinan mereka. Bimbang keluarganya tidak boleh menerima perkahwinan mereka yang mengejut itu. Itu alasan Kefli pada malam mereka diijab kabul. Surihani pula hanya akur dengan kehendak Kefli.
“Ini hadiah perkahwinan abang buat Suri. Rumah ni abang beli tahun lepas untuk buat sewa. Tapi sampai sekarang tak ada penyewa, jadi abang hadiahkan pada isteri abang nih?” Lantas tangan Surihani ditarik untuk masuk ke dalam rumah. “Jom Firas.”
Anak kecil itu membontoti dari belakang. Hilang segala debaran di hati Surihani. Telahannya sama sekali meleset.
“Betul ke ni abang?” Ungkap Surihani tidak percaya.
“Betul.. Abang tak sempat beli cincin kahwin kita lagi, jadi ini hadiah ganti abang buat Suri untuk sementara waktu ini.”
Pinggang Kefli dipaut kejap. “Terima kasih abang.Abang baik sangat dengan Suri.”
“Suri kan isteri abang.” Lantas ubun – ubun Surihani dicium seketika. Kemudian mereka bertiga membolos masuk ke dalam rumah tersebut.

Monday, May 23, 2011

Warkah dari bonda

Ke hadapan anakanda yang ku kasihi,
Semasa anakanda baca warkah ini,tentu anakanda sudah boleh membaca dan memahami.Bonda sangat gembira dengan kejayaan anakanda sekarang ini.Lapang hati bonda dengan kejayaan anakanda.Mungkin jua anakanda sudah membesar menjadi seorang gadis yang cantik dan solehah.Sayangnya bonda tidak dapat melihat anakanda membesar di depan mata bonda.
Pertama sekali bonda memohon maaf kerana anakanda tidak dapat mengenali bonda.Maafkan bonda,kerana bukan air susu bonda yang mengalir dalam tubuh anakanda.Maafkan bonda kerana bukan tangan bonda yang menukar lampin anakanda.Maafkan bonda kerana bukan bonda yang memujuk anakanda dikala kesedihan,tidak bersama dikala anakanda kegembiraan.

Anakanda yang ku kasihi,
Bonda tahu semestinya anakanda marahkan bonda.Marahkan bonda mengapa bonda meninggalkan anakanda semasa anakanda masih merah lagi.Masih memerlukan susu badan seorang ibu.Tapi bonda tidak layak menjadi seorang ibu yang baik buat anakanda.

Belum habis pembacaannya,dia merenyuk surat itu sekuat hati lalu di lempar ke hadapan.Hiba hatinya tika ini.Laju air matanya turun pipi.Tidak tertahan sebak didada.Kemarahan,kesedihan,kesangsian menjadi satu.
“Sabar kakak.Baca la semua dulu.Baru kakak paham.Ibu tau,kakak sedih.Tapi inilah hakikat yang kakak perlu tahu,”pujuk sang ibu.Hatinya luruh melihat anak yang dia bela sedari masih merah,tali pusat belum tertanggal,menangis kehibaan.Hati keibuannya tersentuh mendengar tangisan anak yang dua puluh lima tahun lepas di jumpai di hadapan rumah dalam kesejukan.
“Mengapa ibu?mengapa nasib kakak begini.Setelah abang tahu siapa kakak sebenar,mengapa dia tinggalkan kakak?Apa dosa kakak?Mengapa dosa orang lain,kakak kena tanggung?”Dia merintih kehibaan.Mengenangkan nasibnya yang di tinggalkan tunang membuatkannya tidak cukup kuat untuk menerima siapa dirinya sebenarnya.Cemuhan masyarakat sekeliling mula terngiang -ngiang di telinga.
“Kau anak haram!Kau anak haram!Kau anak haram!Kau anak haram!Kau anak haram!”
Dia menekup telinganya.Tangisannya makin meninggi.Lantas tubuhnya di peluk sang ibu.Sang ayah yang menjadi pemerhati sedari tadi , memejam mata seketika.Tidak sanggup melihat anak yang di tatangnya dari kecil itu menangis.Ya,dia lah satu – satunya anak yang mereka ada walaupun dia bukan dari darah daging mereka sediri.Tetapi kasih sayang sesama manusia tidak akan putus.Dia di asuh dengan penuh didikan agama dan kasih sayang agar kisah lama tidak terulang.
“Siapa pun kakak,ayah dan ibu tetap sayangkan kakak.Allah pun sayangkan kakak.Sebab itu,kakak berpeluang melihat dunia ini.Jangan lah bersedih wahai anakku.Sesungguhnya,Allah itu sentiasa dekat dengan kakak sebab itu kakak di uji sebegini.Cinta sesama manusia tak kekal.Cinta dengan Ya Rabbi kekal anakku”Akhirnya sang ayah bersuara.Hatinya juga bergetar melihat kesedihan anaknya itu.
Dia panggung wajahnya merenung wajah sang ayah.Kata – kata ayahnya sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidupnya.Namun air matanya tetap tidak kering.Berita sang kekasih memutuskan tali pertunangan mereka benar – benar merentap hatinya.Ternyata kejujuran yang mahu disisip dalam hubungan mereka sebelum bergelar sepasang suami isteri,memberinya seribu kedukaan.Dengan pemberian surat oleh ibunya umpama mencurah cuka ke atas luka yang sedia ditanggung.
“Ibu,ayah tinggal kakak sebentar.Kakak mahu bersendirian.Mohon sedikit ruang dari ibu dan ayah.”
Mahu tak mahu kedua – dua orang tuanya beredar dari kamarnya.Pintu bilik di kunci.Dia benar – benar mahu sendirian kala ini.Terduduk dia di atas lantai setelah pintu di kunci.Air matanya laju membasahi pipi.Matanya yang makin membengkak tidak dihiraunya.Tiba – tiba matanya terpana di atas meja tulisnya.Senaskah Al – Quran bagaikan berlegar – legar di ruang penglihatan nya.Bagaikan orang di sorong bantal,dia bingkas menuju ke bilik air.Wuduk membasahi anggota tubuhnya.Ternyata sedikit ketenangan menyelinap ke ruang hatinya.Lantas solat sunat di kerjakan.Mohon ketenangan dari Allah SWT di akhir solatnya,membuatkan hati nya dan akalnya dapat berfikir waras.Lama dia berteleku di atas sejadah dengan lidahnya tidak henti – henti berwirid.Cuba menyingkirkan kesedihan yang bersarang dalam hati.

Anankandaku,
Janganlah anakanda mencontohi bonda.Hidup bonda penuh dengan noda-noda hitam dan dosa.Bonda adalah seorang isteri yang di lacurkan oleh suaminya sendiri.Janganlah anakanda salahkan ayahanda kerana melacurkan bonda.Dia juga manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan.
Bonda tiada tempat bergantung sayangku.Oleh itu bonda serahkan anakanda pada yang mampu memberikan anakanda kehidupan yang lebih baik.Apa yang bonda inginkan anakanda membesar dengan didikan agama dan kasih sayang yang cukup.Janganlah anakanda marahkan bonda kerana bonda enggan membesarkan anakanda.Semuanya sebab bonda terlalu sayangkan anakanada.Bonda tak mahu anakanda menjadi mangsa ayahanda anakanda sendiri.Biarlah bonda yang bergadai maruah demi hidup anakanda.Itu tanda bonda teramat sayangkan anakanda.
Tentu anakanda berfikir tergamaknya bonda membuang anakanda.Adakah anakanda tahu hati bonda?Betapa luruh hati bonda untuk meninggalkan anakanda yang bonda kandung selama sembilan bulan empat hari.Tetapi bonda terpaksa demi kehidupan anakanda.Bonda takkan izinkan tangan kotor yang menyentuh anakanda.Bagi bonda anakanda begitu suci untuk bergelumang dengan kehidupan bonda yang penuh noda ini sayang.Menitis air mata bonda meninggalkan anakanda di depan rumah keluarga anakanda sekarang.Bonda tahu keluarga anakanda sekarang mampu memberi kehidupan yang lebih baik buat anakanda.Bonda juga tahu mereka orang yang baik-baik.Sekali lagi memohon seribu kemaafan dari anakanda.

Pembacaannya terhenti seketika.Dia menarik nafas dalam-dalam.Potret ke dua orang tuanya yang tergantung di dinding,di pandangnya dalam – dalam.Benar,ayah dan ibu memberinya sebuah kehidupan seperti orang lain.Dia dapat belajar sehinggalah kini dia pemegang ijazah dalam perguruan dan dia juga mendapat didikan agama yang teguh.Cara hidup islam yang ditekan oleh ibubapanya sebagai amalan hidupnya mula membuatkan hatinya terbuka untuk menerima takdir hidupnya.

Anakandaku yang bonda sayangi,
Janganlah anakanda berfikir bonda tidak pernah berfikir tentang anakanda.Ingatan bonda pada anakanda sangat kuat.Setiap tiba tarikh kelahiran anakanda,pasti bonda menyambutnya.Bonda akan buatkan kek untuk anakanda.Bonda menyambutnya sendirian tetapi bonda menganggap anakanda sentiasa berada dengan bonda.Setiap tahun juga bonda akan belikan hadiah untuk anakanda.Tapi apakan daya,bonda tak berpeluang memberikannya pada anakanda.Semua hadiah itu berada baik dalam simpanan bonda.Setiap hari jika bonda rindukan anakanda,hadiah-hadiah itulah yang menjadi pengubat rindu bonda.Mujur jua bonda mempunyai sekeping gambar anakanda.Ketika itu anakanda baru berusia sehari.Bonda mohon pertolongan seorang jururawat untuk mengambil gambar anakanda kerana bonda tahu itulah sekeping gambar yang akan menjadi simpanan bonda sampai bila-bila.Tetapi bonda ada tinggalkan rantai bersama anakanda.Bonda harap sangat sekiranya rantai itu anakanda pakai hingga sekarang.Maafkan bonda,bonda tidak mampu belikan anakanda yang mahal-mahal.Hanya itu sahaja yang bonda mampu berikan.

Airmatanya jatuh lagi.Hatinya bertambah sebak.Rantai yang berada di lehernya kini di sentuhnya.Patutlah selama ini dia berasa berat hati untuk menanggalkannya.Fikirnya itu adalah pemberian kedua orang tuanya kini.Rupanya itu adalah tanda ingatan oleh bonda kandungnya.

Anakandaku,
Bonda berasal dari keluarga miskin.Bonda juga membesar seperti gadis-gadis yang lain.Sayangnya keluarga bonda begitu longgar dengan hal-hal agama.Bonda bergaul dengan lelaki tanpa batasan dan dari kecil bonda sudah belajar bagaimana mahu cari duit.Sejak berumur empatbelas tahun bonda sudah berkerja.Bonda berniaga kecil – kecilan bersama rakan bonda di pasar malam.Kami berniaga kerepok lekor dan macam – macam lagi makanan ringan.Ramai juga orang bonda kenal.Dan waktu ini bonda cukup gembira kerana dapat pegang duit sendiri.Dapatlah bonda bantu keluarga bonda.Untuk pengetahuan anakanda,bonda cuma ada seorang adik.Bonda cukup sayangkan adik bonda.Seluruh hidup bonda,bonda korbankan untuk adik bonda.Bonda tak mahu adik bonda juga tidak sekolah seperti bonda.Bonda mahu adik bonda berjaya macam anakanda.Bonda juga mahukan anakanda hidup lebih sempurna dari bonda.
Siang malam bonda cari duit demi menyara adik bonda selepas datuk dan nenda meninggalkan kami semasa bonda berusia limabelas tahun dan adik bonda berusia duabelas tahun.Kami hidup sebatang kara.Bonda juga tiada saudara mara yang lain.Jadi bonda menjadi ketua keluarga dalam usia yang muda.
Ketika ini hanyalah adik bonda yang menjadi pembakar semangat bonda.Bonda gigih mencari rezeki demi adik bonda.Syukur,bonda juga berjaya menghantar adik bonda hingga ke menara gading.Bonda benar-benar puas melihat adik bonda ketika berjaya menghadiahkan bonda segulung ijazah.Bagi bonda,kebahagian adik bonda adalah kebahagian bonda jua.

Sayangku,
Dalam masa yang sama,bonda juga telah berkenalan dengan seorang jejeaka.Bagi bonda dia cukup tampan dan baik.Sangat-sangat mengambil berat tentang bonda.Lama juga jejaka itu menanti balasan cinta bonda kerana bonda mahukan adik bonda berkahwin dahulu sebelum bonda.Bonda mahu adik bonda mendapat seorang lelaki yang mampu menjaga adik bonda.Ternyata doa bonda termakbul.Adik bonda berkahwin dengan seorang jejaka yang cukup budiman dan ilmu agama juga penuh di dada.Tika itu,bonda rasa kalu bonda pergi dari dunia ini,hati bonda senang dan lapang.
Tidak lama selepas itu,bonda telah berkahwin dengan pemuda yang sanggup menunggu bonda bertahun-tahun lamanya.Kami hanya melakukan kenduri doa selamat sahaja selepas kami diijab kabulkan.Maklum lah,suami bonda bukan seorang yang berada.Kami hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam.Tika ini,hidup bonda cukup bahagia.Tetapi bonda sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Disebabkan ayahanda sudah tidak tahan dengan hidup susah,ayahanda berhutang dengan ceti haram.Dia juga terlibat dengan judi dan najis dadah.Pernah satu ketika itu,ceti haram itu mencari ayahanda hingga ke rumah sewa kami tetapi ayahanda tiada waktu itu.Mujur ceti haram itu tidak mengapa-ngapakan bonda.Cuma rumah sewa kami di sembur cat sebagai amaran untuk ayahanda melunaskan hutang piutang.Masa itu bonda tengah mengandungkan anakanda.Kandungan bonda waktu itu baru berusia tiga bulan.Bonda benar-benar takut keselamatan anakanda dalam kandungan bonda.Tetapi Alhamdullilah,Allah lindungi anakanda dari kecelakaan.
Selang beberapa hari,ceti haram itu datang lagi ke rumah sewa kami.Waktu ini juga ayahanda tiada di rumah.Bonda di bawa ke satu tempat.Bonda hanya menurut kerana bonda risaukan kandungan bonda.Rupanya,bonda menjadi galang ganti bagi hutang piutang ayahanda.Di sana,bonda jumpa ayahanda.Teruk ayahanda di belasah.Luruh hati bonda melihat ayahanda yang lemah terbaring di atas lantai.Bonda menangis semahu-mahunya dihadapan ayahanda.Namun ayahanda tidak dapat berbuat apa-apa dan ayahanda dibunuh di depan mata bonda.Perit sungguh dugaan yang bonda terima tika itu anakanda.Bonda kehilangan suami yang bonda sayangi.Sekali gus,bonda menjadi pelacur bagi menebus hutang-hutang ayahanda.Bonda dijual kepada bapa ayam yang cukup terkenal dikota raya.Disana bermula hidup bonda sebagai pelacur dilorong hitam.

Airmatanya lebat menuruni pipi.Kasihnya mula tertumpah pada bondanya.Cukup menderita hidup bonda.Maafkan anakanda bonda kerana anakanda tak dapat membela nasib bonda.Kini,barulah anakada faham betapa besarnya pergorbanan bonda terhadap anakanda.
Pintu bilik dikuak lantas dia menerpa ke arah ibunya yang berada di ruang tamu bersama ayahnya.
“Ibu,mana bonda sekarang?Ibu kenal dengan bonda?Kakak nak jumpa dengan bonda ibu..”Rintihnya dalam dakapan sang ibu.Belakangnya diusap lembut oleh sang ibu.Mata sang ibu bertaut dengan mata sang ayah.Memohon kekuatan untuk menceritakan hal sebenar pada anak yang mereka cintai.
“Kakak dah baca seluruh surat tuh sayang?”.Lemah suara sang ibu menahan getar dihati.Airmatanya mula bertakung ditubing mata.
Dia menggeleng lalu surat yang masih berada di tangannya,dibaca semula.Airmatanya juga tidak henti – henti mengalir ke pipi.

Anakandaku yang bonda kasihi,
Hampir enam bulan lebih bonda menderita menjadi pelacur di lorong hitam sehingga bonda berjaya melarikan diri.Mujur bonda dapat melahirkan anakanda dan bonda berpeluang melihat anakanda lahir di dunia ini.Anakandalah satu-satunya zuriat bonda bersama ayahanda.Wajah anakanda saling tak tumpah seperti wajah arwah ayahanda.Di saat itu,bonda benar-benar rindukan ayahanda.Tapi,Allah lebih sayangkan dia.Allah ambil ayahanda dahulu sebelum bonda.Tetapi bonda juga redha dengan ketentuan Allah.
Berat juga bonda mengambil keputusan untuk meninggalkan anakanda pada orang lain.Tetapi bonda tahu,bonda tak mampu menyediakan kehidupan yang baik untuk anakanda.Jadi bonda nekad serahkan anakanda pada orang lain dan bonda yakin mereka telah didik anakanda dengan baik sekali.Jika tidak,sekarang ini tentu surat ini tidak akan sampai pada anakanda.
Tentu anakanda tertanya-tanya bukan?Di mana adik bonda?Mengapa dia tidak bantu bonda dikala bonda dalam kesedihan?Adik bonda sentiasa ada dalam hati bonda.Bonda tidak mahu menyusahkan adik bonda dengan masalah-masalah bonda.Adik bonda juga telah berkeluarga.Tapi sayangnya,lama mereka kahwin,mereka tidak memperolehi zuriat.Jadi bonda mengambil keputusan untuk serahkan anakanda pada adik bonda.Ya,adik bonda lah yang menjaga anakanda hingga sekarang.Bonda telah bebankan dia dengan menjaga anak bonda.

Surat ditangannya terlepas.Wajah ibu dan ayahnya dipandang silih berganti.
“Ibu,benarkah ibu adik bonda?”
Sang ibu mengangguk.Empangan air mataya sudah tidak mampu ditahan.
“Jadi dimana bonda,ibu..ayah?”
Tanggisan sang ibu bertambah tinggi hinggakan sang ayah terpaksa memeluk sang ibu bagi meredakan kesedihan yang ditanggung oleh sang ibu.
“Dah lama bonda meninggalkan kita sayang.”Tergamam dia mendengarnya. “Bonda pergi mana ibu?”Ada sendu dalam nada suaranya.
“Dia pergi mengadap Illahi sayang.”Sedaya upaya sang ibu meluahkannya. “Selepas beberapa tahun bonda tinggalkan kakak pada ibu,bonda berjaya jejaki bonda.Sayangnya ketika itu,bonda menderita penyakit AIDS.Tak sampai beberapa bulan ibu bertemu kembali dengan orang yang ibu sayang,dia pergi meninggalkan ibu.Ibu tak sempat membalas jasanya pada ibu.”
Suasana menjadi semakin hening dengan tangisan dua beranak itu.Sang ayah juga tidak dapat menahan sebak.Pecah jua empangan airmatanya.Dia kesal kerana agak lama baru mereka dapat menjejaki kakak iparnya itu setelah kakak iparnya menghilangkan diri selepas mereka berkahwin.Sangkanya,kakak iparnya hidup bahagia dengan suaminya.Tetapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Anakandaku,
Bonda bersyukur sangat kerana pada usia anakanda lima tahun,bonda berpeluang berjumpa dengan anakanda.Bonda dapat menyentuh dan mencium anakanda sebelum bonda menutup mata buat selamanya.Bonda sedar hidup bonda sudah tidak lama.Jadi bonda mengambil kesempatan di saat akhir-akhir nyawa bonda untuk menulis warkah ini buat anakanda.Hanya inilah harta peninggalan bonda buat anakanda.Bonda bersyukur sangat pada Illahi kerana bonda berpeluang berjumpa dengan anakanda walaupun ketika itu anakanda masih tidak mengerti apa-apa pun.Walaupun sebentar sahaja bonda dapat bersama dengan anakanda, tetapi detik itu yang paling terindah buat bonda.Bonda juga berterima kasih sangat pada adik bonda kerana sudi menjaga anakanda sehingga sekarang.Bonda tahu hasil didikan adik bonda dan suaminya,anakanda mejadi seorang anak yang baik dan solehah.Bonda tidak henti-henti melafazkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana hidup anakanda terbela.Sekali lagi bonda mohon kemaafan dari anakanda kerana tidak menjaga anakanda dari kecil.Bonda amat menyintai anakanda.Jadilah anak yang taat dan solehah.Janganlah anakanda bersedih lagi kerana saat anakanda menmbaca warkah ini,bonda sudah tiada lagi dalam dunia ini.Hanya satu yang bonda pinta,maafkanlah bonda.
Salam sayang dari bonda,
Nuriz .

“Nurul Iman Nasuha,maafkan abang.Terimalah abang kembali dalam hidup sayang.”Suara itu menyentakkan tiga beranak yang masih berpelukan. “Abang dah tahu segalanya dan abang baru sahaja pulang menziarah kubur bonda.”
Dia menyeka airmatanya.Wajah bekas tunangnya di renung dalam – dalam.Seakan tidak percaya dengan apa yang di dengari tadi.
“Maafkan abang.Terima lah abang kembali sayang.Bersaksikan Allah serta ibu dan ayah,abang melamar Nurul Iman Nasuha menjadi isteri abang.”

Sunday, May 1, 2011

Bab 9 | Novel Suri Hati Kefli

“Assalamualaikum.” Ketukan demi ketukan pada muka pintu menerjah ke telinga Kefli. Terpisat – pisat Kefli bangun daripada baringannya. Terasa sengal satu badan kerana terlelap di atas sofa. Pandangan mata dipusatkan pada jam dinding. Baru jam 5 pagi. Saper pulak nih?
Ketukan makin bertalu – talu lalu langkah kakinya dipercepatkan. Lantas tombol pintu dipulasnya. Kelihatan empat orang berserban dan berkopiah di hadapannya kini.
“Kami dari Jabatan Agama Islam.” Mata Kefli terbelalak. Segera ingatannya tertumpu pada Surihani yang sedang tidur di bilik bersama Firas. Alamak......
Kini mereka telah sah bergelar suami isteri. Sedikit majlis kecil – kecilan diadakan. Orang kampung tetap dijemput walaupun malu kerana kesalahan yang mereka lakukan. Tinggal sebumbung tanpa ikatan yang sah. Walaupun Surihani tidak pernah diusiknya atau perkara yang tidak senonoh dilakukan, tetapi ternyata memang mereka bersalah. Tinggal sebumbung dan bukan muhrim. Dia akui dia silap. Kalau malam itu dia tidak balik tentu semua ini takkan terjadi. Tetapi kalau dia tak balik juga malam itu, tentu saja Surihani takkan menjadi isterinya yang sah kini. Senang.. Tak perlu luahkan isi hati, keluar bujet banyak, kini Surihani sah miliknya. Walaupun pahit tetapi manis tetap ada bila dikenangkan Surihani adalah isterinya kini. Kelibat Surihani yang sedang sibuk melayan tetamu, di renungnya lama. Manis sekali Surihani dalam baju kurung warna putih sedondon dengannya. Firas pula sibuk bermain – main dengan anak kampung. Demamnya telah kebah. Firas.. kalau bukan sebab kau, kakak kau takkan jadi milik aku. Bibirnya tersenyum.
“Amboi, lama renung bini.” Siku Pak Mud, jiran rumahnya. Bibirnya tersenyum – senyum mengena Kefli.
“Mesti la Pak Mud. Dah sah jadi bini saya pun.”
“Sabar la. Tunggu malam karang,” giat Pak Mud. “Kau nak petua ker? Pak Mud ada banyak kalau kau nak.”
Tergelak Kefli di buatnya. “Betul ke Pak Mud? Apa petuanya?”.
“Jom kita pergi jauh sikit daripada orang ramai.” Kedua – duanya galak ketawa.
Keriuhan gelak tawa Kefli dengan Pak Mud menarik perhatian Surihani. Dari jauh dia memerhati gelagat mereka. Entah apa yang menggembirakan Kefli. Patutnya Kefli bersedih kerana terpaksa berkahwin tapi terbalik pula jadinya. Dari pagi tadi, roman wajah Kefli nampak gembira. Bagaikan orang yang sedang dilamun cinta. Lain pula pada dirinya. Dari semalam dia tak dapat tidur. Selepas kes tangkap basah beberapa hari yang lepas, membuatkan hatinya tak tenang dan keputusan Kefli untuk mengahwininya amat mengejutkannya. Dalam terpaksa dia bersetuju. Dia sedar dirinya untuk digandingkan dengan Kefli. Ternyata dia berasa amat rendah diri dengan Kefli. Kefli umpama malaikat, suci bersih sedangkan dirinya kotor dengan noda – noda hitam. Tetapi pagi tadi setelah dia mendengar lafaz akad nikah oleh Kefli, berwalikan hakim, membuatkan dia akui kini dia adalah isteri kepada Kefli sekali gus akan mengabdikan dirinya terhadap Kefli. Dalam masa yang sama dia bersyukur kini dia sudah punya tempat bergantung. Walaupun mereka berkahwin kerana ditangkap basah, tetapi dalam hatinya terbit rasa bahagia dan bersyukur. Bersyukur kerana bersuamikan Kefli. Dia yakin Kefli adalah jodohnya. Sekurang – kurangnya pakciknya takkan dapat menganggu hidupnya dan Firas lagi.

Surihani duduk di hadapan meja solek. Rambutnya yang panjang itu disikat rapi. Dia tahu dari tadi Kefli tajam nerenungnya. Namun tiada sepatah pun ayat yang terkeluar daripada mulut Kefli. Hanya renungan yang menjamah tubuhnya. Surihani tetap diam membatu di hadapan cermin. Diletaknya krim malam dan disapu sedikit bedak ke mukanya. Sengaja minyak wangi disembur ke lehernya.Bau wangian menerjah rongga hidung Kefli. Tetapi Kefli tetap diam membatu merenung dirinya.
Selesai merapikan diri di hadapan cermin dia mula bangun dan menapak ke muka pintu. Dia tidak betah dengan renung tajam Kefli. Dadanya berdebar kencang menahan perasaan yang galau dengan renungan Kefli. Belum sempat tubuhnya membolos keluar dari bilik, dia tergamam dengan pelukan dari belakang. Pintu ditutup semula oleh Kefli. Lehernya dicium Kefli seketika. Pelukan semakin kejap. Terdengar deruan nafas Kefli di telinganya serentak itu air liurnya ditelan. Debaran di dada bertambah kencang.
“Kau sengaja goda aku kan?”
Mata Surihani terpejam. Mulutnya terkunci untuk membalas telahan Kefli. Kini dia sudah mengadap di hadapan Kefli. Matanya masih terpejam. Malu untuk bertentang mata dengan Kefli.
“Walau siapapun kau, aku ikhlas kahwin dengan kau.” Mata Surihani terbuka. Terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Kefli. Hatinya mula berbunga – bunga bahagia.
“Aku tak kisah masa silam kau. Yang aku tahu adalah masa sekarang. Kau dah jadi isteri aku. Yang lepas, biarlah lepas.” Kali ini airmatanya tumpah. Terharu dengan kata – kata Kefli. Terima kasih Kefli. Kau dah bagi satu sinar harapan pada aku. Kata -kata itu hanya terluah dalam hatinya sahaja. Malu untuk menzahirkannya secara terang.
“Mulai sekarang abang akan jaga Suri dan Firas.” Surihani tersenyum. Mata Kefli direnungnya dalam - dalam mencari keikhlasan dalam kata – kata Kefli.
“Abang ikhlas mengahwini Suri.” Tangan Surihani dikucup lembut oleh Kefli.
“Terima kasih Kif..” Jari Kefli melekat di bibir Surihani.
“Abang,please...” Surihani tersenyum malu.
“Terima kasih abang.” Terasa janggal Surihani menyebutnya.
“Macam tuh la isteri abang.” Kefli membuahkan senyuman lagi. Lantas pipi Surihani dikucupnya mesra. Merona merah wajah Surihani menahan malu.
“Abang.. Suri mahu jelaskan sesuatu”
Mata mereka bertaut. “Sebenarnya Suri masih suci.” Kening Kefli bertaut.
“Suri tahu, mesti abang anggap Suri dah tak suci,” ada sendu di hujung bicara Surihani. “ Selama ni, pelanggan Suri tak pernah dapat kesucian Suri. Suri tidurkan mereka dengan ubat tidur melalui makanan yang Suri pesan.” Air mata Surihani tumpah lagi mengenangkan kisah lampau. Kisah saat dia dilacurkan oleh adik kepada arwah ibunya.
Tubuh Surihani dipeluknya erat. “Suri, abang tak kisah semua tuh. Abang ikhlas sayang. Dah,jangan cerita lagi. Abang tak nak Suri menangis lagi.”
Dan malam itu adalah malam bagi mereka. Ternyata keputusan Kefli untuk mengahwini Surihani adalah tepat walaupan perkahwinan itu akan dirahsiakan daripada orang tuanya. Rasa cintanya pada Surihani makin menebal. Takkan Surihani dibiarkan bersedih lagi. Dia tak mahu melihat wajah suram Surihani lagi. Yang dia pasti kini, dia mahu menbahagiakan Surihani.