Friday, September 14, 2012

Bab 22 (Bhgn 1) | Novel Suri Hati Kefli


 Seminggu Surihani berada di hospital. Hari ini dia sudah dibenarkan pulang. Namun Surihani masih bersedih. Tiada riak ceria menghiasi wajahnya. Berita keguguran membuatkan dia benar-benar sedih. Di tambah lagi memikirkan kisah silamnya. Dia benar-benar takut kalau ibu mertuanya tahu siapa dia dulu.
“Senyum sikit sayang. Kan manis kalau wajah isteri abang ni senyum. Sejuk hati abang,” ujar Kefli sambil menolak kerusi roda.
“Hari ni kan dah boleh balik. Abang nak bawa Suri tinggal bersama dengan mak sampai Suri habis pantang.”
Surihani tersentak.
“Perlu ke abang? Suri rasa tak perlu lah. Suri segan lah.”
“Ini permintaan mak abang. Nanti apa pulak kata mak abang. Please sayang... Jangan buat abang serba salah dengan mak. Lagipun mak nak kenal dengan menantu dia,” pujuk Kefli.
“Suri tak nak lah abang. Please.... Fiyas macam mana?”
Surihani menggunakan alasan Firas. Sebolehnya dia tak mahu tinggal bersama mertuanya. Dia tak nak bertembung dengan bapa mertuanya. Jika tidak semuanya akan hancur.
“Ini pun kamu... Tadi mak pergi ke wad. Kata nurse di sana, Suri dah boleh balik,” tegur Puan Kamisyah semasa terserempak dengan mereka di lobi.
“Eh, mak! Nasib baik terserempak dengan kami. Kalau tak sia-sia lah datang tadi.”
Segera Kefli bersalaman dengan ibunya. Seterusnya Surihani, diselit senyuman tawar.
“Suri cakaplah sendiri dengan mak,” bisik kefli di telinga Surihani.
Surihani menelan air liur. Masakan dia sanggup hampakan hati mertuanya. Namun dia tak nak duduk sebumbung dengan bapa mertuanya.
“Suri tinggal dengan mak sampai habis pantang ye?” soal Puan Kamisyah.
Mahu tak mahu Surihani terpaksa mengangguk setuju.
Kefli tersenyum-senyum. Dia tahu pasti Surihani akan turut cakap ibunya.
“Nanti mak jaga Suri macam anak mak sendiri. Suri kan menantu mak. Dapat lah mak berkenalan. Sampai hati Kif tak kenalkan Suri awal-awal dulu.”
Surihani membuah senyuman. Dia senang dengan penerimaan Puan Kamisyah. Serta merta fikiran terkenangkan arwah ibunya.
“Mak nak naik kereta dengan saper? Dengan Kif atau driver?” soal Kefli semasa tiba di bahu jalan. Dia mahu menyeberangi jalan untuk ke keretanya.
“Eh ye tak ye juga. Mak ikut kamu je la.”
Surihani bangun daripada kerusi roda.
“Eh tak payah bangun. Abang bawa kereta ke mari,” tegah Kefli sambil menahan bahu Surihani.
Surihani terduduk semula.
“Tak apa bang... Suri kuat dah ni. Suri lenguh duduk lama-lama,” ujar Surihani.
“Okay... tunggu sini ok. Abang ambil kereta sekejap.”
Kefli pantas menyeberang untuk ke tempat parkir.
“Mak ke kedai tu kejap ye,” ujar Puan Kamisyah lalu beredar pergi kedai berdekatan.
Surihani mengangguk lalu membuahkan senyuman kepada Puan Kamisyah.
Setelah bayang Puan Kamisyah hilang ke dalam kedai, Surihani bangun daripada kerusi roda. Dia berdiri ke tepi.
Disebabkan kerudi roda tersebut tidak berkunci, ia bergerak ke tengah jalan. Surihani perasan lalu cuba mengambil semula kerusi tersebut.
“Suri.. jangan!!!” teriak seorang lelaki menahan Surihani bila ternampak sebuah kereta sedang laju menghala ke arah Surihani.
Surihani panggung kepala melihat ke hadapan. Dia nampak ada sebuah kereta sedang laju menuju ke arahnya. Dia jadi panik seketika.
Nasib baik lelaki tersebut berada berdekatan. Sempat dia menarik Surihani ke tepi. Namun kereta terbabas melanggar dinding bangunan.
“Lain kali nak lintas pun, tengok dulu ada kereta ke tak.”
Ada nada marah dalam suara lelaki tersebut.
“Maaf.. Suri tak perasan, Alan.”
Alan menggeleng kepala lalu melepaskan lengan Surihani. Dia perasan betapa kencangnya jantung Surihani semasa dia memeluknya tadi.
“Awak buatkan saya takut.”
“Takutkan apa?”
Surihani kebinggungan.
“Takut kehilangan awak.”
Dalam kata-kata Alan sehingga menusuk ke dalam hati Surihani.
“Apa dah jadi? Suri okay ke?” soal Kefli sambil menarik Surihani ke dalam pelukannya. Dia perasan kejadian tadi. Jantungnya juga berdegup kencang.
“Suri okay,” balasnya sambil melonggarkan pelukan.
“Thanks Alan. Kalau ko tak ada tadi, entah apa akan terjadi.”
Kefli menepuk bahu Alan.
Alan sekadar tersenyum.
“Jom pergi tengok pemandu tadi. Entah-entah mabuk. Dalam kawasan hospital pun nak bawa laju-laju,” bebel Kefli. Gara-gara itu isterinya hampir terlanggar.
Mereka mendekati kereta tadi. Nampaknya kawasan tersebut sudah dipenuhi orang awam. Kelihatan seorang pekerja hospital cuba mengeluarkan pemandu tersebut. Nampaknya pemandu tersebut tidak sedarkan diri.
“Eh, Qis lah!”
Kefli dan Alan terkejut melihat pemandu tersebut adalah Qistina. Kefli serta merta menerpa tetapi dihalang oleh pekerja hospital.
Setelah dipakaikan cervical collar, diikat atas papan pembawa untuk mengurangkan pegerakan , Qistina di bawa ke dalam hospital.
Alan hanya memerhati sahaja Qistina dibawa masuk ke dalam. Dia sudah dapat mengagak Qistina akan bertindak di luar kawalan, jadi dia pergi ke hospital untuk memastikan keselamatan Surihani. Nasib Surihani baik Alan muncul tepat pada waktunya. Namun nasib Qistina pula buruk. Dia tahu Qistina tengah mabuk semasa membawa keretanya kerana sebelum itu Qistina telah menelefonnya memberitahu niatnya untuk cuba mencederakan Surihani.

Friday, September 7, 2012

Bab 21 | Novel Suri Hati Kefli


 Suasana di wad ginekologi (sakit puan) terasa hening sahaja. Masing-masing diselubungi rasa sedih. Berita Surihani mengalami keguguran mengecewakan Kefli. Mujur Puan Kamisyah ada bersama untuk memberi sokongan.
“Sabar lah. Yang penting isteri Kif selamat. Mak belum sempat berkenalan lagi.”
Kefli tersenyum sambil melihat isterinya yang sedang tertidur akibat masih lali dengan bius.
Surihani baru sahaja selamat menjalani pembedahan. Sayangnya bayi yang dikandung sudah tidak bernyawa ketika sampai di hospital akibat pendarahan yang banyak.
“Biarlah isteri Kif rehat dulu. Jom kita ke kafe. Mak mahu penjelasan daripada Kif,” cadang Puan Kamisyah.
Kefli mengangguk setuju lalu beredar daripada wad tersebut.
Setiba di kafe hospital mereka mencari tempat yang agak tersembunyi.
“Macam mana Kif boleh berkahwin tanpa beritahu kami?”
Kefli menelan air liur. Terasa berat untuk beritahu cara mereka berkahwin. Mahu tak mahu dia terpaksa beritahu juga kerana dia sudah perkenalkan siapa Surihani.
“Kif kenal dia semasa Kif pergi ke Cameron Highland untuk tengok tapak restoran. Jadi Kif tinggal di villa kita. Di villa kita tu dekat dengan rumah Surihani. Dari sanalah kami berkenalan,” goreng Kefli. Sebolehnya dia tidak mahu beritahu Surihani telah dilacurkan oleh bapa saudaranya.
“Satu malam Suri dan adik dia bermalam di rumah Kif sebab bapa saudara dia outstation. Jadi Kif izinkan sebab adik Suri demam. Tak ada orang yang dapat tolong dia. Malam tu....”
“Malam tu apa?”
Hati Puan Kamisyah berdebar. Dia harap anak lelakinya belum sampai melampaui batas-batas agama.
“Kami kena tangkap basah.”
Puan Kamisya sudah dapat menganggak. Sedekit kecewa bertapuk di dalam hati.
“Mak jangan salah faham. Kami berdua tak buat apa-apa pun. Malam tu memang Kif mahu balik semula ke KL tapi Kif terlalu penat. Jadi Kif terpaksa bermalam di sana. Mak... Suri tu orang yang baik. Kami tak buat apa-apa yang melanggar batas agama. Cuma nasib kami kurang baik malam tu.”
Puan Kamisyah mendiamkan diri seketika. Lega sedikit hatinya mendengar penjelasan daripada anaknya.
“Kalau Kif tak bersalah mengapa mesti kahwin dengan Suri? Takkan tak kena soal siasat? Naik turun mahkamah?”
“Kif jatuh hati dengan Suri pada pandang pertama. Jadi Kif setuju untuk berkahwin dengan Suri selepas tu. Maafkan Kif sebab tak berbincang dengan mak dan ayah.”
Lantas Puan Kamisyah memegang tangan Kefli lembut.
“Tak apa lah Kif. Benda dah jadi. Sayangnya, mak tak dapat tengok Kif masa akad nikah. Apa kata bila Suri dah sihat, kita buat kenduri. Nanti apa pula kata jiran bila tengok Kif bawa Suri ke saan ke mari.”
Kefli tersenyum lantas mengangguk setuju.
“Kalau itu mak rasa yang terbaik, Kif ikutkan saja. Jadi ayah macam mana? Masa Qis bergaduh dengan Suri, ayah hilangkan diri. Dia pergi ke mana? Mesti dia marahkan Kif.”
“Entah. Mak pun hairan. Biarkan je la dia tuh. Yang penting, kenduri korang berdua mesti kena buat.”
Sebenarnya Puan Kamisyah sudah tawar hati dengan suaminya selama ini. Namun di sebabkan anak-anak,, dia teruskan juga perkahwinan mereka.
Bukan dia tidak tahu, suaminya sebenarnya hidung belang. Semua setiausahanya pernah diusing. Dia sendiri pernah nampak dengan batang hidungnya sendiri melihat suaminya masuk ke dalam sebuah hotel bersama seorang perempuan.
Acapkali mereka bergaduhkan isu tersebut. Namun Tuan Karim bijak bermain dengan kata-kata dan di sebabkan anak-anak Puan kamisyah teruskan juga bahtera yang hampir karam.
“Mak.. menungkan apa?” soal Kefli. Dia perasaan fikiran ibunya kerap kali melayang sejak beberapa tahun lalu. Dia cuba bertanya apa sebab yang membuatkan ibunya sebegitu, namun Puan Kamisyah seorang perahsia.
“Mak bayangkan keadaan Kif pakai baju kahwin nanti.”
Puan Kamisyah sengaja menyelitkan ketawa dalam bicaranya tadi. Dia tak mahu Kefli tahu keretakan rumahtangganya.
“Jom la mak. Kif nak temankan Suri. Mak mahu ikut atau mak nak balik dah?”
“Mak rasa mak balik dulu. Dah lewat malam ni.”
“Mari Kif hantarkan.”
“Tak payah. Mak balik dengan driver kita.”
Kefli mengangguk lalu menghantar ibunya sampai ke parking kereta.
...................................................................................................
“Perempuan tu memang nak kena bunuh dengan aku. Dasar perampas! Entah daripada muncul boleh berkahwin dengan Kif. Aku tahu, dia mesti perempuan kaki kikis. Kahwin dengan Kif sebabkan harta. Sumpah, aku akan bunuh dia!!!”
Kecil mata Qistina melepaskan kemarahan. Berkerut-kerut dahi dan kening.
Alan yang duduk di sebelah cuba memujuk Qistina.
“U dah hilang akal ke? Nak bunuh anak orang sesuka hati. U tahu ke apa U cakap ni? Tak takut ke tali gantung?”
Suasana kelab yang dingin dan hingar seolah sunyi dan panas bagi Qistina. Rentak lagu yang laju tidak mampu membuatkan dia menari mahupun bertenang.
“Memang I dah gila. Gilakan Kif. I tak sangka Kif akan buat I macam ni. I ingat dia cintakan I. Rupanya dia tipu I.Kenapa dia bagi harapan pada I kalau dia hanya anggap I ni adik saje? Kenapa dia setuju untuk bertunang dengan I dulu? Kenapa?”
Laju airmata mengalir di pipi. Berkecai seribu hatinya kala itu.
Alan memeluk Qistina sambil mengurut belakangnya.
“U sabar la... Kalau dah bukan jodoh U, nak buat macam mana lagi? U cari lah lelaki lain,” pujuk Alan.
Qistina melonggarkan pelukan.
“I cintakan Kefli. I cintakan dia seorang saja. U ingat cinta I ni murah? Senang-senang bagi pada orang lain? Dah lama tau I bercinta dengan dia. Alih-alih betina tak guna tu datang, rampas semua kebahagian I. Sekarang Kif mahu batalkan pertunangan kami.”
“Jangan lah gelarkan dia betina. Tak baik tuh. I faham perasaan U. I pun rasa apa yang U rasa sekarang.”
Qistina mengesat airmata.
“I pun cintakan Surihani. Namun dia isteri kawan baik I. Takkan I nak rampas Suri daripada Kif. Itu tak mungkin sebab I sayang ke dua-duanya.”
“Itu bukan cinta namanya. Itu bodoh. Sanggup U lepaskan perempuan tu. I takkan lepaskan Kif. Walau apapun, I tetap rampas Kif balik walaupun I terpaksa hapuskan Suri!” nekad Qistina lalu meneguk air coke. Hatinya sudah di rasuk dendam dan api kemarahan yang menyala-nyala.
“Qis! I takkan benarkan U bunuh Suri. Cuba bawa berisghtifar. Cuba jadi waras sekejap!” bentak Alan.
“U gila ke? Turun naik kelab malam ada hati nak suruh I berisghtifar? Apa U sudah ingat tuhan ke? Come on la... be realistic pelase... U sembahyang pun tidak!”
Qistina memulangkan paku buah keras.
“Suka hati U lah nak kata apa. Yang penting I masih ingat Tuhan. I tak nak jadi gila macam U!Kalau U cuba apa-apakan Suri, U tahu lah nasib U lepas tuh!”
Alan mula naik angin lalu dilempar gelas ke lantai.
“Wah... nampaknya perempuan tu ada penyokong.”
Qistina bertepuk tangan melihat ulah Alan.
“I cintakan Suri. Jadi U tak ada hak untuk bunuh dia. Selagi I ada, jangan harap U dapat buat sesuatu pada Suri. Gugur sehelai rambut dia, nahas kau aku kerjakan.”
Qistina bertambah berang apabila Alan mula memihak kepada Surihani. Marahnya menggelegak malah dendamnya kian dalam.
“Sampai hati U dan Kif buat I macam ni? Kita dah lama berkawan dan membesar bersama-sama. Tapi disebabkan perempuan tu, yang baru je kenal, you all tergamak sakitkan hati I. U pun sama macam Kif! I hate U!!!”
Tangisan Qistina memenuhi segenap ruang.
Alan menjadi gelabah.
“I mintak maaf Qis. I tak tahu apa I cakap pada U. Im so sorry.”
“Shut up!!! I will kill Suri!!!!” jerit Qistina lantas berlari meninggalkan Alan sendirian. Dia perlu bersendirian untuk meredakan kesedihan yang di alami.
Alan pula serba salah. Antara kawan baik dan wanita yang dicintainya. Dia bimbang Qistina mengapa-apakan Surihani. Dia tahu Qistina nampak sangat nekad dan sangat tertekan. Apa yang dia harus buat?
Alan mendail nombor telefon Kefli. Selang beberapa saat, talian disambut.
“Hello Kif.. Ko ada dengan Suri ke?”
“Yup.. Suri ada dengan aku. Kenapa?”
“Oh.... Jaga Suri baik-baik.”
“Suri sekrang di hospital. Dia keguguran.”
Bulat mata Alan.
“Keguguran? Suri mengandung ke?”
“Ye.. dah dua bulan dia mengandung. Tapi belum ada rezeki lagi. Dia keguguran petang tadi.”
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Suri cuba mengelak daripada kena serang oleh Qis. Lepas tu dia jatuh terduduk.”
Talian senyap seketika.
“Dia di wad mana? Esok aku pergi melawat.”
“Wad 8.”
“Kif.. jaga Suri baik-baik.”
“Ye.. aku tengah jaga dia le ni. Ko kenapa?”
Soalan tidak bersambut. Akhirnya Alan memutuskan talian. Dia bersadar dan memandang kosong.
Fikirannya kini memusat kepada Surihani. Dia benar-benar risau jika benar-benar Qistina mahu membunuh Surihani. Namun dia tidak percaya Qistina akan bertindak sedemikian.
Tapi kalau betul Qistina maksudkan, macam mana? Perlu ke aku bagitahu Kif? Kalau Qis sekadar mengancam sahaja macam mana? Aduss... pening kepala aku.
Alan bingkas bangun lalu beredar daripada kelab tersebut. Keseronokan berada di kelab tidak mengembirakan hatinya kini.
Kereta Honda Civi dipecut membelah kepekatan malam. Memandu entah ke mana.
Suri mengandung? Dia seperti tidak percaya malah hatinya terasa seperti disiat-siat.
Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan isteri kawan baik sendiri?
Makin dibuang, makin dekat bayang Surihani menghantuinya. Kenaifan Surihani memikat hati. Masakan dia boleh lupa wajah cantik seperti Surihani?
Arghhh............ kenapa mesti kau Kif? Kenapa kau selalu lebih daripada aku? Kenapa semua benda yang kau mahu, kau dapat? Kenapa cinta aku pun kau rampas? Kenapa mesti kau?
Alan menghentak stereng kereta melepaskan kekecewaan yang ditanggung.

Wednesday, September 5, 2012

Bab 20 | Novel Suri Hati Kefli


 “Sejak akhir-akhir ni Kif jarang balik rumah. Sibuk sangat ke di restoran dia tu? Sampai tak ada masa dengan keluarga?”
Tuan Karim membebel sambil menghirup kopi suam buatan Puan Kamisyah.
Puan Kamisyah seraya menjeling ke arah suaminya.
“Bapa borek anak rintik.. Like father like son... Mana tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi?”
“Amboi awak... semua pepatah awak keluar untuk perli saya. Cukup bagus saya cari masa untuk luangkan masa dengan awak. Kalau ikutkan kerja, hari minggu macam ni lebih baik saya terperap di pejabat. Habiskan kerja saya yang menimbun tuh”
Puan Kamisyah mencebik. Dia faham bernar dengan suaminya sendiri. Seorang yang kuat bekerja. Daripada awal mereka berkahwin sehingga sudah beranak pinak, suaminya gigih mengembangkan syarikat kayu balaknya.
“Sebab tu la Kif ikut jejak awak... Dia pun banyak kerja di restoran tu. Dengar kata dia nak buka lagi sebuah di Damansara.”
Tuan Karim mengangguk-angguk setuju.
“Itu barulah boleh di katakan bapa borek anak rintik Cik Puan Misya oii... Lelaki ni kena kuat bekerja. Kena cari nafkah untuk anak bini.”
“Tapi awaknya... Kalau sibuk sampai tak ada masa dengan saya ni buat apa? Lebih baik kita hidup sederhana saja. Tak payah bermewah bagai,” bantah Puan Kamisyah.
Dia masih ingat lagi kemanisan di awal alam rumahtangga. Setiap hari Tuan Karim akan meluang masa dengannya. Namun setelah syarikatnya bertambah maju, masa untuk anak bini seoalah tiada. Itu yang membuatkan Puan Kamisyah sedikt terkilan. Apa guna harta jika kasih sayang kurang.
“Kalau saya tak kerja kuat, ni baju jenama Jimmy Choo ni belum tentu awak dapat pakai tahu?” tempelak Tuan Karim.
Puan Kamisyah mencebik.
“Lagipun saya mesti buktikan pada arwah ayah awak saya pun boleh berjaya. Anak nelayan pun boleh kaya raya.”
“Jangan riak Tuan Karim oii.. Hari ni kita di atas, esok lusa belum tentu lagi kita di atas. Entah-entah jatuh terduduk.”
“Awak ni..... ada saja nak kondem saya. Apa saya buat tak kena di mata awak.”
Puan Kamisyah tersenyum kambing.
“Bukan saya kondem awak. Tapi saya mengingatkan awak saja. Kita ni dah tua. Sepatutnya awak lepaskan syarikat awak tu pada Kisya. Jom kita pergi meramaikan masjid pulak.”
“Kisya tu belajar lagi. Tahun depan baru habis Master. Macam mana saya nak lepaskan syarikat tuh,” hujah Tuan Karim.
“Ala... awak saja la pergi masjid tu. Wakilkan untuk saya. Berapa awak mahu untuk saya bagi sumbangan pada masjid. Awak cakap saja.”
Puan Kamisyah menarik muka. Alangkah bagusnya kalau Kisya, adik kefli, ada bersama dengannya. Boleh bagi tazkirah sikit pada bapanya ini. Ini tidak, umur makin meningkat, tapi gaya mengalahkan orang muda. Seluar mesti seluar jean, baju t-shirt polo. Minyak wangi jangan cakap. Wangi semerbak kalau keluar ke pejabat. Mungkin minyak wangi tu dilumurnya satu badan.
“Awak tu suami saya. Ketua keluarga. Tok imam saya. Kalau Tok Iman Hassan je duk jadi imam saya, lebih baik dia jadi suami saya.” bidas Puan Kamisyah.
“Amboi awak.... teringin nak berlaki baru ke? Sesedap mulut je bercakap.”
“Iye lah... ajak ke masjid tak nak. Apatah lagi nak berjemaah dengan saya di rumah. Kirim salam saja la.”
Keadaan bertambah tegang antara dua suami isteri tersebut. Namun di redakan dengan kehadiran Qistina yang bertandang ke rumah.
Puan Kamisyah menjemput Qistina masuk, lalu di peluk cium tubuh kecil Qistina.
“Hai, Uncle. Lama tak jumpa Uncle.”
Tangan Tuan Karim disalami Qistina.
“Uncle baru balik dari outstation. Alang-alang Qis dah datang rumah Uncle ni, jadi Uncle nak tanya la macam mana dengan persiapan?”
Qistina mengambil tempat berdepan dengan Tuan Karim.
Puan Kamisyah juga duduk di sebelah Qistina, mengadap Tuan Karim lalu dipersilakan Qistina menjamah minum petang.
“Baju dah siap, mak andam pun Qis dah booking, cathering dah booking, hantaran je belum lagi. Qis sebenarnya nak jumpa Kif tuk bincang hal hantaran ni la. Dah tiga hari Qis tak jumpa Kif lepas kenduri hari tu,” rengek Qistina. Mohon simpati daripada kedua bakal mertuanya.
“Itu la.. Uncle pun mencari dia. Mana dia pergi Cik Puan Kamisyah oi?”
Tuan Karim juga penasaran. Sejak dua tiga bulan ini, anak tunggal lelakinya itu jarang ada di rumah. Menurut isterinya, Kefli sibuk dengan hal restoran. Kalau dulu, sesibuk mana pun Kefli pasti meluangkan masa dengan ibunya.
“Entah la awak..... Sibuk katanya. Itu je la alasan anak teruna awak tu.”
“Sibuk? Selalu Qis pergi restoran dia tak ada pun. Alan aje yang handle restoran.”
Qistina kehairanan. Sibukkan apa?
“Assalammualaikum.......”
Semua menoleh ke arah suara yang memberi salam seraya menjawab salam.
“Ha... ini pun Kif... Panjang umur. Baru je kami sebut- sebut tentang Kif,” ujar Puan Kamisya.
Kefli berjalan menuju ke arah mereka sambil diikuti oleh Surihani.
“Mengumpat Kif ke? Patut lah dari tadi Kif asyik tersedak aje... Rupanya ada orang bergosip,” tembak Kefli lalu duduk di sebelah bapanya.
“Eh, Suri pun ada,” ulah Qistina seraya bangun lalu dipeluknya Surihani.
Surihani teragak-agak membalas pelukan Qistina.
Kefli yang melihat tersenyum sumbing. Dia faham perasaan isterinya kala itu.
“Kenalkan mak, ayah... Surihani.”
Kefli memperkenalkan Surihani kepada kedua orang tuanya.
Surihani menyalami Puan Kamisyah tetapi dia menunduk tatkala Tuan Karim memandangnya. Hatinya mula berdetak kencang. Dalam masa yang sama peluh mula merecik di dahi.
Tuan Karim terkejut dengan kehadiran Surihani ketika itu. Sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya. Dia sudah seperti cacing kepanasan.
“Mujur u balik sayang. Puas I cari U untuk bincangkan hal hantaran kita. Letih jari I telefon handphone U tapi tak berjawab,” rengek Qistina.
“Bagus juga U dan ayah ada di sini. Sebenarnya I ada sesuatu untuk beritahu dan bincang.”
Kefli berhenti seketika sebelum meneruskan percakapan. Satu nafas dalam ditariknya.
“Mak... Ayah.. Maafkan Kif sebab selama ni Kif merahsiakan sesuatu daripada mak dan ayah. Termasuk U Qistina. I betul-betul mintak maaf.”
Dahi Qistina berkerut.
Tuan Karim dan Puan Kamisyah memusatkan pandangan ke arah Kefli. Mereka juga binggung apa sebenarnya Kefli cuba beritahu.
Kefli bingkas bangun dan berdiri di sebelah Surihani lalu dipegangnya tangan Surihani.
Terbelalak mata Qistina melihat ulah Kefli.
Tuan Karim juga turut terkejut.
Ternyata Puan Kamisyah kelihatan tenang.
“Ini isteri Kefli. Kami dah berkahwin tiga bulan yang lepas.”
Qistina hampir pitam.
Tuan Karim lantas bangun meninggalkan mereka. Dia perlu melarikan diri seketika.
Puan Kamisya juga terkejut tetapi tetap boleh bertenang.
“Apa maksud Kif? Suri isteri Kif? Apa semua ni? Auntie?”
Raut wajah Qistina ternyata keruh.
“Tak guna. Selama ni I ingat U kawan I suri... tapi U perampas. U rampas kebahagian I. U memang perempuan jalang!!!”
Surihani hanya diam di sebelah Kefli lalu gengaman diperkemaskan.
“Ya.. benar. Ini isteri I yang sah. U tak ada hak untuk cakap macam tu pada isteri I!,” tegas Kefli.
“Maafkan Kif. Dulu Kif tak berani mahu berterus terang. Tapi bila keadaan semakin rumit, Kif terpaksa beritahu juga bahawa Kif dah berkahwin. Sebab itu Kif keberatan untuk bertunang dengan Qis dan Kif hanya anggap Qis sebagai adik saja.”
Mendengar kenyataan daripada Kefli, Qistina bingkas bangun lalu menerpa ke arah Suri. Belum sempat tangannya mendarat di pipi Surihani, tangan Kefli pantas menghalang.
“U jangan berani-berani sentuh dia, Qis!”
Puan Kamisyah pantas menarik tubuh Qistina daripada menahan Qistina bertindak dengan lebih jauh lalu ditenangkannya.
“Sabar Qis.. Bawa berbincang hal ni. Kita semua jom masuk ke dalam rumah. Kefli ceritakan apa sebenarnya berlaku.”
Puan Kamisyah cuba menjernihkan keadaaan. Namun Qistina tewas dengan emosi. Dia semakin meradang dan cuba menolak Surihani.
“Perempuan perampas!!!!!!”
Namun nasib tidak menyebelahi Surihani. Akibat mahu mengelak daripada serangan Qistina, dia terpijak dengan kain kurungnya lalu jatuh terduduk.
Dia cuba bangun namun terasa sangat senak di bahagian bawah perut. Dia perasan ada cecair panas mengalir di kakinya lalu di selak kain untuk melihat.
“Ya, Allah! Darah...” jerit Puan Kamisyah lalu membantu Surihani berdiri.
Qistina panik lalu melarikan diri. Kereta dipecutkan entah ke mana.
Kefli juga panik melihat darah di celah kaki Surihani.
“Cepat Kif, kita pergi ke hospital,” arah Puan Kamisyah memecahkan kebuntuan Kefli.
Kelam kabut Kefli mengendong Surihani manakala Puan Kamisyah memanggil pemandu di garaj.
Tidak lama kemudian mereka menuju ke hospital. Tak henti-henti Kefli berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Puas menahan airmata, akhirnya mengalir juga. Hatinya sedih sebab dia risaukan kandungannya.
Timbul rasa menyesal kerana tidak beritahu kepada Kefli sebenarnya dia sudah mengandung dua bulan. Dia hanya berserah kepada Allah. Berdoa agar kandungannya selamat.

Tuesday, September 4, 2012

Bab 19 |Novel Suri Hati Kefli


 Kefli meraup wajahnya berkali-kali. Terasa berselirat segala urat dalam kepala. Wajah Alan yang serius memandangnya kini amat memeningkan kepala.
Dia tahu, Alan pasti akan bertanya apakah hubungannya dengan Surihani. Namun dia tidak tergamak untuk berdiam diri lagi. Alan harus tahu siapa sebenarnya Surihani. Tetapi dalam masa yang sama dia bimbang Alan akan malu alah dengannya.
“Aku mahu tahu hal sebenarnya. Apa sebenarnya ko dan Suri sembunyikan? Kenapa korang boleh berdua-dua dalam bilik?”
Kefli melepaskan keluahan. Aku harus terangkan hal yang sebenarnya.
“Alan... ko kawan baik aku. Jadi aku mahu ko faham. Kenapa aku rahsiakan. Kenapa aku diamkan diri saja......”
Agak lama Kefli mengambil masa untuk berterus terang. Akhirnya....
“ Sebenarnya Surihani isteri aku.”
Alan tersentak. Terkejut bukan kepalang. Terasa darah menyerbu wajahnya.
“Suri isteri ko? Bila ko kahwin? Apsal tak jemput aku?
Alan menggeleng-geleng kepala tidak percaya.
“Kenapa ko buat aku macam ni? Kenapa kau tak berterus terang yang Suri isteri ko? Ko buat aku macam orang bodoh. Malunya aku dengan ko. Kalau aku tahu Suri isteri ko, aku takkan simpan perasaan aku pada dia.”
Alan merenung laman dengan pandangan kosong. Satu persatu kenangannya dengan Surihani kembali tertayang depan mata. Kecewa....
“Maafkan aku... Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak berterus terang dengan ko. Di tambah lagi dengan hal pertunangan aku dengan Qis buatkan aku bertambah binggung. Dan ko cakap ko sukakan Suri, jadi aku tak tau macam mana nak jernihkan keadaan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.”
“Aku yang patut mintak maaf dengan ko. Suri isteri ko. Aku tak patut menyimpan perasaan pada isteri ko. Sumpah... kalau aku tahu Suri isteri ko, aku takkan kacau Suri. Ko pun tahukan, kalau aku dah sukakan seseorang, aku akan berterus terang. Tapi aku tersilap. Rupanya Suri isteri ko.”
Kefli tersenyum sumbing. Hatinya lega bila melihat reaksi Alan. Mujur Alan tidak bertinju dengannya gara-gara seorang perempuan.
“Aku pun salah sembunyikan perkahwinan aku dengan Suri. Sebenarnya aku bersebab rahsiakan perkahwinan kami.”
“Sebab apa?”
“Kami kahwin sebab tangkap basah.”
Seperti menelan hempedu, Kefli berterus terang tentang cara dia dan Surihani berkahwin.
“Ko kena tangkap basah? Bila?”
Alan penasaran.
“Panjang ceritanya... Aku pun tak tahu di mana aku nak mulakan. Biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi ko jangan salah faham. Suri orang yang baik. Cuma nasib dia yang kurang baik.”
Alan tersneyum.
“Ya... Aku pun rasakan Suri orang baik sebab tu aku terpikat dengan dia.”
Alan tersengih.
Kefli menyiku perut Alan.
“Betul la apa aku cakap.. Dari mata dia pun aku tahu Suri orang baik.”
“Ko jangan lebih-lebih... Suri tu isteri aku.”
“Ai... cemburu nampak,” tempelak Alan.
“Dulu masa aku bawa Suri keluar tak ada pulak ko halang.”
“Itu dulu.. Aku nak jaga hati ko.. aku takut ko kecewa bila dapat tahu Suri isteri aku.”
“Banyak la ko.... Ko tak takut ke Suri jatuh hati pada aku? Almaklum la.. aku ni kan hensem. Hensem lagi daripada ko.”
Kefli menangkap kepala Alan lalu di lukunya.
“Tolong sikit.. Seluruh malaya tahu aku yang paling hensem daripada ko.. Sebab tu Suri jadi milik aku.”
Kefli tersenyum bangga.
“Jom...” sampuk Surihani di muka pintu, matikan bicara antara dua sahabat itu.
Firas berada di sebelah sambil menjinjit beg plastik berisi baju kotor.
“Okay lah.. Kali ni, aku ambil balik hak aku.”
Kefli berpelukan dengan Alan. Dia bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Selepas ini, dia perlu berterus terang pula dengan keluarganya. Dia nekad mahu batalkan pertunangannya dengan Qistina.
“Jaga Suri baik-baik. Jangan lukakan hati dia lagi,” pesan Alan sebelum Kefli laju memecut kereta meninggalkan rumahnya.
Dengan lemah Alan menapak masuk ke dalam rumah. Otaknya masih memikirkan Surihani dan Kefli. Terasa hatinya sakit seperti ditusuk sembilu.
“Bukan jodoh aku nampaknya.”
“Sabarlah.. Kalau dah jodoh tak ke mana... Banyak lagi bunga di luar sana,” celah Puan Intan yang muncul entah dari mana.
“Tapi takkan sama dengan bunga yang satu ni...”
Alan berlalu meninggalkan Puan Intan.
Puan Intan hanya mampu berdoa supaya Alan dapat merawat hatinya. Dia faham benar dengan Alan. Jika Alan sudah sukakan sesuatu, pasti dia akan berusaha mendapatkannya. Namun apakan daya, bunga yang diminatinya rupanya hak milik kawan baik sendiri. Puan Intan sendiri tidak pasti adakah Alan akan terus memburu Surihani.  

Saturday, September 1, 2012

Bab 18 | Novel Suri Hati Kefli


Suasana dalam rumah Alan, senyap..... Semua mata memandang ke arah Surihani. Menanti Surihani menceritakan apa sebenarnya berlaku sehingga membuatkan Surihani melarikan diri..
“Mama rasa kita perlu bagi masa pada Suri. Bukan buat Suri makin tertekan. Kalau dia mahu luahkan, luahkan.. Kalau tak, kita jangan masuk campur.”
Puan Intan cuba berdiplomasi. Dia perasan betapa keruhnya air muka Surihani.Seperti ada sebiji batu besar sedang menghempapnya kala ini.
Alan mengalah. Akhirnya dia keluar ke luar rumah bersama Kefli.
Kefli diam namun otaknya ligat memikirkan mengapa Surihani bertindak sedemikian,
“Aku risau. Apa sebenarnya masalah Suri?”
Alan seperti mengumam sendirian.
“Biarkan saja. Kita jangan masuk campur. Mesti ada sebab mengapa Suri enggan cerita.”
Alan melepaskan keluhan.
“Kalau betul Suri ada masalah, aku nak tolong. Aku sayang dia Kif...”
Kefli memejamkan mata menahan sakit di hati.
“Aku pun nak tolong dia juga.”
“Malam ni biar Suri tidur di rumah aku saja... Risau pulak nak tinggal dia sendirian.”
Alan lansung masuk ke dalam rumah semula.
Kefli membuntuti daripada belakang.
“Mama... malam ni, biar Suri tidur sini. Alan risau biar Suri sendirian di rumahnya.”
Puan Intan yang duduk bersama Surihani di ruang tamu mengiakan cadangan Alan.
“Betul tu Suri, malam ni, tido rumah makcik saja. Lagipun dah jauh malam nak balik ke rumah kamu.”
Surihani hanya mengangguk lantas tubuh adiknya, Fiyas dipeluk erat.
“Mak cik, saya pun nak tidur sini... Saya macam letih la nak drive balik rumah.”
Kefli bersuara. Sebenarnya dia ingin meneman Surihani. Kalau boleh malam ini juga dia mahu tahu apa masalah Surihani sebenarnya.

................................................................................................
Jam menunjukkan 2 pagi. Mata Kefli masih segar bugar. Otaknya ligat memikirkan Surihani. Dipusing ke kiri tidak kena, dipusing ke kanan pun tidak kena. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Surihani.
Langkah diatur dengan cermat. Bimbang kalau-kalau yang lain terbangun dan akhirnya kantoi dia berjumpa dengan Surihani. Lebih-lebih lagi dengan Alan. Kalau boleh dia tidak mahu Alan tahu rahsianya. Tunggu masa yang sesuai baru dia berterus terang.
Pintu di kuak dengan cermat. Kelihatan Surihani sedang baring membelakangkannya. Firas kemas dalam pelukan Surihani. Dia tersenyum sendirian.
“Sayang....”
Kefli berbisik di telinga Surihani sambil tangannya menekup mulut Surihani. Bimbang kalau-kalau Surihani menjerit.
Sepantas kilat Surihani membalikkan tubuh dan bingkas bangun tatkala melihat Kefli tersengih seperti kerang busuk di hadapannya.
“Sayang.. Abang tahu Suri masih marahkan abang. Maafkan abang. Please.... bagi abang peluang untuk jernihkan keadaan.”
“Abang tau tak sekarang ni pukul berapa? Suri mengantuk dan letih sangat ni. Jadi abang di persilakan keluar sebelum Suri jerit panggil semua orang.”
Pantas tangan Kefli menekup mulut Surihani sekali lagi.
“Jangan buat abang macam ni. Abang janji, abang akan batalkan pertunangan abang dengan Qistina. Abang akan kenalkan Suri kepada keluarga abang.”
Surihani menolak tangan Kefli dengan kasar.
“ Suri tak kisah abang nak bertunang ke kahwin ke dengan Qistina. Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat apa?”
Kefli kebinggungan. Orang lain bermatian tidak mahu bermadu, Surihani sanggup pulak?
“Ceraikan Suri!!!”
Seperti halilintar memecahkan gegendang telinga Kefli.
“Apa Suri dah gila? Abang takkan sesekali ceraikan Suri. Walau apa pun terjadi, abang takkan ceraikan Suri. Suri isteri abang. Atas alasan apa Suri mintak cerai? Kalau sebab abang akan bertunang dengan Qistina, abang sanggup batalkan.”
Surihani membuang pandangan ke tepi. Kolam airmatanya sudah pecah.
“Suri sudah tak sanggup hidup berahsia macam ni. Suri mohon pada abang, cerai kan Suri. Izinkan Suri mulakan hidup baru.”
“Tak mungkin dan tidak sama sekali. Abang takkan ceraikan Suri.”
Kefli terduduk mendengar permintaan Surihani. Hatinya terasa seperti disiat-siat.
“Bagi alasan munasabah pada abang, kenapa Suri mintak cerai?”
Surihani diam....
Kefli pun diam....
Masing-masing tenggelam dengan perasaan sendiri.
“Suri pelacur... keluarga abang takkan dapat terima Suri....” sayu suara Surihani.
Tiba-tiba cahaya lampu bilik menerangi.
“Kif... Suri? Apa korang buat ni?”
Alan terkejut melihat Kefli sedang memegang bahu Surihani.
Kefli dan Surihani sama-sama terkejut.
“Aku.... aku....”
Kefli tergagap. Dia buntu apa harus dijelaskan.
Surihani turut sama terbungkam.

Bab 17 | Novel Suri Hati Kefli


Semakin hari kemesraan antara Alan dan Surihani semakin terserlah. Semakin hari juga, hati Kefli semakin sakit. Namun kerana kasihnya pada Surihani, dia persetankan semuanya. Dia percaya Surihani melayan Alan hanya sebagai seorang sahabat.
Namun setelah seminggu keluar daripada hospital, Surihani tidak pernah bertegur sapa dengannya. Selama itu juga dia terpaksa bermalam di rumah keluarganya. Bukan kerana ego tetapi rasa bersalah terhadap Surihani.
“Sayang... Jauh termenung,” tegur Qistina di muka pintu pejabat Kefli. Langkah diatur merapati Kefli.
Kelfi tersenyum kelat. Eh, bila dia muncul ni? Suri nampak ker?
“Bila U sampai? I tak sedar pun.”
“Macam mana U nak sedar? Asyik termenung aje. Kalau dinding bilik ni boleh tembus, dah lama tembus U pandang.”
Qistina tertawa kecil. Tas tangan diletak di atas meja lalu melabuhkan punggung di kerusi mengadap Kefli.
“Malam ni mama dan papa ada buat makan-makan. U datang tak? Mak dan ayah U datang. I jemput Alan dan Suri sekali.”
Kefli mengerut dahinya. “U jemput Suri sekali? Kenapa U tak jemput semua pekerja I?”
“Suri kan teman istimewa Alan. So wajib I jemput Suri sekali. U kenapa? Tak boleh ke I jemput Suri?” soal Qistina kehairanan. Dahinya juga berkerut.
Kefli berdehem seketika.
“Boleh.. Tak ada salah U nak jemput saper-saper pun.”
“Okay lah.. I balik dulu. Malam nanti selepas Isya' datang rumah. I tunggu. Pakai baju warna pink ye sayang?”
Qistina bingkas bangun sambil membetul-betulkan pakaian.
Kefli menghantar Qistina ke muka pintu dengan pandangan mata sahaja. Dia kebungkaman seketika. Tidak lama selepas itu dia bingkas bangun menuju ke dapur restoran.
“Awak.. Ajar la betul-betul. Cukup ke adunan saya ni? Nanti kek saya tak jadi, saya denda awak.” Surihani tertawa kecil. Tangannya lincah mengawal mesin pemutar.
“Kalau awak ikut betul-betul resepi yang saya bagi, confirm kek awak menjadi punya. Cuba lah buat dulu.”
“Ini kali pertama Suri buat kek. Takut juga kalau tak menjadi.”
“Saya yakin menjadi punya kek awak. Awak kan cepat belajar.”
“Ehem....” Kefli berdehem. Geram juga hatinya melihat kemesraan mereka berdua sedari tadi.
“Kif...” ujar Alan sambil membuahkan senyuman. Suri buat-buat tidak perasaan dengan kehadiran Kefli di situ.
“Suri belajar buat kek. U nak join ke?”
“Tak.. Aku nak tanya aje. Qis ada jemput ko ke malam ni datang rumah dia?” soal Kefli sambil merapati Surihani yang sedang sibuk menyibukkan diri dengan adunan kek.
Surihani mematung diri bila Kefli berada di sebelahnya. Dia cuba melarikan diri namun cepat-cepat Kefli menangkap tangan Surihani. Langkahnya mati seketika.
“Apa pegang-pegang ni Encik Kefli?” soal Surihani tegas. Direntap tangannya daripada cengkaman Kefli. Kefli agak tersentap dengan tindakbalas Surihani. Alan pun turut sama terkejut dengan ketegangan antara mereka berdua.
“Kenapa ni Suri, Kif? Ada masalah ke?” Alan bersuara penasaran. Hatinya juga tertanya -tanya kenapa Kefli memegang tangan Surihani. Hatinya terdetik cemburu.
“Aku nak bercakap sekejap dengan Suri.”
Kefli merenung Surihani. Namun Surihani hanya menunduk. “Tak apalah... Aku keluar dulu. Sorry, aku kacau korang.”
Kefli bergegas keluar dari dapur dengan hati yang luluh. Sedih bila isteri sendiri menjauhkan diri daripadanya. Dia sedar dia bersalah kepada Surihani. Dengan itu dia berazam untuk membetulkan keadaan dan mengambil hati Surihani semula. Itu tekadnya walaupun terpaksa bersaing dengan sahabat baik sendiri.

…...................................................................
Suasana malam itu di rumah orang tua Qistina sangat meriah. Selesai sahaja bacaan doa selamat, Kefli mengambil angin di luar rumah. Duduk di buaian besi sendirian, meminggirkan diri daripada semua orang.
Angin malam lembut menyapa tubuhnya yang berbalut baju melayu biru lembut. Sinaran bulan menyimbah ke muka membuatkan hatinya tenang seketika.
“Jauh ko termenung..”
Alan menyapa daripada belakang sambil menyentuh lembut bahu Kefli.
Kefli berpaling lalu tersenyum dengan kehadiran Alan.
“Saja ambil angin luar.” Kelfi kembali hanyut dengan lautan perasaannya.
“Apa yang kau fikirkan?” Alan mulai kehairan dengan sikap Kefli yang semakin pendiam sejak Surihani jatuh sakit tempoh hari. Sebagai kawan lama, dia terpanggil untuk berkongsi segala suka duka Kefli.
Kefli masih mendiamkan diri. Macam mana aku mahu luahkan pada ko? Ini semua kerana Suri. Suri buatkan aku seperti pungguk rindukan bulan. Sekiranya aku beritahu ko, Suri itu isteri aku, adakah kau dapat menerima kenyataan itu? Adakah kerana seorang perempuan kita akan putus sahabat? Luahan itu hanya mampu terzahir dalam hati. Dia tidak sanggup melukakan hati Alan. Tapi hati Surihani juga perlu dijaga. Dia benar-benar dilema. Tersepit dengan hasrat keluarga dan isteri.
“Alan... Disini rupanya anak bertuah ni.” terjah Puan Intan. Puas dia mencari anak terunanya itu. Rupa-rupanya melepak di luar rumah bersama Kefli.
“Kenapa mama?”
“Alan nampak tak Suri? Tadi dia ada dengan mama. Lepas tu hilang pulak. Puas mama cari. Mama ingat dia bersama Alan.”
“Mungkin dengan Qis?”
Kefli hanya mendiamkan diri apabila dua beranak itu sedang mencari isterinya.
“Qis pun tak tahu mana Suri hilang.”
Kefli mengerut dahi. Ke mana isterinya menghilangkan diri? Hatinya mula terdetik risau. Cepat-cepat Kefli mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Surihani. Namun Alan lebih pantas menghubungi Surihani.
“Suri tak angkatlah mama. Mana dia pergi ye? Mama dah cari satu rumah?” Ada nada kerisauan dalam bicara Alan.
“Sudah Alan. Puas mama pusing cari Suri. Mama tanya semua orang. Semua pun tak tahu mana Suri pergi.”
“Tak apa mama. Alan pergi cari dia. Mama jangan risau.” Alan bingkas bangun.
“Aku ikut ko.”
Kefli turut mengikut langkah Alan. Hatinya bertambah risau bila mengenangkan kemungkinan Surihani meninggalkan majlis.


..........................................................................................................................................
Langkah kaki dilajukan. Hitam pekat malam yang dingin diredah bersama pilu di hati. Sungguh dia tidak sangka dia akan berjumpa semula dengan pelanggannya suatu masa dulu.
Surihani masih ingat lagi raut wajah tersebut. Sungguh meloyakan tekak malah bercambah api kebencian.
Diseka airmata dengan kasar. Wajah lelaki tersebut datang mengacau fikiran silih berganti. Akhirnya dia terduduk di bahu jalan bersama hati yang retak.
Kenapa mesti dia?Mana aku mahu tunjuk muka? Kalau Kefli tahu hal ini bagaimana?
Dia menangis semahu-mahunya. Kereta yang lalu lalang tidak diendahkan. Lama dia tenggelam dengan perasaannya.
“Cepat buka baju tu!” suara jantan tersebut bergema di segenap sudut.
Surihani menekap telinga sekuat hati. Airmata makin galak turun membasahi pipi.
“Dasar pelacur!!!”
Surihani menggeleng kepala. Bahu terhinjut-hinjut seirama dengan airmata.
Dia masih terbayang wajah jantan bedebah itu. Tak padan dengan tua, nafsu mengalahkan syaitan!
“Suri !!!”
Alan muncul, menerpa mendapatkan Surihani yang terduduk di bahu jalan.
Surihani cuba melarikan diri namun gagal kerana Alan pantas menghalang.
Akhirnya Surihani rebah di bahu Alan dan menangis semahunya.
Kefli hanya memandang daripada jauh lalu mengundurkan diri.

Monday, August 27, 2012

As salam dan selamat hari raya but semua...
Dah lama saya tak update novel Suri hati Kefli (SHK)...
Mesti ada yang tertunggu - tunggu bila saya nak sambung kan? huhuhuu (perasan macam la SHK ada peminat)
Bukan apa, sy skunk ni dalam mood malas nak menulis... lagipun idea macam dah kering....
Kalau ada sapa- sapa yang sudi bagi idea, sy amat mengalu-alukan...
Apa apa pun, untuk sambungan bab seterusnya sudah ada.. tunggu sy muatnaikkan... (bhs xbole blah... hahahahaaa)
So, tunggu saja la........

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salam syg,
LadyZIK


Monday, June 18, 2012

Taubat HIV


 Dia berteleku lama di atas sejadah bersama lenangan airmata. Perit di hati diserah bulat – bulat pada Allah SWT sambil lidahnya tidak kering berzikir. Menginsafi keadaan diri. Peristiwa silam yang cuba di lupakan, menjelma menyesalkan kalbu.
“Ala beb! Bukan lama pun kita di sini. Sekejap saja. Kalau kau rasa tak seronok, kau balik la lepas tu.”
“Ye lah.. Sangat bagus cadangan kau sebab aku datang ke sini pun tumpang kau juga.”
Natalia menjeling sekilas kepada Nasya.
Nasya tersengih-sengih.
Rentak lagu disko setempo dengan degup jantung Natalia. Dia mula berasa selesa dengan suasana baru. Hinjut badan seirama lagu. Tidak lama Natalia mendiamkan diri, dia menari bersama Nasya.
Dua orang lelaki sebaya mereka, mendekati dan menari bersama.
Pada mulanya Natalia berasa rimas, tetapi melihat gelagat Nasya yang begitu terbuka, dia menari bersama lelaki-lelaki tersebut tanpa kekok.
“U look so sexy baby.”
Natalia berasa bangga. Makin galak dia meliuk-liukkan badan seirama lagu. Syaitan mula bertepuk tangan kerana hasutan menjadi.

Dia bersujud dan menangis semahunya mohon keampunan Allah SWT. Terasa sangat hina dengan kejahilan lampau. Hidup bebas tanpa pegangan dan batasan membuatkan dia terasa kotor selayaknya manusia diciptakan daripada tanah. Namun dengan akal, manusia diangkat darjat sebagai khalifah di muka bumi. Hakikatnya dia tewas dek hasutan syaitan dan hawa nafsu.
“Belum terlambat untuk bertaubat selagi nyawa belum bercerai daripada badan.”
Kata-kata bonda meresap ke dalam jiwa.
Malam itu dia sembahyang taubat dan hajat agar dosa lama mendapat keampunan.

…........................................................................................................

“Sudah berapa dia berkeadaan macam ni, Nurse?” soal Natalia sebaik tiba di kaunter jururawat Hospital Mawar Hidayah.
“Sudah sebulan. Maaf, saya tumpang bertanya,” pinta jururawat bernama Wardah.
Natalia mengangguk.
“Cik Nasya ada keluarga tak? Saya mahu cari keluarga Cik Nasya untuk beritahu keadaan Cik Nasya supaya ada ahli keluarga dapat bacakan surah Yassin pada saat-saat begini. Cik Nasya makin tenat.”
Nasya terpempan.
“Dia ada keluarga. Dia tak bagi tahu ke Nurse?”
Wardah mengangguk.
“Tak apa Nurse, saya yang akan bagitahu keluarga Cik Nasya. Saya dengan Cik Nasya dah macam adik beradik. Tergamak dia sembunyikan hal ini daripada saya. Patut lah lama dia menghilangkan diri.”
Natalia sebak. Sedaya upaya dia mengawal emosi, namun tewas apabila melihat Nasya terbaring tenat di atas katil.
“Sabar ye Cik.. Mungkin dia ada sebab buat macam ni. Kita kena redha dan banyakkan berdoa untuk kesejahteraan dia,” pujuk Wardah.
Buku surah Yassin diserahkan kepada Natalia.
Terkebil-kebil Natalia melihat pemberian Wardah.
“Ambil lah.. Bacakan untuk Cik Nasya.”
Lambat-lambat Natalia menyambut huluran Wardah. Tersentak seketika hati Natalia.
Sudah lama dia tidak mengaji ayat-ayat suci Al-Quran. Hari itu, dia membaca surah Yassin dengan tergagap-gagap bersama Wardah.
Dengan izin Allah, tercampak perasaan takut melihat betapa azabnya Nasya ketika itu dan bermulalah persahabatan antara Natalia dan Wardah.
…............................................................................................................

Hari-hari Natalia melawat Nasya di hospital. Setiap pagi juga, dia akan membantu Wardah mandikan Nasya kerana Nasya tidak dapat menguruskan diri akibat terlalu tenat. Nasya juga bersambung nyawa dengan alat bantuan pernafasan kerana kondisi paru-parunya terlalu teruk.
Di situ Natalia belajar banyak perkara melalui Wardah. Wardah juga bersyukur kerana Nasya mempunyai kawan sebaik Natalia.
Selalunya pesakit seperti Nasya akan disisihkan. Tidak terkecuali dengan keluarga Nasya sendiri. Selepas Natalia memaklumkan keadaan Nasya kepada keluarga Nasya, mereka terus pindah ke luar negara. Al-maklumlah keluarga Nasya berada dan agak kolot. Bagi mereka apa yang menimpa pada Nasya adalah sial bagi keluarga mereka. Begitulah kepercayaan jahil keluarga Nasya.
Itu sudah Natalia jangkakan. Mungkin sebab itu juga Nasya lansung tidak berhubung dengan keluarganya.
“Wardah, boleh kah saya bertanya tentang penyakit Nasya?” soal Natalia ketika dia mengajak Wardah keluar pada satu petang.
“Boleh jika itu adalah untuk pengetahuan Lia tentang penyakit tersebut. Niat saya bukan untuk aibkan Nasya. Tapi kita perlu tahu tentang penyakit itu. Buang stigma negatif dalam hati bila kita faham.”
“Saya faham. Macam mana Nasya boleh dijangkiti AIDS?”
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang menghidapi HIV positif. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit. Jadi tubuh Nasya tidak kuat untuk melawan penyakit yang menyerang dia.”
Natalia mengangguk faham.
“Macam mana Nasya boleh terkena HIV positif?”
“HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara seperti melalui perhubungan seks tidak selamat seperti bertukar pasangan, tidak memakai kondom semasa hubungan seks, melanggan pelacur atau gigolo atau melalui perkongsian jarum suntikan, mugkin juga melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.”
Wardah menarik nafas seketika. Natalia begitu tekun mendengar penjelasan daripada Wardah.
“HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Dari situlah bagaimana kita boleh dijangkiti HIV positif.”
Natalia mulai berasa gerun. Dia berfikir sejenak. Dia akui, dia dan Nasya selalu mengadakan hubungan seks tidak selamat. Mungkin daripada situ Nasya dijangkiti.
Mendengar penjelasan daripada Wardah membuatkan Natalia takut kalau-kalau dia juga dijangkiti HIV, terus dia menangis semahunya.
Wardah terpinga-pinga melihat reaksi Natalia.
“Kenapa Lia? Maafkan Wardah jika Wardah buatkan Lia bersedih,” pujuk Wardah seraya memeluk Natalia.
“Saya dan Nasya telah menyimpang jauh. Kami selalu adakan seks bebas dengan pasangan lain silih berganti.”
Wardah beristighfar dalam hati sahaja. Namun dia tidak pandang jijik pada Natalia. Malah dia mahu bimbing Natalia ke jalan yang benar.
“Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara rela antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara rela, ia adalah haram dan mendatangkan dosa.
Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim) ujar Wardah secara berhemah.
Natalia tersedu sedan. Dia mengakui hujah Wardah. Dia sudah jauh terpesong dan melakukan dosa besar.
“Kami telah terjebak sejak usia 15 tahun lagi. Masa itu kami masih mentah. Jiwa muda mendorong kami untuk mencuba segalanya termasuklah arak, seks dan macam-macam lagi.”
Natalia mengesat airmata.
“Daripada petikan blog yang pernah saya baca, menurut Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia.
Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999)
Dari sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)
Natalia termenung jauh. Mengenang dosa-dosa yang pernah dia buat.
“Tetapi Lia harus ingat, setiap dugaan ada hikmahnya. Mungkin dengan musibah yang terjadi pada Nasya mampu membuatkan Lia berubah kepada kebaikan.
Firman Allah “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-Syuura: 25).
Tanpa di duga Natalia memeluk Wardah seeratnya dan menangis di bahu sahabatnya.
“Wardah... Saya mahu berubah. Saya tak mahu lagi hidup bergelumang dosa.”
Airmata Natalia laju membasahi pipi.
Wardah sekadar menggosok lembut belakang Natalia bagi menenangkannya.
“InsyaAllah.. Wardah akan bantu Lia.”

.................................................................................................................
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)

“Hello... U call I juga akhirnya. Ingatkan U dah lupakan I.”
Manja nada suara Natalia tatkala menyambut panggilan telefon. Tangannya memintal-mintal hujung rambut.
“Mana boleh I lupakan U yang cantik ni.. Manja lagi tu,” ujar Robert di sebelah talian. Lelaki yang di kenalinya semasa clubbing tempoh hari.
Puas dia menggoda Robert dengan pelbagai aksi manja, akhirnya Robert jatuh ke dalam tangannya. Mana tidaknya, Robert sangat terkenal di club yang selalu dia lepak. Orangnya berwajah pan-asian, bertubuh sasa dan bermata layu membuatkan Natalia nekad menggoda Robert. Sekiranya dia berjaya memancing Robert, Nasya akan memberi habuan yang sangat lumayan.
“U nak ajak I keluar ke malam ni?”
“Itulah sebab I call U. I nak jumpa U.”
Natalia menggigit bibir.
“Nak jumpa di mana?”
“I ambil U. Jam 10 malam. Okay?”
“Okay sangat. I tunggu U.”
Talian diputuskan.
Natalia tersenyum-senyum. Nampaknya ikan sudah mengena umpan.
Seperti yang di janjikan tepat jam sepuluh mereka keluar menikmati malam yang masih muda. Makan di restoran yang ekslusif di sekitar kota raya membuatkan Natalia bangga berpacaran dengan Robert. Sikap Robert yang budiman, membuatkan hati Natalia cair.
“U cantik sangat malam ni. I suka dress hitam U ni. Buatkan U bertambah seksi,” pancing Robert semasa mereka berada di dalam kereta.
“Betul ke? I rasa I tak cantik pun.”
Natalia malu-malu kucing. Padahal dalam hati sudah kembang semangkuk.
“Betul... Badan U.... buatkan I tergoda,” puji Robert sambil mengambil kesempatan mengusap paha Natalia.
Natalia hanya membiarkan. Hatinya berdegup kencang dengan sentuhan lembut daripada Robert.
“I ada sesuatu untuk U. Itu pun kalau U sanggup ikut I malam ni,” umpan Robert.
“Apa kah? Bagitahu la I,” degup jantung Natalia semakin rancak.
“U ikut I dulu.”
Enjin kereta dihidupkan lalu membelah kepekatan malam.
….......................................................................................................

Natalia menangis lagi. Al-Quran di letakkan ke tepi. Peristiwa malam itu membuatkan Natalia menyesal seumur hidup. Sungguh dia tidak sangka, dia telah masuk perangkap Robert. Malam itu, hilanglah mahkotanya di tangan Robert.
Mulanya dia hanya mahu keluar dengan Robert untuk buktikan pada Nasya dia berjaya pikat Robert. Ternyata Robert terlebih dahulu memasang jerat.
Sejak peristiwa malam itu,Natalia berubah menjadi playgirl. Semua lelaki yang di kenalinya pernah menidurinya. Sedikit pun tiada perasaan kesal terbit di hatinya. Baginya, hidupnya sudah musnah. Puas Nasya menasihatinya tetapi apa yang terjadi sebaliknya, Natalia melibatkan Nasya dalam aktiviti hitamnya. Akibat darah muda dan tanpa bimbingan agama secukupnya, Nasya turut mengikut jejak langkah Natalia.
“Maafkan aku Nasya. Aku lah punca kau terjangkit HIV. Sebab aku lah kau sakit macam ni.”
Natalia menangis mengenangkan Nasya yang terkujur kaku di hospital. Perasaan bersalah kuat menyelubungi dirinya.
“Kalau lah aku tidak kenalkan kau pada John, tentu kau tak jadi macam ni. Semua ni salah aku..”
Natalia memejam mata. Tertayang kembali peristiwa dia menemukan John kepada Nasya. Nasya pula pantang berjumpa lelaki yang kacak, pasti hatinya cair.
Natalia juga tidak sangka hubungan Nasya dan John sudah jauh melepasi sempadan. Malah bukan dengan John tetapi dengan beberapa lelaki lain yang Natalia sendiri tidak kenal.
Masa itu, Nasya dikaburi dengan wang ringgit. Hidup Nasya sangat mewah masa itu.
“Kalau lah aku dapat putarkan masa ke belakang, aku tak nak tempuh jalan hitam tu lagi. Aku menyesal...... Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
…...............................................................................................
Natalia merenung jauh menerusi jendela. Sudah genap seminggu Nasya meninggal dunia. Semua urusan jenazah, Natalia dan keluarga yang tanggung. Malah, sudah seminggu Natalia berubah. Tiada lagi pakaian seksi yang menjolok mata tapi digantikan dengan jubah dan tudung. Malah Natalia memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang hanya mahukan seks sahaja daripadanya.
Dia nekad untuk tinggalkan zaman hitamnya. Dia mahu menjadi insan yang baru. Yang taat pada agama.
Kepermergian Nasya meninggalkan kesan yang hebat dalam hidupnya.
Sesungguh Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah memberi hidayah kepada Natalia melalui apa yang telah terjadi kepada Nasya.
Sepenuhnya Natalia mengambil iktibar apa yang terjadi kepada Nasya kepada dirinya. Dia bersyukur yang teramat kerana diberi hidayah dan dia masih belum terlambat untuk bertaubat.
Melihat perubahan yang ketara pada diri Natalia, keluarga Natalia yang paling gembira. Bonda Natalia berkali-kali memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi. Malah bapa Natalia yang seoarang mualaf turut bersyukur dengan perubahan Natalia.
“Yang pergi jangan dikenangkan. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan arwah,” tegur bonda sambil meramas lembut bahu Natalia.
“Lia bersyukur bonda kerana masih mempunyai nyawa untuk bertaubat.”
Bonda mencium pipi anak kesayangan.
“Bonda lagi bersyukur melihat Lia seperti ini. Sekurang-kurangnya bila bonda meninggal, ada anak yang solehah untuk mendoakan bonda dan ayah nanti.”
“Bonda... jangan lah cakap macam tu.”
Natalia pantas memeluk tubuh bonda.
“Kematian itu pasti.. Ajal maut di tangan Allah. Bonda bangga ada anak macam Lia.”
“Lia ada banyak dosa bonda.”
“Belum terlambat untuk bertaubat selagi nyawa belum bercerai daripada badan.”
Lantas bonda mengelus mersa pipi Natalia.
Sesungguhnya, hidayah Allah sangat luas dan Allah mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Malah Natalia bebas daripada virus HIV dan dia lebih tenang menjalani kehidupan sebenar-benarnya seorang muslimah.


Renungan bersama mencegah AIDS/HIV........
-Jangan lakukan hubungan dengan orang yang tidak dikenali
-Jangan lakukan hubungan seks bertukar-tukar pasangan.
-Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui kegiatan seksual pasangan anda.
-Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan untuk berkahwin kelak.
-Yang penting, hiduplah kita pada landasan yang betul iaitu ISLAM.