Kefli
Khusyairi memarkir keretanya di bahu jalan.
Pintu kereta dibuka dan kakinya menjejak ke lantai bumi. Mata
mengecil memerhati sesusuk tubuh kecil di seberang jalan. Bukan kali
pertama dia melihat gadis itu di tepi jalan. Malah setiap kali dia
lalu di jalan tersebut, pasti gadis itu yang dijumpainya.
Penampilan gadis itu yang biasa
dengan T-shirt besar dan lusuh, pasti tiada mata – mata lelaki yang
sudi memandangnya. Tetapi wajahnya yang mulus menarik hati lelakinya.
Bukan itu menjadi persoalan dia sekarang , tetapi di mindanya wujud
persoalan , siapakah gadis itu? Bahkan dia musykil, setiap kali
mereka bertembung , gadis itu pasti tidak menyedari kewujudan
kelibatnya di situ. Bagaikan dia tidak wujud di atas muka bumi yang
sama mereka berpijak. Hari ini dia nekad. Nekad untuk mengetahui
siapa gadis tersebut.
Dia meyusuri lorong belakang kedai.
Gelap... Mungkin kedai tinggal mengikut pengamatannya. Langkahnya
begitu berhati – hati mengekori jejak gadis itu. Enggan membuatkan
gadis itu menyedari gerak gerinya. Hatinya berkobar – kobar untuk
mengetahui di manakah gadis itu tinggal. Degupan jantungnya seiring
dengan derapan kaki mengekori gadis itu.
Dia terhenti dan menyorok di suatu
sudut. Terbongkok – bongkok, meninjau imej yang hanya sepuluh meter
di hadapan.
“ Aku sudah cakap,pakai baju cantik
– cantik!”
Keras suara seorang lelaki yang berada
dihadapan gadis itu. Baju dalam beg berwarna hijau dilontar ke muka
gadis itu.
Gadis itu tetap membatu.
Suara lelaki itu jelas kedengaran di
telinga Kefli. Lorong yang sunyi itu membuatkan suara lelaki tersebut
bergema di setiap sudut lorong itu.
“Aku tak mau rugi! Kau jangan cuba
nak lari lagi. Kalau tak, adik kau aku belasah. Kau faham?” Bentak
lelaki itu lagi. Tangannya keras mengoncang tubuh kurus gadis di
hadapannya itu seraya melontar tubuh itu ke belakang.
Gadis itu jatuh terduduk. Kepala gadis
itu menunduk ke tanah. Enggan melihat lelaki di hadapannya.
Melindungi perasaan marah di dalam dada.
Gadis itu masih membatu. Wajahnya
seakan tidak menunjukkan sebarang mimik kesakitan. Dia sudah pasrah.
Berserah sahaja dengan apa kelakuan lelaki itu ke atas dirinya.
Tetapi matanya berkaca menunjukkan dia benar – benar dalam
kesedihan dan marah. Tapi tidak sesekali air matanya dititiskan di
hadapan lelaki itu. Enggan melihatkan dia lemah di hadapan lelaki
bangsat itu. Dia akur jalan hidupnya tidak seindah seperti gadis –
gadis yang lain. Dia pasrah mengikut rentak permainan dunia. Dia
pelakon dan lelaki itu pengarah.
“Sekarang ni, aku mau kau pergi ikut
kereta hujung sana tuh.”
Tangan kasar lelaki itu menyentuh
wajahnya, memaksanya memalingkan pandangan ke hujung lorong itu.
“ Dalam tuh ada client kau.
Malam ni kau mesti layan dia. Kalau kau lari, adik kau jadi mangsa!”
Kepala gadis itu di tunjalnya kasar.
“ Kalau kau pandai, kau akan dapat
habuan lebih..”
Sinis senyuman lelaki itu. Air liur
diludah ke tepi.
Hatinya mula membengkak. Mengingatkan
adiknya yang seorang itu, dia akur. Keselamatan adiknya perlu di
utamakan. Dia rela kalau dia yang menjadi galang ganti.
Kefli hanya memerhati dari jauh setiap
gerak geri mereka. Dia tidak mahu mengambil apa – apa tindakan.
Dia ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi. Dia tahu pasti ada yang
tidak kena. Hatinya penasaran. Tetapi ditahan perasaan itu agar
segala yang dirancangnya lancar. Dalam masa yang sama, simpatinya
tertumpah pada gadis tersebut.
No comments:
Post a Comment