Thursday, April 21, 2011

Bab 6 | Novel Suri Hati Kefli

Bahu Alan a.k.a sahabat baiknya dipaut. “ Ko ni pe hal?Buang tebiat?” Tempelak Alan lantas menolak tangan Kefli daripada terus bergayut di bahunya.
Aku tengah happy ni, so ko pun kena happy gak ler.”
Banyak la ko punya cekadak! Pe ke hal kita datang Plaza Low Yat ni? Ko nak beli apa lagi?”
Beli I-phone.”
Mata Alan sedikit terbelalak. “ Aku rasa handphone ko tu dah boleh buat muzium negara tau tak!”
Bukan untuk aku la. Hadiah ..”
Belum sempat Kefli menghabiskan ayatnya, Alan mencelah. “ Untuk aku kan? Kan? Kan?” Alan tersengih – sengih menampakkan barisan giginya. Langkah mereka diatur ke kedai yang selalu Kefli membeli telefon bimbit.
Banyak la untuk ko! Tak kuasa aku nak beli untuk ko. Ko banyak duit, ko beli la sendiri tapi kedekut taik hidung masin!” Kali ini giliran Kefli mengena Alan. Setiba di kedai tersebut, kelibat tauke kedai itu dicari.
Aku bukan kedekut, aku save bujet. Nak kahwin.” Alan tersengih lagi.
“ Hadiah untuk sapa,bro?”
Adalah.” Kefli berniat untuk berahsia daripada Alan siapa yang ingin dia hadiahkan.
Tauke kedai tersebut sudah berada di depan mata. Lantas tangan mereka berjabat.
Qistina?”
Ish ko ni, ke situ pulak. Dia ada duit,dia beli sendiri.” Pantas Kefli membangkang ayat Alan.
Eleh... kata aku kedekut, ko lagi kedekut. Awek sendiri pun suruh beli sendiri.” Alan memulang paku buah keras. “ Habis tuh,untuk saper?” Alan tidak berpuas hati. Kalau bukan untuk Qis,untuk siapa lagi?
Bila la masa Qis jadi awek aku? Awek ko la!” Kefli menbetulkan kenyataan yang dilemparkan oleh sahabat baiknya itu. Sedari tadi tauke kedai itu hanya menjadi permerhati perdebatan di antara dua sahabat itu.
Eh bila pulak jadi awek aku? Qis tergila – gilakan ko, bukan aku. Lagipun korangkan dah kawan dari kecik – kecik lagi”
Sudah! Malas la cakap hal Qis. Aku nak beli handphone, bukan nak cakap pasal Qis.” Kefli mula menarik muncung sedepa. Dia cukup benggang kalau Qistina di kaitkan dengannya. Dia hanya menganggap Qistina macam adiknya sahaja. Dia akui dia rapat dengan Qistina tetapi bukan sebab dia punya perasaan pada Qistina. Dia rapat dengan Qistina sebab mereka membesar bersama – sama. Keluarga Qistina Raudhah berkawan rapat dengan keluarganya sebelum dia wujud lagi.
Nak beli handphone apa? Wa sudah penat korang dua gaduh dari tadi” Sampuk tauke kedai itu.
Serentak itu,kedua – dua sahabat itu tersenyum kambing.
I-phone 4 tokey”.


Malam itu, di pinggir bukit, suasananya memang dingin. Kesejukannya mencengkam tubuh.Tetapi ketenangan di sana memberi harapan baru bagi hidup Surihani. Dia bersyukur tersangat kepada Ilahi kerana dia sudah bebas daripada cengkaman pakciknya. Selama setahun dia menjadi boneka pakciknya. Dijual tubuhnya kepada sesiapa sahaja agar wang diperolehi. Pernah seketika hampir tewas dalam meneruskan hidupnya. Dia terseksa menjadi barang dagangan. Tetapi mengenangkan Firas dia bangkit daripada tersungkur. Walau apa pun terjadi, dia harus hidup demi adiknya itu walau terpaksa bergadai maruah.
Pandangannya sedari tadi merenung suasana gelap di luar melalui bingkai tingkap dialihkan kepada wajah Firas yang sedang enak tidur. Kasihnya hanya tumpah pada Firas sepenuhnya. Firas lah kekuatan hidupnya. Tetapi kehadiran Kefli baru – baru ini memberikan sejuta makna buat hidupnya. Seakan memberi nafas baru buat hidupnya. Bibirnya mengukirkan senyuman mengenangkan Kefli. Kefli... hati kecilnya menyebut nama itu. Dia menguntum senyuman lagi.

Suri... nama itu terzahir daripada mulutnya. Entah bila dia berkhayal tentang Surihani. Alan yang berada di sebelahnya terkalih ke arah Alan yang sedang memandu. “ Oii!oii! Apa ko meracau ni?” Tegur Alan. Hatinya tidak senang melihat keadaan Kefli. Dia takut juga kalau Kefli hilang tumpuan semasa memandung dek kerana berkhayal. Dia tidak mahu apa – apa yang buruk berlaku.
Sorry.” Kefli mengulum senyuman. Semasa memandu pun boleh teringatkan Surihani. Sungguh dia merasakan sesuatu. Rindu ke aku?
Ko ni pe hal?” Soalan Alan dibalas dengan gelengan Kefli.
Cuba ko terus terang dengan aku. Ko ni kenapa? Dari tadi tersenyum sorang – sorang. Kau angau eh?”
Aku tengah drive nih, ko jangan banyak tanya.” Mata Kefli ditetapkan ke hadapan Alan menarik muncung. Tidak puas hati dengan kenyataan yang diberikan Kefli. Walhal terang – terang Kefli seperti mabuk cinta. Kefli sedar Alan tidak puas hati. Selama ini apa – apa hal mereka berkongsi. Tetapi hal Surihani dia mahu berahsia dulu. Tunggu masa yang sesuai dia ceritakan. Sorry ye bro..

No comments:

Post a Comment