Hari ini dia kembali bertugas di Restoran Cahaya Malam. Selaku pemilik restoran tersebut dia harus memantau segala pergerakan restorannya. Awal – awal lagi Kefli telah berada di restorannya. Orang kuat restorannya yang pertama dicarinya iaitu Encik Alan Putra.
“ Nah, ni laporannya sepanjang kau tak ada hari tuh.” Alan meletak fail yang mengandungi laporan restoran di atas meja Kefli. “ Kau pergi mana hari tu?”
“ Aku ada urusan yang perlu diuruskan hari tu.” Nadanya kedengaran serius. Tumpuannya hanya pada perjalanan restorannya yang baru tiga tahun beroperasi. Alan pula umpama tulang belakangnya. Hampir setiap perkara dia akan harap pada Alan. Laporan yang disiapkan oleh Alan disemaknya.
“ Urusan apa? Sejak akhir – akhir ni, ko suka berahsia dengan aku,” luah Alan tidak puas hati. Kefli merenung muka Alan yang masam mencuka. Tetiba hatinya digeletek lucu hingga tertawa kecil.
“ Yang ko gelak kenapa?” Suara Alan sengaja ditinggikan.
“ Perangai ko tuh dah macam perempuan pulak aku rasa. Emo sangat nih kenapa? Ko datang bulan eh?” Kefli makin giat menyakat Alan. Lantas bantal kecil dicapainya daripada sofa, dibaling kepada Kefli. “ Tengok, orang perempuan jer suka baling – baling nih!”
“ Malas aku layan ko ni. Buat sakit hati.” Alan terus melangkah keluar dari pejabat Kefli. Makin lama dia berada di dalam bilik itu, makin galak Kefli menyakatnya.
“ Bos kecik!” Panggil salah seorang pekerja di restoran itu, Sofea. “ Kenapa dengan bos besar?Dari tadi masa dia datang asyik tersenyum – senyum. Tuh,gelak pun sampai dengar kat luar ni.” Mulut Sofea terjuih – juih ke arah bilik Kefli.
“ Entah. Kena sawan kut!” selar Alan lantas berlalu ke dalam dapur. Wajahnya masih kelat. Sofea pantas menjungkit bahu dan kembali menyusun peralatan di atas meja. Moody la plak!
“ Sofea..” Tegur satu suara. “ En Kefli ada dalam?”.
“ Eh, Cik Qistina.” Sofea memaniskan roman wajahnya. “ Dia ada dalam pejabat tuh.”
“ Thanks, Sofea.” Qistina melemparkan senyuman lantas berlalu menuju ke pejabat Kefli.
“ Kefli..” Suara lunak Qistina kedengaran di telinga Kefli. Lantas dipanggung wajahnya memerhati Qistina yang tegak berdiri di hadapannya kini. “ U pergi mana dua tiga hari lepas. I call U pun, U tak angkat. Asyik out of services jek.”
“ Wait a second! U cari I buat apa?”
“ U..... kan family I datang rumah U. Bincang hal kita.” Suara Qistina makin meninggi. Bibirnya digigit geram. Kefli terbungkam.
“ Bincang hal kita? Ohh... Mum I dah citer.” Mendatar suara Kefli. “ I tak bersedia lagi Qis.”
“ What??” Mulut Qistina melopong. “ U jangan nak main – main. Kita dah berkawan dari kecik lagi. Sampai hati U buat I macam ni.” Qistina membentak. Pinggir matanya mula bergenang air mata.
Mulut Kefli terkunci. Dia bungkam. Dia tahu dia bersalah terhadap Qistina. Dia pernah bagi harapan pada Qistina. Tetapi mulutnya tidak pernah terzahir perkataan sayang atau cinta buat Qistina.
Airmata Qistina mulai laju menitis. Kefli masih membatu. Buntu bagaimana mahu memujuk Qistina.
“ Kalau U tak setuju dengan rancangan family kita, I bunuh diri!” Ucap Qistina, geram setelah tangisannya tidak diendahkan oleh Kefli.
“ U!!! Jangan buat kerja mengarut. Ingat Allah sama.” Kefli bersuara keras. Benggang dengan sikap Qistina. Sikit – sikit nak bunuh diri!
“ Dah U pergi balik dulu. Malam nanti kita jumpa.” Tangisan Qistina mulai mengendur. “ I ambil U lepas maghrib.” Qistina mula tersenyum. Wajahnya mendung tadi berubah ceria.
“ Ok.. I kena pergi pejabat .Malam nanti kita jumpa. Pakai baju warna hijau ok?” Suara Qistina kedengaran ceria. Kefli sekadar mengangguk. Hanya pandangan mata menghantar Qistina hingga ke muka pintu. Serentak itu raut wajahnya di raup. Terasa terbeban dengan rancangan keluarganya. Tiba – tiba dia teringatkan Surihani. Suri.....
Surihani terjaga daripada lenanya. Entah bila dia terlelap di sofa setelah lelah mengemas banglo Kefli yang di diaminya. Dia bagaikan mendengar seseorang memanggil namanya. Kefli.. keluhnya. Dia begitu rindukan lelaki itu.
“ Kak, mana abg Kif? Dah lama dia tak datang sini.” Firas bersuara di muka pintu. Dia kelihatan comot. Barangkali bermain di laman rumah tadi atau berkebun di kebun bunga ros milik Kefli.
“ Abg Kif sibuk kut. Kan dia cakap hujung minggu je dia akan datang.”
“ Esok hari ahad kan kak? Mesti abg Kif datang,” celoteh Firas lancar tanpa pelat. “ Adik nak tunjukkan bunga ros yang Adik tanam.” Senyum Firas sehingga menampak giginya rongak.
Surihani bangun daripada sofa mendekati Firas yang masih berdiri di muka pintu. “Adik ada tanam? Mana? Kak nak tengok.” Lantas tangan kecil itu ditariknya. Kehangatan tangan Firas menyentaknya. Lantas tubuh Firas ditarik mendekatinya. Dahi Firas disentuh. “ Adik demam!”
Surihani mengelabah. Air liur ditelan terasa berpasir. Dia tidak tahu bagaimana mahu keluar dari situ unutk membawa Firas ke klinik berhampiran. Tempat itu begitu asing baginya. Lantas tubuh Firas didukungnya lalu direbahkan di atas katil. Wajah Firas yang pucat membuatkannya semakin risau.
“ Kenapa tak cakap dekat kak adik demam?”
“ Adik tak nak kak risau.”
Airmatanya mula mengalir. “ Kejap, akak ke dapur.” Airmatanya diseka lantas dia bingkas bangun. Cepat – cepat dia menuju ke dapur. Besen kosong diisi air paip lalu tuala kecil diambil dari dalam kabinet. Peti ais dibuka. Hampa.. Dia tidak menemui apa – apa ubat di dalamnya. Pintu peti ais di tutup semula lalu dia menuju ke bilik semula. Tuala kecil dicelup air lalu diletak di atas dahi Firas. Firas nampaknya sudah tertidur. Bahang panas badan Firas turut dirasai Surihani. Hatinya diruntun kesedihan. Airmatanya terjatuh lagi. Saat ini dia amat – amat memerlukan Kefli.
No comments:
Post a Comment