“Malam ni I mahu U layan I superbeb
k, honey?”
Tangan lelaki dalam separuh abad itu
mencuit manja dagu Surihani. Terdengar ketawa halus daripada lelaki
tersebut. Lantas pipi Surihani diciumnya galak. Surihani hanya mampu
memejamkan mata. Menahan perasaan betapa dia jijik diperlakukan
sedemikian.
Perjalanan ke hotel yang bertaraf 5
bintang terasa sangat cepat. Sekejap sahaja Surihani dan lelaki a.k.a
pelanggannya untuk satu malam berada di lobi hotel yang serba mewah
itu.
“I mandi dulu ye honey
sebelum kita main permainan yang paling asyik di dunia ni.”
Suara galak pelanggannya itu begitu
mual didengarinya. Dipeluknya Surihani tanpa menghiraukan mata –
mata yang memandang di sekitar lobi. Dalam terpaksa kaki Surihani
mengatur langkah bersama – sama ke lif yang akan membawa mereka ke
bilik. Tangan lelaki tua itu tidak lepas memeluk Surihani.
Dia tidak dapat bayangkan permainan
apa yang harus dia lalui kali ini. Yang pasti dia akan jadi boneka
bagi nafsu serakah lelaki tersebut.
“Urmm darling.... I rasa mahu
makan dulu le. I tak sempat makan tadi,” dalih Surihani. Dalam
mindanya sedang ligat merencanakan sesuatu untuk melepaskan diri
daripada mulut buaya itu.
“U mahu makan apa? I order
kan. Apa saja U nak makan U cakap saja,” ujar lelaki itu sambil
mengenyit matanya. Pipi Surihani dielus mesra. Lantas satu ciuman
singgah di pipi Surihani.
“I nak makan kek” Entah kenapa
makanan itu yang disebutnya sedangkan dia tidak suka makan kek.
Sebenarnya dia mahu melengahkan masa
permainan mereka malam ini. Dia berharap rancangannya untuk
melepaskan diri berjaya kali ini.
Kepala lelaki yang hampir botak itu
mengangguk tanda setuju.Lantas pipi Surihani di cuitnya. Pinggang
Surihani dirangkul erat.
Mereka membolos masuk ke dalam bilik
setelah pintu dibuka. Pantas tubuh Surihani dipeluk erat lelaki itu.
Diciumnya leher Surihani rakus.
“Darling, U cakap nak mandi
dulu.”
Surihani menolak tubuh lelaki itu.
Wajahnya dipaling ke tepi untuk mengelak daripada ciuman pelanggannya
itu. Jelek!
Lelaki itu tersenyum sumbing. “Ok, I
mandi dulu. U tunggu kejap ye. Pakai baju nih.”
Seraya itu beg kertas yang mengandungi
baju yang dimaksudkan, diserahkan pada Surihani. Teragak – agak
Surihani mengambil beg kertas itu. Dia tahu dalam beg kertas itu
mengandungi baju tidur yang seksi. Bibirnya mencebik setelah
memeriksa kandungan dalam beg kertas. Telahannya benar.
Beg kertas itu diletak semula ke atas
katil sambil memerhati pelanggannya sedang memesan makanan yang
dipintanya melalui corong telefon. Setelah selesai, pelanggannya
membolos masuk ke dalam bilik air.
“U tnggu I ye honey. Malam ni akan
menjadi malam istimewa buat U.”
Sempat pelanggannya berbicara manis
sebelum hilang ke dalam bilik air.
Surihani hanya tersenyum nipis dan
sinis. Malam istimewa untuk kau saja bukan aku! Hatinya membentak.
Lantas dia berteleku di atas katil. Memandang kosong di luar balkoni,
yang mempamerkan panorama Kuala Lumpur pada waktu malam.
Dalam berberapa minit dia melayan
perasaan, terdengar loceng pintu dibunyikan. Segera dia pergi ke arah
pintu dan mengintai di lubang pintu untuk mengetahui siapa
gerangannya.
“Siapa tu honey?”
Kedengaran suara pelanggannya daripada
dalam bilik air. Pancuran air mandi juga sudah tidak kedengaran.
“Makanan dah sampai, Darling,”
ujar Surihani dalam nada yang agak tinggi. Kedengaran pancuran air
semula. Pantas tombol pintu dibukanya.
Senyuman cuba diukirkan kepada
penghantar makanan tersebut. Ternyata senyumannya terasa sumbing.
“Awak kena ikut saya sekarang!”
Keras suara Kefli. Tangan Surihana
ditarik pantas. Menonong Surihani ke hadapan. Wajahnya jelas berkerut
menandakan dia berada dalam kekeliruan.
“Kita kena cepat!”
Digenggam erat tangan Surihani. Cuba
untuk melangkah tetapi Surihani tetap membatu di tempatnya berdiri.
“Kita nak ke mana? Siapa awak?”
Surihani mula bersuara, untuk mengetahui apa niat sebenar lelaki itu.
“Adik saya akan berada dalam bahaya
kalau saya tinggalkan pelanggan saya”
“Ok,awak tunggu kejap.”
Surihani hanya memerhati tubuh Kefli
membolos masuk ke dalam bilik tadi. Tidak lama kemudian, terkocoh –
kocoh Kefli menarik tangan Surihani, maju ke hadapan mengikut rentak
kakinya. Mereka berlari – lari anak menuju ke lif. Kebetulan pintu
lif sudah terbuka sewaktu mereka tiba di hadapan lif. Tanpa membuang
masa, punat LG ditekan. Suasana dalam lif begitu sunyi sehingga suara
Surihani memecahkan suasana sunyi itu.
“Awak siapa? Nak ke mana ni? Apa
semua ni? ”
Bertalu – talu Surihani melancarkan
pertanyaan. Kefli diam, tidak menjawab sebarang soalan yang diajukan
oleh Surihani.
Memang benar di dalam minda Surihani
berselirat dengan soalan. Sekali sekala tangannya membetulkan bajunya
yang sememangnya seksi, yang menampak susuk tubuhnya yang menawan
itu.
Kefli hanya menjeling melihat gelagat
Surihani. Lantas jaket yang dipakainya dihulurkan pada Surihani.
Tanpa banyak soal, Surihani mencapai dan menyarungkan jaket itu ke
tubuhnya, melindungi bahagian tubuhnya yang terdedah. Surihani terus
membisu setelah soalan yang diajukan tidak dijawab oleh lelaki yang
tidak di kenalinya itu. Tetapi dalam masa yang sama dia bersyukur
kerana terlepas daripada mulut buaya.
No comments:
Post a Comment