Belum saja pintu keretanya ditutup, dia diserbu oleh ibunya. “ Mana kau pergi tiga hari hari ni Kif? Puas mak call kau, kau tak angkat. Takkan kau merajuk dengan mak?” Lengan Kefli ditarik agar mengikutinya duduk di kerusi batu di laman rumah. Kaki Kefli sempat menendang pintu kereta agar tertutup dek ibunya yang kelam kabut menariknya ke laman.
“ Mak, cuba bawa bertenang!” Pautan tangan Puan Kamisyah direnggangnya. Agak rimas dengan kelakuan ibunya. “ Kif penat nih mak..”
“ Banyak la kau punya penat,” Sanggah Puan Kamisyah. “ Semalam ayah kau dah berbincang dengan mak ayah Qis, kami dah dapat tarikh yang sesuai untuk tarikh pertunangan korang berdua.” Puan Kamisyah tersenyum – senyum menyampaikan berita itu pada anak bujangnya. Hatinya berbunga – bunga mengenangkan anaknya bakal bertunang dan seterusnya berkahwin.
Belum sempat punggung Kefli mencecah bangku untuk duduk, dia terloncat bangun. Mulutnya ternganga luas mendengar berita tersebut.
“Mak, kenapa buat keputusan tak tanya Kif dulu?” Agak tinggi suara Kefli. Menyedari keterlanjurannya, dia berdehem, menelan air liur. “ Kan Kif cakap apa – apa pun tunggu Kif. Kita berbincang.” Suaranya mengendur.
Puan Kamisyah memaut bahu anak lelakinya itu. “ Itu la mak tanya kau, mana kau menghilang tiga hari yang lepas. Keluarga Qis ada datang bertandang ke rumah. Alang – alang dah datang, kami pun berbincanglah pasal kamu berdua,” ujar Puan Kamisyah seraya menuangkan air kopi ke dalam cawan lalu disua kepada Kefli. Kefli menyambut huluran cawan oleh Puan Kamisyah tetapi diletak semula ke atas meja batu di hadapannya. Kuih muih yang disediakan oleh Puan Kamisyah pun dipandang sepi.
“ Biar Kif fikir dulu.” Langkah Kefli terus dihayun menuju ke dalam rumah, meninggalkan Puan Kamisyah sendirian di laman rumah.
“ Kif, kuih nih tak makan lagi nih.” Laungan Puan Kamisyah tidak diendahnya.Setiba di biliknya, dia terus merebahkan diri ke atas katil. Mukanya diraup sekali. Tetiba dia teringatkan Surihani. Apalah dia buat sekarang? Lantas telefon bimbitnya dicapai. Eh,aku nak call dia? Aku mana ada nombor dia.. Kefli tersenyum sumbing lantas kepalanya digaru – garu walaupun tidak gatal. Kenapalah aku tak mintak nombor dia tadi? Eh, selama aku kat sana, tak pulak aku nampak dia guna telefon. Keningnya bersatu dek kerutan di dahi. Lantas skrin sesentuh di telefon bimbitnya ditaip sesuatu.
- Alan, jom lepak. Aku pick up ko pas isya'.
+ Ok. Ajak saper lagi?
- Kau jer. Jgn mengada -ngada nk ajak orang lain k!
+ Orait bro... :)
Telefon bimbitnya dicampak ke tepi. Dia bingkas bangun dan mencapai tuala, terus masuk ke dalam bilik air. Dalam hatinya berbunga – bunga mahu hadiahkan telefon bimbit kepada Surihani. Tidak henti – henti bibirnya mengukirkan senyuman mengenangkan Surihani sehingga bernyanyi- nyanyi kecil di dalam bilik air. Ternyata hatinya gembira sejak kewujudan Surihani di dalam hidupnya.
No comments:
Post a Comment