“ Adik!!!” Berlari- lari Surihani mendapatkan Firas tatkala dia sampai di muka pintu rumah setinggan yang mereka diami setelah kematian ahli keluarga mereka yang lain. Wajah Firas yang lebam, membuatkan hatinya membengkak. Airmatanya laju membasahi pipi. Lantas tubuh Firas di peluknya erat. “Maafkan kak.” Hanya itu yang mampu terluah. Dia tahu, dialah penyebab adiknya teruk dibelasah oleh bapa saudaranya.
“ Suri, kemas barang. Kita pergi dari sini.” Akhirnya Kefli bersuara setelah sedari tadi hanya menjadi pemerhati.
“ Kau nak pergi mana celaka?!” Entah bila Mahmud muncul, mengejutkan semua yang berada di situ. Surihani tidak dapat menahan tangan Mahmud daripada menolak kepalanya.
“ Pak cik cakap berapa yang pak cik mahu? Saya bayar. Atau lebih jelas, saya beli Surihani dan adik dia.” Mata Kefli mencerlung tajam tepat ke wajah Mahmud. Tangan Mahmud berhenti daripada mengerjakan Surihani.
Surihani tergamam dengan kenyataan Kefli. Matanya terkebil- kebil hendak percaya atau tidak dengan apa yang didengarinya.
“ Kau nak beli? Berapa kau mampu?” Mahmud mula tertarik dengan tawaran Kefli. Dia mula membayangkan kemewahan yang bakal dia kecapi.Tubuhnya dipeluk.
“ Berapa saja pakcik mahu. Asalkan selepas ini jangan ganggu hidup Surihani dan adik dia.”
“ Kalau aku jual Surihani dan adik dia pada kau, aku yang rugi. Surihani sumber wang aku.”
“ Cakap saja berapa pakcik mahu. Saya akan tunaikan. Dengan syarat, pakcik tak boleh lagi ganggu hidup Surihani.”
Mahmud diam seketika.Berapa saja aku mahu? Bibirnya bergerak – gerak melukiskan senyuman. “Ok. Aku mau lima ratus ribu. Kau mampu?” Keningnya terjongket ke atas. Terlukis senyuman sinis.
Kefli tersenyum. “Baiklah. Tapi dengan syarat. Kita mesti ada perjanjian bertulis. Esok saya akan bawa pakcik berjumpa dengan peguam saya. Kita akan buat perjanjian.” Kefli bijak mengatur perancangan. Perjanjian bertulis harus diadakan supaya masa hadapan, hidup Surihani dan adiknya tidak diganggu lagi oleh manusia bangsat itu.
“ Perjanjian?” Mahmud mula merasakan dia dipermainkan.
“ Ye,perjanjian? Pakcik tak mahu ke lima ratus ribu menjadi milik pakcik?” Kefli mengumpan Mahmud. Dia tahu Mahmud mulai ragu – ragu.
Satu sampul coklat di serahkan pada Mahmud. Isi dalam samput itu dibelek oleh Mahmud. Bagaikan mahu terjojol biji mata Mahmud tatkala melihat not – not ringgit malaysia yang tebal di dalam sampul coklat itu.
“ Takkan pakcik tak percayakan saya. Dalam sampul tuh saja ada sepuluh ribu. Masih mahu tolak tawaran saya?” Bibir Kefli tersenyum sinis. Dia tahu kelemahan Mahmud.
“ Baik. Bila aku boleh sign perjanjian?” Agak tergagap Mahmud bersuara. Terkejut dengan duit yang diterimanya. Seumur hidupnya,dia tidak pernah dapat wang sebanyak itu dalam satu masa. Malam nih, boleh la aku open game! Mesti yang lain respect pada aku. Hatinya kembang setaman mengenangkan rezeki yang jatuh bagaikan durian runtuh.
“ Suri, kemas barang. Kita pindah hari ni juga,” Kefli membuat arahan setelah mendapati Surihani masih kaku di tempatnya berdiri.
Surihani tersentak lalu menarik Firas bersamanya masuk ke dalam rumah. Mengemas barang yang patut dibawa bersama.
“ Esok jam lapan pagi saya jemput pakcik.” Mahmud mengangguk kepala tanda setuju. Lantas dia berlalu, meninggalkan Kefli di hadapan rumah. Kakinya laju mengatur langkah menuju ke sarang judi. Wajahnya berseri -seri, gembira dengan habuan yang dia dapat.
Suasana petang itu redup. Angin petang di pinggir bukit terasa dingin menjamah tubuh mereka. Sambil menghirup secawan kopi, aromanya yang menusuk deria bau, mampu membuatkan diri tenang melihat kebesaran Allah. Panorama di pinggir bukit mendamaikan perasaan. Cahaya matahari yang sudah mahu terbenam begitu cantik pada pandangan mata mereka.
“ Terima kasih. Kau dah banyak tolong aku.” Pandangan matanya dihala ke wajah Kefli. Kefli tetap tenang melihat pemandangan di hadapannya. Air kopi diteguknya.
“ Tak perlu berterima kasih. Aku nak kau dan adik kau duduk di rumah tuh,” Kefli berbicara tanpa memandang Surihani. Pandangan matanya tetap berpusat pada pemandangan di hadapannya.
“ Tapi sampai bila? Takkan kau nak aku duduk goyang kaki jer kat rumah kau. Itu bukan rumah aku.”
“ Kau buat jer macam rumah kau sendiri.” Cepat Kefli memintas ayat Surihani. Niat dia ikhlas untuk membantu Surihani. Dia tidak mahu Surihani hidup dengan bergelumang dosa. Dia tahu, Surihani terpaksa melakukan perkerjaan itu.
“ Tak manis aku duduk rumah kau. Apa kata orang sekeliling nanti.” Surihani meluahkan kegusaran hatinya. Hujung bajunya dipintal.
“ Firas kan ada. Kita bukan berdua saja dalam rumah tuh.” Suara Kefli seakan keras kedengaran di telinga Surihani. Satu keluhan terzahir. Matanya dipejam sejenak.
“ Aku bukan selalu ada di sini pun.” Kefli mengalihkan pandangannya ke arah Surihani. Wajah mendung Surihani ditenungnya dalam. “Aku ada kerja di KL. Hujung minggu jer aku balik sini.” Disaat itu, dia terasa sesuatu. Hatinya berat untuk meninggalkan Surihani.
Surihani mengangkat wajahnya merenung Kefli. Matanya berkaca. “ Aku takut.” Matanya bertaut dengan mata Kefli. Lama mereka bertentang mata. Teragak – agak Kefli memaut bahu Surihani. Dia sekadar mahu menenangkan perasaan galau di hati Surihani. Akhirnya Surihani merebahkan wajahnya ke dada Kefli. Dia rasa selamat apabila bersama Kefli. Kefli umpama penyelamat hidupnya dan adiknya. Sungguh dia berasa dekat dengan Kefli walaupun baru dua hari dia bersama dengan Kefli.
No comments:
Post a Comment